Header Ads

Review Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang) Warung Kita Bangi


"Nasi Manggey Warung Kita Bangi"

Ala penyediaan dan masakan dari Kak Wok. Itu adalah frasa yang betul. Bimbang akan menyebabkan salah sangka ini adalah review nasi kak wok.




Nasi putih (kadang-kadang dikukus) bersama lauk ayam garing yang dipotong kecil-kecil. Dengan gulai sebagai kuah. Ini adalah 'signature' untuk nasi ala kak wok ini.


Pada asasnya, nasi kak wok original hanya di Kelantan sahaja.

Nasi Ayam Goreng Cincang Popular

Sehingga artikel ini ditaip lebih dari puluhan nasi ayam goreng cincang berkuah gulai terdapat di muka bumi, khususnya Malaysia.

Bukan sahaja kaum bumiputera malahan pendatang juga boleh menjadikan hidangan ini sebagai tema perniagaan makanan mereka.

Pencarian Nasi Ayam Goreng Cincang yang Sedap

Jika dahulu kita mencari kedai makan ala tema kak wok, namun sekarang kita mencari yang menyamai rasa asli makanan yang boleh dikatakan berasal dari kelantan.

Nasi ayam cincang goreng sebegini bukan asing di Lembah Klang, di Shah Alam sahaja terdapat lebih dua buah restoran dengan tema ini.

Ada yang pernah penulis review dan ada juga belum.

Terdapat salah satu dari yang lain menjadikan ala kak wok di sekitar Lembah Klang ini.
Namun, mungkin bimbang akan disaman 'originality', restoran ini diberikan nama 


'Warung Kita Nasi Manggey'



Menu Makanan Di Warung Kita

Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang Kuah Gulai)


Nasi Manggey Bangi
Nasi Manggey Bangi
Hidangan utama di sini adalah nasi putih berlaukkan ayam cincang yang digoreng garing. Dijirus dengan kuah gulai kuning yang pekat dan beberapa hirisan timun.


Sambal dan Kuah belangtarung.com
Sambal dan Kuah
Tak pedas tak syok, sambal ladanya memang pedas. Tidak lain dan tidak bukan merupakan tema ala kak wok.

Hidangan Menu Lain

Bagi mereka yang gemarkan makanan dari Kelantan, disi juga terdapat menu hidangan ala Kelantan seperti:

1. Nasi Berlauk Ikan Tongkol (Ikan Aya)
2. Nasi Lemak Ikan Tongkol (Ikan Aya)
3. Nasi Ayam Kampung

Minuman

Dari segi minuman pengunjung boleh memilih dua hidangan minuman yang istimewa di restoran ini.


Coconut Shake dan Air Kelapa Muda
Coconut Shake dan Air Kelapa Muda
1. Coconut Shake dengan Float Ais Krim
2. Sebaldi kecil air kelapa muda

Gemarkan teh o ais limau atau sebarang air 'custom' yang lain ? Boleh sahaja memesannya.

Ulasan Penulis

Makanan

Dari segi rasa nasinya memang sebagaimana nasi yang dimasak dengan betul. Konsistensi mereka dalam menyediakan nasi tetap sama.

Itu nasi.




Ayam goreng kecil-kecil yang dicincang anggaran dengan diameter 2 inchi memang garing dan cukup rasa kunyitnya.


Ayam Goreng Cincang
Ayam Goreng Cincang
Ranggup diluar namun isi ayam masih terasa.

Apa yang menarik akan hidangan ini adalah kuahnya. Cukup pekat dengan rasa gulai Kelantan (bagi yang pernah merasai nasi berlauk).

Bukan kari yang selalu ditemui di kedai-kedai gulai tiruan. Mungkin yang menyebabkan warung kita terkenal adalah kuahnya. Memang sedap.

Minuman

Dari segi minuman penulis biasa akan memesan satu coconut shake dengan float ais krim dan sebaldi air kelapa muda.

Coconut shake memang berkrim dengan satu skop ais krim perisa vanila. Memang kena dengan nasi ayam cincang tadi.


Coconut Shake Vanila Float belangtarung.com
Coconut Shake Vanila Float
Bagi penulis, ia agak manis dengan susu bukan dengan kelapa. Rasa kelapa mungkin dibayangi rasa ais krim dan susu berkrim di sukai ramai.

Untuk mendapatkan betul-betul rasa air kelapa. Dapatkan air kelapa sebaldi. Memang puas hati, memang betul-betul rasa kelapa kerana penambahan pemanis dalam hidangan ini agak sedikit.


Isi Air Kelapa Muda belangtarung.com
Isi Air Kelapa Muda
Dengan ais yang banyak memang menyegarkan dan menghilangkan dahaga terik mentari di atas kepala. Boleh dibuktikan bahawa mereka meeyediakan air kelapa tulin memandangkan di bahagian belakang restoran terdapat timbunan kelapa muda.

Layanan

Dari segi layanan masih baik. Apabila pelanggan agak kebingungan dalam bilangan berapa bungkus ini dibeli, mereka masih tersenyum.

Jika masih pening-pening dengan tema layan diri mereka masih tersenyum.

Suasana Restoran

Semestinya restoran ini dikunjungi ramai pelanggan. Pencarian tempat makan mungkin bergantung kepada kapasiti pelanggan.

Suasana kedai dalam dua situasi, terang dan gelap. Terang apabila anda berada berhampiran pintu masuk dan sebaliknya.

Sistem Layan Diri

Sebagai tips yang anda perlu ketahui, semua pembelian adalah layan diri:

1. Ke kaunter nasi dan lauk
2. ke kaunter minuman, dapatkan penyedut minuman atau sudu dan garfu
3. membuat pembayaran.

Informasi Pengunjung

Alamat Restoran

Tidak berapa jauh dari UKM bangi dan juga stesen KTM UKM. Di penjuru rumah kedai yang terletak di tepi Jalan Reko menghala ke UKM Bangi.

Warung Kita Nasi Manggey Bangi,
Lot 1, 
Jalan ST/1, 
Batu 18, Kawasan Perindustrian Sg. Tangkas, 
Kampung Sungai Tangkas, 
43000 Bangi, 
Selangor



Harga Makanan


Menu dan Harga Makanan
Menu dan Harga Makanan
Nasi Manggey (Nasi Ayam Cincang) : RM 5.80
Coconut Shake dengan Float Ais Krim Vanila : RM 3.70
Air Kelapa Muda (Sebaldi Kecil) : RM 4.80

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dan mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 10 malam.


Waktu Operasi Nasi Manggey belangtarung.com
Waktu Operasi Nasi Manggey
Kawasan Parkir

Memandangkan terletak di kawasan rumah kedai, mungkin agak terhad.

Anda fikir anda tahu Review Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang) Warung Kita Bangi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.