Tips Memancing Di Rockbund Fishing Chalet Marina Island Lumut


"Tips Mancing Rockbund Marina"

Setelah penulis mengalamai sendiri penginapan dan mancing di Rockbund Fishing Chalet di Marina Island Lumut Perak, boleh dikatakan beberapa tips yang boleh penulis berikan.


Tips Memancing Di Rockbund Marina Fishing Chalet
Tips Memancing Di Rockbund Marina Fishing Chalet
Seumpama 'post-mortem' memandangkan penulis gagal mendapatkan ikan yang menjadi idaman.


Walaupun bukanlah 'otai' (old timer) dalam hobi memancing penulis berjaya mendapatkan tips dari mereka yang sedia otai melalui pengalaman mereka.

Bagaimana mahu tahu musim sesuai ? dan dimana mahu mendapatkan umpan atau alatan memancing sekitar Rockbund Marina Island.


Platform Mancing Rockbund Fishing Chalet
Platform Mancing Rockbund Fishing Chalet
Jika pandai dengan situasi dan suasana memancing di Rockbund tidak mustahil, kerapu, siakap dan pari menjadi hasil lumayan kepada pemancing di Rockbund Fishing Chalet.

Tips Memancing Di Rockbund Fishing Chalet, Lumut

Kedai Pancing Terdekat

Perkara pertama yang penulis cari. Melalui panduan google maps agak tidak berkesan sebenarnya kerana gagal memberikan bantuan pencarian kedai pancing sekitar Marina Island dengan tepat.

Penulis bertanyakan sebuah kedai makan untuk maklumat kedai pancing. Mereka mengesyorkan untuk ke pekan simpang antara untuk ke Manjung dan Lumut.



Terdapat satu kedai pancing, boleh rujuk maps yang diberikan. Menyediakan barangan dan alatan pancing yang sesuai, umpan hidup juga ada, udang hidup dan umpun umpun hidup yang menjadi kegemaran ikan gred A seperti jenahak, tebal pipi, duri dan sebeagainya.

Bagi yang sentiasa membuat persediaan awal boleh dapatkan barangan pancing melalui pembelian online di bawah;

1. PG Mall
2. Lazada - https://invol.co/cljg5z

Waktu Sesuai Memancing

Ini antara yang terpenting. Memancing di Rockbund lebih kepada kategori memancing di pantai dan laut. Pantai dan laut sentiasa berubah-rubah apalagi Selat Melaka antara laut yang sukar diramal pasang surutnya, hanya yang berpengalaman sahaja tahu.

Info ini penulis berjaya cungkil dari pemancing tempatan, kalau boleh, datanglah ke Rockbund Fishing Chalet pada tarikh 20,21 dan 22 haribulan kalendar Islam. Mengikut keadaan bulan di langit. Pada waktu ini dikatakan air agak tenang.

Elakkan untuk membaling pancing ketika 13,14 dan 15 haribulan kalendar Islam, bulan sedang mengambang, bukan kerana hantu banyak keluar atau diganggu salakan anjing, tetapi kerana air sedang pasang besar. Arus air laut apalagi sekitar ROckbund cukup tidak sesuai.

Kebarangkalian untuk tersangkut dengan tali pancing pemancing lain agak tinggi, baling di hujung kiri sudahnya ke hujung kanan tali pancing anda. 

Cara Balingan Pancing

Nampak remeh, namun ia mungkin berguna ketika anda datang ketika air pasang. Tidak disyorkan untuk membuat balingan beberapa meter dari platform pemancing kerana terdapat banyak batu-batu yang boleh menyebabkan tali pancing anda tersangkut.

Batuan yang ada mampu menyebabkan anda kehilangan beberapa meter tali pancing, batu ladung dan umpan serta mata kail iaitu beerti diputuskan atau putus sendiri.

Balinglah jauh sedikit ke hadapan. Batu sekitar tepian tempat memancing memang banyak. Pastikan tidak melintasi kawasan platform bersebelahan kerana ini salah satu cara anda untuk membelitkan tali anda dengan tali platform sebelah.

Batu Ladung yang Sesuai

Tips ini sesuai untuk ketika arus air di sekitar Rockbund yang agak deras. Pastikan cukup besar untuk melawan arus yang agak kuat. Serius penulis boleh katakan, ini cukup penting ketika datang pada bukan masa arusnya tenang.

Batu ladung bersaiz nombor 6 pun gagal mengawal arus, penulis terpaksa meletakan dua biji batu ladung untuk menahan arus deras.

Pastikan batu ladung mencukupi.

Awasi Pukat Nelayan

Salah satu yang selalu menjadi permasalahan memancing sekitar Rockbund Fishing Chalet. Nelayan tempatan sengaja atau tidak suka untuk melintasi di hadapan perairan Rockbund. 

Dengan muka bersahaja, menarik gulungan pukat mereka.

Terdapat juga nelayan tempatan yang sengaja meletakkan pukat dihadapan perairan Rockbund. Awasi situasi ini.

Alatan Memancing Mencukupi

Pastikan alatan memancing seperti tali pancing, mata kail, batu ladung atau lain lain peralatan mencukupi. Walaupun hanya semalam menginap dan memancing, tidak mustahil untuk kehabisan stok alatan memancing.


Alatan Memancing Ikan
Alatan Memancing Ikan
Lekat pada batu, digigit buntal atau sesirat antara penyebab alatan pancing membazir begitu sahaja. 

Dari informasi, kedai pancing yang berjarak 10km (lebih kurang) tutup pada jam 10 malam. Penting untuk ada 'spare' alatan yang berlebihan.

Dicadangkan juga pemancing sekurang-kurangnya membawa dua batang joran itu sudah dikira syarat bilangan joran.

Kain untuk menarik tali pancing tersangkut dan playar perlu diutamakan juga memandangkan banyak juga reba yang kita gagal ketahui sekitar perairan.

Perambut Pancing yang Sesuai

Dari pengalaman penulis dengan 'otai' yang ditemui, kebanyakan mencuba teknik yang ada. Tidak kira teknik batu hidup, batu mati atau dengan pelampung.

Kesemua yang dinyatakan di atas sesuai di Rockbund.

Mungkin penulis boleh cadangkan untuk menggunakan mata kail yang kecil sedikit dari kebiasaan, kerana kekerapan untuk ikan besar melalui kawasan perairan Rockbund sebenarnya tidak banyak.

Sumber Dari 'Otai' Pemancing

Tips dan panduan ini penulis kumpulkan melalui pengalaman sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Penulis juga mendapatkan nasihat dari abang sebelah chalet yang juga sudah beberapa kali datang.

Apalagi info dari 'otai' kawasan ini, iaitu abang kawasan Rockbund yang sentiasa menjaga keselematan Rockbund, yang turut memberikan tips untuk memancing di sini.

Memancing sebenarnya lebih kepada rezeki, ada ikan yang melintas insha Allah ada rezeki. Tips-tips ini hanyalah persediaan untuk memancing di Rockbund Fishing Chalet dan peringatan sahaja.

Untuk trip kali ini penulis gagal mendapatkan hasil yang lumayan namun tidak kumpau atau bangau, walaupun sekadar ikan buntal mengigit umpan.

Mungkin lain kali, dengan tips yang ada penulis jadikan panduan.

Menginap Di Rockbund Fishing Chalet

Ada yang ingin mencuba menginap dan memancing di Rockbund ini, boleh rujuk review penuh pada pautan dibawah:



Review percutian di Rockbund Marina Island :


Untuk video-video percutian lain yang menarik boleh klik pautan ini : Snapbackpacker Youtube Channel


Anda fikir anda tahu Tips Memancing Di Rockbund Fishing Chalet Marina Island Lumut ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan