Header Ads

Antara Ciri Ciri Minyak Wangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette Mana Perfume Terbaik

 "EDT vs EDP"

Bercerita mengenai perfume atau minyak wangi, mengingatkan penulis kepada satu kisah pembunuhan dalam pencarian bau paling wangi di alam semesta.

Eau de Parfum vs Eau de Toilette
Eau de Parfum vs Eau de Toilette

Filem 'Perfume:The Story of Murderer tajuknya.


Mengisahkan seorang 'pembuat' minyak wangi yang begitu obses dengan bau kerana diberikan kelebihan hidung yang sensitif dengan bau.

Sehinggakan membunuh demi mendapatkan 'pati' bau dari manusia, wanita sebenarnya.

Mengapa kisah ini perlu diketahui dahulu sebelum kita memahami apa itu Eau de Parfum (EDF) dan Eau de Toilette (EDT) Kerana dalam kisah ini menunjukan apakah yang ada dalam minyak wangi dan sejarah cara membuatnya.

Jom kita ketahui dahulu apakah bahan yang ada dalam minyak wangi.

Komponen Asas Dalam Minyak Wangi

Pati dan Minyak

Minyak wangi sebenarnya berasal daripada pati, pati bungaan (secara amnya wangi). Pati seumpama minyak yang diekstrak dari bunga-bunga atau hasil tumbuhan atau hasil sesuatu yang berbau, semestinya bau wangilah. Tidak semestinya bunga, kulit kayu juga boleh diambil minyaknya, contoh; kayu gaharu.

Tapi kini banyak sahaja esther iaitu wangian sintetik (buatan manusia), kalau anda masih ingat kimia untuk SPM, ada kaitan alkohol dan ester kerana dalam tajuk hidrokarbon.

Alkohol

Benda berminyak adalah kegemaran benda hidup. Bagi mengelakkan dari busuk kerana bakteria dan kuman atau rosak pati dan minyak ini, alkohol digunakan.

Selain itu kegunaan alkohol adalah untuk menjadi pelarut kepada minyak dan pati untuk dibuat 'perfume'.

Alkohol juga digunakan untuk menaikan aroma minyak pati (essential oil), kerana sifat mudah meruwapnya alkohol maka apabila tersentuh kulit (lazimnya) akan menyebarkan bau wangi pada sesuatu minyak wangi itu.

Ethanol adalah alkohol yang sering digunakan dalam minyak wangi.

Air

Walaupun sedikit kapasitinya dalam minyak wangi, namun ia tetap ada. Sekarang kita sudah tahu apakah komponen atau bahan dalam setitis minyak wangi yang sudah diproses.

Apakah Maksud EDP dan EDT Minyak Wangi (Perfume) ?

Pati minyak, alkohol dan air. Ada kaitannya dengan EDT dan EDF. Maka, mudahlah untuk kita faham apa itu Eau de Parfum dan Eau de Toilette.

Dalam bahasa Perancis, Eau de bermaksud 'telah' atau 'ada' dalam bahasa melayu, dan 'had' dalam bahasa inggeris.

Mari kita fahami pula EDF dan EDT ini.

Eau de Parfum (EDP)

Dalam sebatian ini terdapat tiga komponen asas minyak wangi. Pati minyak, alkohol dan air. Dalam EDP ini terdapat kepekatan pati wangian antara 15%-25% dalam alkohol.

Eau de Toilette (EDT)

Dalam EDT ini terdapat kepekatan pati wangian antara 7%-12% dalam alkohol.

Perbandingan Bahan EDP dan EDT

Andaikan alkohol dalam kuantiti yang sama dan jenis yang sama, dan EDP memiliki kepekatan pati wangian lebih banyak berbanding EDT.

Secara logiknya, EDP memiliki kandungan pati minyak wangian yang banyak berbanding EDT. Menjadikan EDP lebih tahan lama baunya.

EDP baunya boleh bertahan sehingga 6-8 jam apabila disembur manakala EDT baunya boleh bertahan antara 4-5 jam selepas disembur.

Eau de Toilette Description
Eau de Toilette Description


Bagaimana Pula Dengan Body Mist ?

Body mist adalah jenis perfume juga namun dengan kepekatan pati minyak lebih rendah iaitu 3%-5% dalam alkohol yang menjadikannya hanya mampu bertahan sekitar satu dan dua jam selepas disembur.

Bagaimana Dengan After Shave ?

After Shave
After Shave

1%-3% wangian dalam alkohol dan membolehkan ia bertahan selama dua jam.

Sifat dan Ciri Minyak Wangi EDP dan EDT

Eu de Parfum memiliki sifat aroma dan bau yang kuat, mampu tahan lama selepas disembur, sedikit sahaja semburan tapi kekal kuat baunya.

Manakala ciri Eau de Toilette adalah berlawanan dengan ciri-ciri minyak wangi EDP yang memiliki pati wangi (fragrance) yang lebih banyak

Ketahanan Bau Minyak Wangi Jenis EDP dan EDT

Maka boleh disimpulkan bahawa jika pada botol perfume anda tertulis EDP, perfume tersebut akan bertahan sehingga 8 jam apabila digunakan dan untuk EDT boleh mencapai 5 jam selepas semburan.

Perfume yang memiliki pati minyak yang lebih banyak akan tahan lama dan kuat baunya dan sebaliknya.

Perbandingan Harga EDP dan EDT

Maka dapatlah diberikan fakta bahawa EDP lebih mahal harganya berbanding EDT. Eau de Parfum mungkin mencecah sehingga RM300 dan ke atas dan bagi minyak wangi Eau de Toilette lebih rendah pada harga tersebut.

Contoh; Lancome La Vie Est Belle (EDP) = RM420

Lancome O Dr (EDT) = RM240

Harga bergantung kepada minyak wangi yang tahan lama, berbau kuat dan sedikit sahaja perlu disembur, yang menjelaskan sifat minyak wangi EDP.

Jadi, mengikut kepada minat, keselesaan dan gaya anda untuk memilih minyak wangi eau de parfum atau minyak wangi eau de toilette.

Anda fikir anda tahu Perbezaan dan Ciri Ciri Minyak Wangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.