Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia


"Delivery Makanan Di Malaysia"

Bukan sahaja maklumat dan sosial secepat sentuhan jari, pesanan makanan juga boleh dipesan dihujung jari.


Senarai Servis Food Delivery Di Malaysia
Senarai Servis Food Delivery Di Malaysia
Setakat ini masih belum ada servis menyuap makanan ke mulut bagi yang berupaya, sekadar bergurau.


Zup, zap, zup zap kelihatan kelibat pekerja mencilok untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Delivery Makanan Segera Sahaja

Jika sebelum ini cukup popular untuk mereka yang inginkan makanan segera seperti KFC atau McDonalds untuk 'delivery' ke depan rumah.

Kini, nasi goreng USA, spagetti bolognese, western food dan pelbagai lagi makanan selain 'fast food' boleh ditempah.

Janji, sanggup membayar. Akan sampai terus kepada anda tanpa sebarang kegusaran, dengan pertanyaan retorik yang boleh buat setengah-setengah pasangan bergaduh dengan pertanyaan, ' Nak makan mana ? '

Jawab sahaja 'makan kat sini'



Senarai Servis Penghantaran Makanan Di Malaysia

Jom lihat senarai syarikat 'food delivery' di Malaysia.

1. Food Panda
Food Panda
Food Panda
Pengenalan: 

Dikenali dengan tema warna merah jambu dengan menjadikan beruang panda sebagai ikon.

Menimbulkan kontroversi sehingga munculnya situasi pekerja mereka berhenti kerja dan terdapat isu boikot.

Dengan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan dari lebih 700 buah kedai makan dan restoran, Food Panda boleh memberikan makanan kegemaran anda seperti nasi lemak, kopi, makanan segera seperti McDonalds, KFC atau Domino Pizza dan pelbagai hidangan harian tanpa perlu ke restoran berkenaan.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

10.00 a.m sehingga 11.00 p.m, Setiap hari

2. Grab Food


Grab Food
Grab Food
Pengenalan:

Grab biasa terkenal dalam penghantaran benda bernyawa iaitu manusia. Alternatif kepada teksi dan bas. Namun, dengan tema hijau bukan sahaja manusia boleh dibawa ke mari, makanan dan minuman juga boleh.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

9.00 a.m sehingga 12.00 a.m, Setiap Hari

3. Honest Bee


Honestbee
Honestbee
Pengenalan: 

Dari namanya, mungkin aplikasi ini mementingkan kejujuran seumpama seekor lebah. Apa yang unik akan honestbee berbanding khidmat penghantaran makanan lain adalah, aplikasi ini turut menyediakan penghantaran barangan dapur, menarik bukan.

Dengan tema lebah yang kiut dan bewarna kuning mengingatkan pada satu gedung pakaian TeezBee yang juga kiut untuk dimiliki barangannya.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

10.00 a.m sehingga 10.00 p.m, Setiap Hari

4. Dah Makan


Dah Makan
Dah Makan
Pengenalan: 

Cukup senang diingati, dahmakan, sememangnya penghantaran makanan yang menjadi alternatif kepada khidmat penghantaran makanan lain.

Hijau merupakan tema warna untuk aplikasi ini. Terdapat 'rating' untuk setiap pesanan, pengguna boleh menjadikannya sebagai panduan.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

9.00 a.m sehingga 10.20 p.m, Setiap Hari

Download Apps: DahMakan Apps

5. Deliver Eat


Deliver Eat
Deliver Eat
Pengenalan: 

Dengan tema merah aplikasi ini masih dalam berjinak-jinak, sudah berkolaborasi dengan 200 buah kedai makan dan restoran termasuk Subway, Kenny Rogers Roasters dan Chicken Rice Shop. 

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

RM 25.00

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

10:30 a.m sehingga 9.00 p.m, Setiap Hari

6. Running Man Delivery


Running Man Delivery
Running Man Delivery
Pengenalan: 

Terkejut dengan namanya ? Jangan. Memang namanya running man. Dengan bermula harga makanan serendah RM1, mereka boleh hantarkan kepada anda.

Dengan simbol 'R' dan kilat, mesti penghantaran ini sepantas kilat apalagi dengan latar merah pada aplikasi. 'R' pada logonya boleh juga dikatakan 'rare' kerana rokok pun boleh dibeli melalui aplikasi ini.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order :

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

11.00 a.m sehingga 9.00 p.m, Setiap Hari

7. Food Time


Food Time
Food Time
Pengenalan:

Dengan tema warna oren dengan logo lokasi dan sudu serta garfu sudah boleh dibayangkan apa perkhidmatan yang dilakukan oleh Food Time. 

Aplikasi ini sebenarnya lebih tertumpu kepada pengusaha makanan biasa yang ditemui seperti gerai, kedai makan dan mereka yang memasak sendiri, menjadi orang tengah untuk dipasarkan.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card


Waktu Operasi Penghantaran : 

9.00 a.m sehingga 6.00 p.m, Setiap Hari

8. Mammam Delivery


Mammam Delivery
Mammam Delivery
Pengenalan: 

Nama pun sudah 'kiut', jum mamam. Masuk sahaja aplikasinya sudah terpampang logo halal. Jadi usah risau serta khuatir untuk menggunakan perkhidmatan yang agak popular sekitar lembah klang ini.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card


Waktu Operasi Penghantaran : 

9.00 a.m sehingga 7.00 p.m, Setiap Hari

9. Shogun2U


Shogun2u
Shogun2u
Pengenalan: 

Agak berlain sedikit namanya dengan nama untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Mungkin kelainan ini menjadikannya unik. Sebenarnya ia bermula dari sebuah restoran dan sudah menjadi sebuah aplikasi servis hantar makanan.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card


Waktu Operasi Penghantaran : 

10.00 a.m sehingga 8.30 p.m, Setiap Hari

10. BungkusIt


BungkusIt
BungkusIt
Pengenalan:

The city right to your doorstep! Itulah slogannya, wujud dalam situasi #buymuslimfirst cukup tepat dengan mereka yang ingin menggunakan khidmat penghantaran makanan yang diteraju oleh orang muslim.

Dua gabungan perkataan 'bungkus' dan 'it'. Bungkus pasti sudah terbayang situasi bawa balik.

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 

24 jam (bergantung kepada kedai makan dan waktu operasi restoran)

11. Go Eat


Go Eat Delivery
Go Eat Delivery
Pengenalan:

Dengan tema hitam dan kuning aplikasi ini menjadikan dunia delivery lebih meriah.
Berpangkalan di Cyberjaya, Selangor.

Dengan terutbuhnya pada januari 2020, Go Eat menjadi pesaing kepada delivery makanan lain untuk memperbaiki setiap kelemahan yang anda

Cara Pesanan : 

Website dan aplikasi telefon pintar

Minimum Order : 

Tiada

Cara Bayaran: 

Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card

Waktu Operasi Penghantaran : 


10 pagi - 10 malam (bergantung kepada kedai makan dan waktu operasi restoran)

Download Apps, Pesan, Bayar dan Makan

Pelbagai khidmat dan servis penghantaran makanan sekarang. Cukup memudahkan kita hanya perlu download aplikasi atau terus ke laman sesawang dengan memilih pesanan makanan yang diinginkan terus membuat bayaran secara online atau bayaran tunai kepada pesanan makanan sampai.


Langkah Membuat Pesanan Delivery Makanan
Langkah Membuat Pesanan Delivery Makanan


Pastikan kawasan anda dalam lingkungan (coverage) servis penghantaran bimbang makanan anda tidak sampai.

Penghantaran Makanan Segera

Kini, restoran makanan segera turut menjadikan laman sesawang mereka sebagai kemudahan seumpama aplikasi penghantaran makanan sebagaimana senarai di atas, contohnya:

KFC Malaysia
McDonalds
Pizza Hut



Turut menggunakan tiga langkah penghantaran mudah sebagaimana di atas.

Bagi mereka yang gemarkan voucher makanan ataupun redeem makanan percuma boleh dapatkan khidmat TableApp sebagai platform mencuba makanan istimewa dari restoran restoran terbaik terpilih.

Berminat Menjadi Peniaga Makanan Delivery ?

Mungkin ada di antara kita yang berminat untuk memulakan bisnes makan delivery sendiri, boleh mencuba bisnes ini dengan jenama sendiri, rujuk panduan dan cara memulakannya, boleh lihat pautan di bawah;



Anda fikir anda tahu Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan