Header Ads

Cara Cepat dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan

"Hilangkan Bau Durian"

Makan durian itu nikmat, bagi yang suka dan peminat tegar kalau bab-bab durian. Bau pun tidak kisah apalagi dengan warna isi kekuningan dan rasa krim pada isinya.

Cara Hilangkan Bau Busuk Durian
Cara Hilangkan Bau Busuk Durian

Dengan harga timbang kulit lebih berat pada isi pun tidak kisah kalau suka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Masing-masing memiliki genetik dan variasi perasaan.


Buah Segar Paling Busuk Di Dunia

Bab yang kurang gemarkan bau durian. Pernah penulis terlihat rancangan program TV luar negara, dalam rancangan Fear Factor.

Nilai yang akan diperoleh jika mampu menghabiskan durian adalah USD 500,000. Wow, penulis sanggup.

Tapi begitulah natijahnya jika kita tidak sukakan durian.

Tidak Suka Bau Durian 

Durian pada asasnya ramai yang tidak gemarkannya (mereka yang tidak suka lah!) adalah baunya.

Tidak perlu mengandung atau sakit, jika ada yang tidak suka akan bau durian pasti menolaknya.

Apa lagilah jika terperap di dalam kereta atau kenderaan dengan bau durian yang semerbak. Selain boleh mengundang rasa loya dan tidak senang kepada manusia yang tidak gemarkan bau durian,

kehadiran binatang juga dikhuatiri berlaku, bayangkan haiwan seperti monyet datang mengopek kereta anda kerana inginkan durian kerana bau dalam kereta anda.

Penyebab Durian Berbau 

Dalam sains, kehadiran sulfur yang ada pada buah durian adalah penyebab durian memiliki bauan sebegitu.

Bau kentut juga ada bau sulfur sebenarnya. Ini bermaksud kehadiran sulfur sinonim dengan bau yang kurang menyenangkan, apalagi kandungan sulfur yang ada dalam buah durian.

Tips Mudah Menghilangkan Bau Durian

Kali ini penulis ingin berkongsikan tips tips untuk menghilangkan bau durian dalam kereta atau apa-apa kenderaan.

Kita boleh gunakan bahan-bahan ini untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan bau durian.

1. Kopi

Ciri Penghilang Bau :

Kafein mengandungi unsur nitrogen yang meningkatkan kemampuan karbon membersihkan sulfur dari udara melalui proses penjerapan.

Cara Menggunakannya :

Bungkus serbuk atau biji kopi di dalam kain dan diletakkan di dalam kereta.

2. Serbuk Penaik (Baking Powder)

Ciri Penghilang Bau :

Bersifat alkali yang boleh meneutralkan dan menghilangkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan deria bau.

Cara Menggunakannya :

Letakkan semangkuk serbuk penaik di dalam kereta dan bauan kurang menyenangkan akan hilang.

3. Cuka

Ciri Penghilang Bau :

Bersifat asid lemah yang boleh menjadi agen penghilang bau. Asid asetik dalam cuka akan memerangkap molekul dalam udara, dalam kes ini molekul ruapan sulfur.

Cara Menggunakannya :

Tinggalkan semangkuk cuka di tempat bauan busuk dan tinggal semalaman.

4. Arang

Ciri Penghilang Bau :

Memiliki pori-pori kecil yang mampu memerangkap molekul penyebab bau. Malah karbon dalam arang adalah agen penghilang bau yang busuk.

Cara Menggunakannya :

Tinggalkan beberapa ketul/keping arang dalam kenderaan.

5. Daun Pandan

Ciri Penghilang Bau :

Memiliki aroma wangi yang mampu menggantikan bauan tidak menyenangkan dengana bau pandan.

Turut menghilangkan bau kimia berlebihan.

Cara Menggunakannya :

Gunakan beberapa helai bergantung kepada kekuatan bau letakkan dalam kenderaan atau kawasan yang kuat baunya.

6. Daun Limau Purut

Ciri Penghilang Bau :

Terdiri dalam kumpulan yang sama dengan pandan yang mengeluarkan bauanya dengan bau wangi limau.

Cara Menggunakannya :

Ambil beberapa helai daun limau purut mengikut kadar bauan yang ada biarkan bersama bauan tersebut.

7. Kertas Surat Khabar

Ciri Penghilang Bau :

Karbon yang ada pada huruf dan bentuk cetakan pada surat khabar mampu meneutralkan bauan durian yang kuat.

Karbon ini bertindak seumpama arang juga.

Cara Mengunakannya :

Letakan beberapa helai surat khabar dalam kenderaan lagi banyak dakwat lagi banyak kelebihan.

Jangan lupa untuk biarkan ia basah selepas digumpal dan diletakan dalam kenderaan.

Tips Tanpa Bahan Penghilang Bau

Terdapat juga tips biasa yang penulis gunakan seperti membuka semua bukaan pada kereta dan jemurkan di kawasan panas dan berangin.

Namun, mungkin tidak sesuai untuk semalaman ditinggalkan.

Karbon Mampu Hilangkan Bau

Bagi ulasan penulisan bahan yang memiliki unsur karbon sesuai dalam menghilang bau. Tidak lupa juga kepada benda berasid yang boleh memerangkap molekul bauan.

Kehadiran aroma semula jadi seperti pandan dan daun limau memang 'perfume' semulajadi yang mudah didapati secara organik.

Dapatkan bahan atau jenis bahan yang memiliki karbon yang tinggi. Karbon mampu menyerap molekul-molekul bau yang ada.

Boleh la cuba dengan carbon fibre, mana tahu menjadi, bunyinya juga agak berteknologi.

Semoga dapat membantu kepada yang memiliki masalah untuk menghilangkan bau durian yang semerbak dalam kenderaan.

Mungkin info ini tidak sesuai untuk kenderaan seperti motosikal, basikal atau motorbot.

Anda fikir anda tahu Cara Cepat dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.