Header Ads

Makan Shell Out untuk 2 Pax Di Dapo See Labu Telok Panglima Garang

Secara kebiasaannya apabila penulis ingin menikmati makanan laut yang pelbagai adalah dengan mencari hidangan steamboat dan grill.

Shell Out 2 Pax Dapo See Labu
Shell Out 2 Pax Dapo See Labu

Namun, dengan wujudnya hidangan yang dipanggil sebagai "Shell Out" maka kepelbagaian menikmati makanan laut dengan portion yang banyak kini banyak pilihan.


Apa Itu Hidangan Shell Out ?

Shell out adalah hidangan terdiri daripada makanan laut yang pelbagai, biasanya kupang, kerang, ketam, udang iaitu jenis haiwan yang memiliki kulit yang keras sesuai untuk tema 'shell out'.

Membuang kulit atau 'shell' merupakan perbuatan untuk menikmati makanan laut tersebut.

Karakter hidangan ini yang lain adalah kuah yang kuat rasa dan berempah yang boleh memberikan perisa kepada makanan laut yang hanya direbus.

Curahan Kuah Ke Makanan Laut

Kehadiran kuah yang kuat yang dicurahkan kepada pelbagai jenis makanan laut menjadikan ianya dipanggil 'shell out'.

Ditambah pula dengan mencurahkan sebaldi atau sebekas hidangan ini di atas meja ia memberikan signature lain untuk hidangan menu 'shell out'.

Kali ini penulis berjaya mencuba satu hidangan 'shell out' di sebuah restoran di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Kedai Makan Dapoo See Labu, Sinaria.

memandangkan penulis hanya datang berdua maka pemilihan set yang mengikut bilangan orang yang makan adalah diperlukan.

Dalam situasi penulis, SET A yang tersedia pada senarai menu Shell Out di sini memerlukan dua dan tiga orang untuk menghabiskan menu ini.

Bahan Bahan Dalam Shell Out

Dalam shell out di restoran ini, makanan laut yang ada dalam sebaldi yang telah dicurahkan ke atas hamparan plastik di atas meja adalah;

ketam

kupang

lala

udang galah

brokoli


Jika dilihat dengan mata kasar, kupang dan lala mendominasi portion yang ada. Diikuti udang dengan beberapa ekor dan ketam beberapa ekor juga.





Jagung juga ditemui dalam hidangan, sekitar 3 ketul potongan yang telah direbus ranggup, tidak begitu lembut.

Malangnya brokoli gagal ditemui jika tidak dikuis dengan jari.

Rasa Kuah Shell Out

Sejujurnya kuahnya cukup sedap. Berempah dan berlemak rasanya. Kehadiran belacan dalam hidangan dapat dirasai walaupun anda tidak memiliki masalah resdung.



Bagi penulis, setakat ini kuahnya cukup rasa. Sedap dicecah dengan makanan laut dan menjadi kuah nasi.

Hidangan Tambahan Dalam Hidangan

Nasi Putih



Semangkuk nasi disediakan. Bagi penulis nasi adalah watak sampingan dalam hidangan shell out ini. Bagi penulis jika tiada nasi pun tidak mengapa.



Tapi kehadiran nasi juga boleh menjadi waktu rehat selain meratah makanan laut yang terhidang depan mata.

Satu Jag Air Sirap Ais



Agak manis, mungkin aisnya belum lagi cair. Sudah pun dikacau dan hancur ais, rupa-rupanya masih manis. Mintalah air kosong untuk mengurangkan kesan kemanisan.

Harga Shell Out 2-3 PAX

Bagi hidangan ini harganya adalah RM59.90 (2021). Walaupun bagi penulis harganya agak berlebihan jika melihatkan jenis hidangan dan bilangan makanan laut yang ada, tapi jika ingin mencubannya sudah berpatutan.

Jarang-jarang sekali. Dengan harga sebegini dua kali kedai steamboat dan grill yang menyediakan hidangan makanan laut penulis boleh kunjungi.

Lokasi Kedai Dapo See Labu

Kedai Dapoo See Labu terletak di Sinaria iaitu dekat dengan simpang empat untuk masuk ke Rimbayu jika anda dari Jalan Kebun Klang dan Telok Panglima Garang Banting.



Boleh rujuk Google Maps di bawah untuk rujukan untuk ke kedai ini.

Rating Hidangan Shell Out

Secara keseluruhan hidangan shell out untuk 2 pax di restoran ini boleh dicuba. Jika diberikan markah dan rating penulis berikan 3.5/5.0



Dengan layanan dan suasana kedai memberikan bonus markah lebih.

Anda fikir anda tahu Makan Shell Out untuk 2 Pax Di Dapo See Labu Telok Panglima Garang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.