Header Ads

Makan Gulai Seafood Panas Di Restoran Halim Gulai Panas Airport Pulau Langkawi


"Halim Gulai Panas Airport Langkawi"

Apabila bercuti semestinya bukan hanya tempat menarik yang akan dicari sebagai persedian dan rancangan ketika bercuti.


Gulai Panas Halim GP Airport Langkawi
Gulai Panas Halim GP Airport Langkawi
Mana mahu makan juga menjadi kriteria dalam senarai untuk bercuti, sebelum membuat itinerary percutian ke satu satu tempat.


Pulau Langkawi yang terletak di Kedah, di utara Semenanjung malaysia cukup popular untuk dilawati pelancong tidak kira dari domestik atau pelancong luar negara.

Tempat Makan Sedap Di Langkawi

Selain carian di enjin carian internet untuk tempat menarik, tempat makan terbaik atau tempat makan tersohor semestinya perlu dibuat carian juga.

Sebelum ini penulis pernah berkongsi tempat makan terkenal di Pulau Langkawi sebagai contoh kedai makan yang boleh dicuba untuk sarapan.

Restoran Halim GP Langkawi Airport

Kali ini penulis ingin berkongsi pula satu kedai makan yang tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Halim GP Gulai Panas Kedai Makan
Halim GP Gulai Panas Kedai Makan
Iaitu Halim GP Airport Langkawi.

Restoran Halim GP ini merupakan salah satu kedai makan yang boleh dicuba mereka yang datang bercuti di Pulau Langkawi.

Apa Itu Halim 'GP' ?

Perkataan 'GP' pada nama restoran ini adalah menu utama yang disediakan di kedai makan ini iaitu 'Gulai Panas'.

Restoran Halim Gulai Panas Langkawi cukup sesuai bagi yang mencari kedai makan yang menyediakan makanan yang agak berat, nasi hidang dengan berlaukkan masakan gulai.

Gulai Panas Dari Halim GP Airport Langkawi
Gulai Panas Dari Halim GP Airport Langkawi
Pastinya untuk mendapatkan makanan bernasi ini mampu memberikan tenaga yang lebih ketika bercuti.

Lauk Pauk yang Disediakan Di Kedai Makan Ini

Apa yang menariknya dengan gulai-gulai yang ada disini, pengunjung boleh memilih lauk pauk untuk dijadikan gulai.

Antara lauk pauk yang boleh dipilih adalah ;


Seafood Mentah Di Halim Gulai Panas
Seafood Mentah Di Halim Gulai Panas
1. Ikan Kerapu
2. Ikan Siakap (putih)
3. Ikan Tenggiri
4. Ikan Jenahak
5. Ikan Gerut
6. Ikan Repoh
7. Udang
8. Sotong (termasuk telur sotong)
9. Ayam


Sotong Di Gulai Panas Halim
Sotong Di Gulai Panas Halim
dan beberapa lauk lain.


Kepala Ikan Kerapu Halim Gulai Panas
Kepala Ikan Kerapu Halim Gulai Panas

Masakan Selain Dari Kaedah Gulai

Selain daripada gulai pengunjung boleh mencadangkan segala lauk pauk ini untuk masakan lain seperti goreng-goreng, masak pedas atau merah, sup dan lain lain cara masakan.

Sotong Celup Tepung Goreng Di Halim GP
Sotong Celup Tepung Goreng Di Halim GP 
Ikut sahaja citarasa anda tapi untuk mengikut tema 'GP' di sini penulis mencuba ikan jenahak gulai.

Sayur Dalam Gulai

Usah risau akan sayuran yang akan ditambah ke dalam gulai anda. Sudah tersedia bendi, lada dan tomato di atas pinggan, tugas anda pilih sahaja pinggan sayur yang sesuai dengan anda.

Pilihan Ulam Ulaman

Bagi penggemar ulam-ulaman, kedai makan ini menyediakan satu meja dengan terisi pinggan dan piring yang diletakkan dengan pelbagai jenis ulaman yang betul-betul segar.


Ulam Timun Pucuk Salam
Ulam Timun Pucuk Salam
Ulam dari yang anda kenal sehinggalah nenek atau datuk anda sahaja yang kenal, pasti pening kepala untuk dipilih.

Cara Membuat Pilihan Menu Masakan

Mari penulis terangkan sedikit Standard Operation Procedure (SOP) jika ingin membuat pesanan di restoran ini,


Seafood Dan Sayuran Untuk Di Masak
Seafood Dan Sayuran Untuk Di Masak
1. Dapatkan Lauk Pilihan (makanan laut atau ayam dan lauk lain)
2. Dapatkan pinggan terisi sayuran
3. Layan diri dapatkan ulam-ulaman
4. Terus temui staf untuk cadangan masakan.
5, Pesan minuman di meja
6. Tunggu sahaja hidangan anda sampai

Cukup sistematik bagi penulis, kelonggaran diberikan kepada pengunjung untuk bagaiman menu yang diinginkan pelanggan.

Ulasan Penulis

Makanan Gulai

Ikan Jenahak Gulai

Isi ikannya cukup lembut, warna isi yang masih putih dan segar.
Walaupun anda bukan seorang peminat ikan-ikan sebegini boleh lihat kesegaran ikan tersebut.

Ikan Jenahak Gulai Dengan Bendi dan Tomato
Ikan Jenahak Gulai Dengan Bendi dan Tomato
Apabila dimasak tiada sebarang bau hanyir disedari deria bau. Semestinya rasa ikan segar adalah manis dengan tekstur yang lembut.

Markah 3.5/5.0

Gulai Bersama Sayuran

Gulai Ikan Dengan Sayur Bendi dan Tomato
Gulai Ikan Dengan Sayur Bendi dan Tomato
Pada pandangan pertama, warna gulainya jingga kemerahan, diketahui bahawa kehadiran kari dengan tumis yang pecah minyak.

Dihidang panas-panas sungguh menyelerakan. Apalagi dengan rasa kari yang betul-betul rasa gulai.

Cukup rempahnya, santan dan perencah kari yang digunakan.

Sayur yang ada masih segar dan muda-muda. Jika yang tidak elok boleh rasa ketidaksegarannya.

Markah 4.0/5.0

Layanan Staf

Setakat kehadiran penulis di kedai ini. Staf mereka memberikan layanan yang cukup baik. Dari memesan dan pertanyaan bagaimana hidangan yang akan dimasak cukup mudah difahami dan senang komunikasi.

Walaupun agak ramai pelanggan, hidangan boleh sampai dalam 10-15minit.

Markah 4.0/5.0

Suasana Restoran

Agak suram sebenarnya, lebih kepada lampu jalan warnanya. Kadang-kadang risau juga terdapat serangga atau binatang kecil lain yang boleh menjadi 'lauk tambahan'.

Mungkin boleh dinaiktaraf supaya lebih cerah keadaan.

Markah 2.5/5.0

Secara keseluruhan penulis berikan 4.5/5.0

Untuk lebih terbaik jom lihat video review Restoran Halim Gulai Panas Langkawi




Informasi Pengunjung

Alamat Restoran

Lokasi Restoran Halim Gulai Panas Langkawi tidak begitu jauh dari bulatan yang ada di lapangan terbang Langkawi.

Jika dari airport, ambil laluan keluar (exit) pertama. Agak mencabar sedikit jika berpandukan aplikasi carian tempat.

Boleh lihat peta google di bawah:

Restoran Halim GP Gulai Panas
No 4, 
Jalan Lapangan Terbang, 
Kampung Bukit Nau,
7100 Langkawi, Kedah



Waktu Operasi Restoran

Dibuka setiap hari kecuali hari rabu 
waltu dibuka pada jam 6.30 petang dan ditutup pada jam 12 malam

Harga Makanan

Harga hidangan bergantung kepada timbang berat lauk yang dipilih,


Harga Ikan dan Seafood Ikut Timbang Gram
Harga Ikan dan Seafood Ikut Timbang Gram
contoh:

Ikan Kerapu (per 100 gram) : RM 8.00
Ikan Jenahak (per 100 gram) : RM 8.00
Ikan Gerut (per 100 gram) : RM 7.50
Ikan Senangin (per 100 gram) : RM 7.50
Ikan Siakap (per 100 gram) : RM 7.00


Harga Seafood Di Halim GP Langkawi
Harga Seafood Di Halim GP Langkawi
 Udang (per 100 gram) : RM 6.00
Sotong (per 100 gram) : RM 6.00

Makan Nasi Panas dan Gulai Panas Di Halim GP
Makan Nasi Panas dan Gulai Panas Di Halim GP

Anda fikir anda tahu Makan Gulai Seafood Panas Di Restoran Halim Gulai Panas Airport Pulau Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.