Cara Kenal Duit Ringgit Malaysia Tulen dan Duit Palsu


"Kaedah Kenal Wang Tulen"

Pernah lihat filem 'The A Team' lakonan Liam Neeson sebagai watak Hannibal ? Ya, itu salah satu penyebab kepada konflik yang berlaku dengan aksi dan adegan yang mungkin tidak masuk akal kerana dua buat plat sahaja.

Cara Kenal Wang Tulen
Cara Kenal Wang Tulen
Plat mencetak dollar Amerika. Berebut masing-masing untuk mendapatkan plat berkenaan.


Duit Palsu Di Malaysia

Duit bukan segala-galanya, namun duit mungkin boleh beli segalanya.

Sudah banyak sebenarnya wang atau duit palsu tersebar di seluruh dunia, tidak usah pergi jauh. Dalam negara Malaysia juga terdapat penemuan duit palsu.

Selain menyebabkan negara lumpuh dengan inflasi, duit palsu banyak keburukan lain.

Ciri Ciri Wang Ringgit Malaysia Tulen

Bagaimana mahu tahu duit yang ditangan anda dan dalam dompet anda betul-betul tulen ? Jom lihat kriteria pengecaman duit tulen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


Cara Kenal Duit Tulen | BNM
Cara Kenal Duit Tulen | BNM

1. Rasa

Rasa kualiti substrat wang kertas :

- Kertas yang kesat dengan cetakan timbul pada bahagian potret SPB Yang Dipertuan Agong yang pertama dan teks.

- Wang polimer diperbuat daripada plastik khas dengan cetakan timbul pada potret SPB Yang Dipertuan Agong yang pertama dan teks.

2. Lihat

Lihat wang kertas berlatarbelakangkan cahaya :

- Potret tanda bayang 3-Dimensi (3D), tanda pandang telus dan tingkap pandang telus akan kelihatan.

- Garisan lurus benang keselamatan akan kelihatan.

3. Sendengkan

Pegang wang kertas menegak dan sendengkan :

- Lihat pada pergerakan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan petak kilat bewarna.

4. Periksa

Periksa wang kertas dengan menggunakan peralatan :

- Peranti Cahaya Ultraunggu : Substrat kertas tidak akan berkilau kecuali pada ciri-ciri keselamatan tertentu.

- Kanta Pembesar : Tulisan teks bersaiz mikro akan kelihatan jelas.

Sudah kenali ciri-ciri wang yang tulen ? Selain daripada ciri-ciri di atas akan membuktikan wang tersebut palsu.

Mungkin ada yang merasakan tidak penting untuk tahu akan perkara sebegini.

Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Terjumpa Wang Palsu ?

Mengikut panduan dari BNM, mereka menyarankan menyerahkan wang palsu tersebut kepada polis, namun wang tersebut tidak akan diganti kerana ia tiada nilai.

Langkah yang Perlu Dilakukan :

1. Lengahkan pemberi wang palsu. Buat pemerhatian pada perwatakannya, serta kawan peneman jika ada bersama. Ambil data perlu seperti nombor pendaftaran kenderaan jika dengan kenderaan.

2. Tidak menconteng dan melakukan sebarang perubahan kepada wang palsu yang diterima.

3. Jika boleh kurangkan untuk memegang atau menggunakan wang palsu tersebut, sebaiknya letakkan di dalam sampul surat atau bekas tertentu.


4. Terus membuat laporan polis 

Hukuman Memiliki Duit Palsu

Bukan pencetak, pengeluar wang palsu sahaja akan didakwa malahan sesiapa yang memiliki wang palsu, tahu atau tidak tahu boleh didakwa di bawah akta :

Seksyen 489C iaitu "Memiliki mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan".

Penjara tidak melebihi 10 tahun.

Anda fikir anda tahu Cara Kenal Duit Tulen dan Duit Palsu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan