Header Ads

Pengalaman Kali Pertama Naik Mahkamah Saman JPJ


"Naik Mahkamah Saman JPJ"

Akhirnya penulis memiliki satu lagi pengalaman dengan JPJ. Ini bukan sekadar sekatan jalan (roadblock) yang biasa.

Pengalaman Naik Mahkamah JPJ
Pengalaman Naik Mahkamah JPJ
Kisah roadblock yang membawa pengalaman baharu.


Penulis kongsikan pengalaman ini sebagai panduan dan tatacara untuk mereka yang pertama kali ditahan roadblock dan terpaksa menghadirkan diri ke mahkamah.

Semuanya bermula pada suatu perjalanan pulang ke kampung halaman di pantai timur.
Ketika itu penulis tidak memandu kerana mengalami masalah kurang sihat yang agak teruk.

Peristiwa Pahit Pulang Ke Kampung

Setelah menghabiskan lebih 5 jam perjalanan, selepas berjaya menikmati keindahan Pantai Penarik.

Suatu situasi yang agak biasa ketika waktu musim pulang ke kampung halaman apalagi untuk cuti hari raya korban.

Pada awalnya, penulis dan isteri menyangkakan hanya kesesakan trafik kerana ramai orang pulang ke kampung.

Di Tahan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Akan tetapi hakikat yang lebih kepada hakikinya ia merupakan roadblock jpj.

Tanpa rasa segan dan silu serta rasa gusar apalagi ketidakselesaan selain dari batuk dan selsema penulis menyarankan isteri penulis meneruskan perjalanan untuk melepasi sekatan jalan oleh JPJ di hadapan.

Sampai sahaja seiringan dengan satu pegawai penguatkuasa di sebelah kanan pemandu tiada apa-apa...

Namun,....jeng...jeng...jeng

Pegawai JPJ disebelah kiri menyarankan kami untuk berhenti di tepi.

Di dalam benak penulis sambil meluahkan perkataan kepada isteri penulis, mungkin kerana kesalahan 'tinted' yang agak gelap sebenarnya pada kereta kami.

Kesalahan Cukai Jalan (Roadtax) Tamat 

Apabila di tanyakan hal sebenar, sememangnya bukan kerana 'tinted' yang membawa kepada musibah akan datang ini.

"ROADTAX MATI"..ya tuan puan..Cukai jalan tamat tempoh jika kita perlu menulis esei dalam penulisan karangan SPM.

Ini boleh diklafikan sebagai 'malang tidak berbau' jika kematian roadtax tersebut sama dengan kematian benda bernyawa pasti berbau.

4 bulan sebenarnya roadtax kereta kami sudah 'arwah'....maka oleh kerana sudah melebihi 3 bulan tidak dibenarkan untuk membayar kompaun sahaja dan memerlukan penulis dan isteri hadir ke mahkamah terdekat (di mana saman dikeluarkan).

Setiap kesalahan untuk diselesaikan di mahkamah akan diberikan tarikh dan waktu tertentu, mengambil masa sebulan lebih juga, bagi kes penulis.

Prosedur Dalam Mahkamah Kes Saman JPJ

Kita sudah tahu kes yang menyebabkan penulis terpaksa menghadirkan diri ke mahkamah kerana roadtax maka di bawah adalah cara dan prosedur ketika menghadirkan diri ke mahkamah :

1. Hadir pada waktu yang tepat dalam kes penulis pada jam 8.00 pagi. Hadirkan diri sebaiknya selewatnya 30 minit dari waktu tersebut.
2. Naik ke bahagian pendaftaran yang ada di kompleks mahkamah tersebut untuk pendaftaran,

bawa bersama 

a) Kad Pengenalan 
b) kepingan slip saman yang diterima

Berikan sahaja pada personel dalam pejabat.

3. Akan diberitahu masa mahkamah bersidang. Kes penulis pada jam 9.00 pagi.
Boleh sarapan dahulu untuk hilangkan gugup (nervous), memandangkan kali pertama ke mahkamah.
4. 5 minit sebelum waktu mahkamah bersidang, masuk ke dalam bilik perbicaraan.
5. Duduk dibangku tempat duduk (dalam cerita mesti pernah lihat bangku panjang tempat orang ramai duduk)
6. Pegawai JPJ akan menerangkan prosedur apabila mahkamah bersidang.
7. Tunggu sahaja nama dipanggil. Kes JPJ, Polis Trafik akan didahulukan sebelum kes berat.
8. Apabila nama dipanggil, datang ke depan, dengan tangan dibelakang, berdiri jangan melebihi para pendakwa. Tidak dikandang.
9. Pendakwa akan bacakan kesalahan dengan akta besera waktu kejadian berlaku.
10. Mengaku sahaja kesalahan
11. Bahagian penting adalah apabila pendakwa menanyakan alasan dan apa-apa rayuan, berikan alasan untuk mengurangkan jumlah hukuman (kompaun).
Dalam kes penulis, alasan : merayu untuk dikurangkan kerana perjalanan jauh dari Terengganu untuk balik ke Lembah Klang.
12. Keputusan kompaun/jumlah saman dikenakan kepada anda. Dalam kes penulis sepatutnya RM300 dikurangkan kepada RM270.
13. Terus keluar melalui pintu masuk setelah dibacakan 'hukuman'.
14. Menuju ke tempat pendaftaran tadi, buat bayaran (sediakan bayaran secukupnya)
15. Selesai (berjaya memperbanyakan tabung JPJ)

Bayaran Saman yang Perlu Dibayar

Agak parah sebenarnya perbelanjaan ekonomi penulis untuk waktu itu kerana kedua-dua pemandu dan pemilik dikenakan saman.

Kedua-dua dikenakan RM270, pedihnya tuh disini. RM540 melayang. Apalagi 'roadtax' juga perlu diperbaharui.

Maka, dengan ini inilah kali pertama dan kali terakhir penulis akan menghadap hakim di mahkamah.

Apa yang Perlu Di Bawa Ke Mahkamah ?

Semoga menjadi panduan kepada para 1st timer sebagaiman penulis apabila mendapatkan saman terus masuk ke mahkamah, sediakan:

1. Kad pengenalan
2. Diri (seawal boleh)
3. Alasan/rayuan untuk kurangkan kompaun/harga saman
4. Duit untuk bayaran saman (lebihkan kalau boleh)

Harap membantu.

Anda fikir anda tahu Pengalaman Pertama Naik Mahkamah Saman JPJ ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.