Header Ads

Makan Nasi Dalam Buluh Di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak


"Nasi Bamboo Sungai Klah"

Zaman dahulu sebelum wujudnya klang-kilang barangan eletrik untuk menanak nasi, buluh menjadi 'periuk'nya.


Review Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai
Review Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai
Mungkin jarang masyarakat sekrang menanak nasi dalam buluh. Kecuali lemang, namun itu bukan nasi tetapi pulut.


Bagi pendaki dan pencinta alam sekitar masak nasi dalam buluh bukan satu yang pelik.
Apalagi mereka yang pernah menetap dengan kaum orang asli sekitar hutan.

Masak Nasi Dalam Buluh

Nanak nasi dalam periuk sememangnya perlakuan konvensional, masak nasi dalam buluh itu barang 'rare'.


Nasi Dalam Buluh
Nasi Dalam Buluh
Barang 'rare' memang mahal dari segi keunikannya.

Bermula dengan sebuah pondok kecil yang seumpama warung di pintu masuk menuju ke Kolam Air Panas Sungai Klah, menggunakan teknik masakan nasi dalam buluh. Kini sudah terkenal di serata Malaysia. Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak.

Singgahan Mat-Mat Moto 'Ride'

Sebuah kedai makan yang selalunya menjadi singgahan geng-geng mat moto, Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai.


Sticker Kelab Motor Di Nasi Bamboo Sg Klah
Sticker Kelab Motor Di Nasi Bamboo Sg Klah
Bagi sebelah utara Lembah Klang, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini cukup popular dengan 'ride' geng mat moto.

Seumpama 'route-route' ride mat moto lain disini tersedia satu papan yang membolehkan kumpulan mat moto dari pelbagai ceruk menampal pelekat kumpulan mereka.

Sejujurnya, kedai makan Nasi Buluh ini pernah penulis singgahi ketika dalam perjalanan 'ride' menuju ke Teluk Batik untuk acara Suzuki di sana.

Dengan kapasiti yang agak ramai ketika itu dan memandangkan bukan dalam atur cara perjalanan untuk hari tersebut, penulis hanya berhenti sahaja. Bukan untuk mencuba hidangan yang ada.

Cubaan Kali Kedua

Kali kedua singgahan ke Nasi Bamboo Sungai Klah ini, menjadikan penulis tidak sabar untuk mencuba apa makanan menarik yang disediakan di sini.

Hujung minggu dan waktu makan tengah hari, penulis dan rakan-rakan agak tersilap akan waktu untuk datang mencuba hidangan di sini.

Alang-alang sudah sampai, apakata redah sahaja, memandangkan selepas makan ada rancangan untuk mandi-manda di Sungai Klah.

Waktu makan tengah hari baharu bermula, penuh parkir kenderaan sehingga terpaksa parkir di tepi jalan utama yang berhampiran jambatan Sungai Klah yang sudah dilebarkan, mungkin atas faktor ini ia dilebarkan.

Seperti biasa pelbagai jenis motorsikal parkir di hadapan kedai makan ini, pelbagai jenis dan pelbagai warna-warni 'coverset' dan rekabentuk topi keledar.

Persekitaran dan Suasana Kedai

Suasana dalaman kedai agak gelap dan redup. Pengcahayaan agak kurang. Setiap ceruk meja dipenuhi orang. Bermula dengan kawasan hadapan sehinggalah nun di sana, penuh meja dengan pengunjung.

Nak tak nak, kena tunggu giliran dengan berdiri sambil mata melilau mencari meja yang baharu sahaja ditinggalkan pengunjung yang sudah menjamu selera.

Gambaran yang boleh penulis jelaskan ketika itu adalah seumpama satu kawasan di wall street denngan broker saham yang ramai. Lebih tepat sedikit seumpama kawasan pasar yang sedang meriah jualan hasil sayuran. Agak bising dan penuh dengan manusia. Meriah.

Dapat Meja dan Kerusi Selepas Menunggu

Mujur dengan kerjasama dan rasa ihsan pengunjung yang sedang makan, sesudah makan jarang tengok yang sempat berborak dan bersembang. Dengan kata lain dapatlah penulis dan rakan-rakan duduk di kerusi yang mejanya sudah kosong.

Konsep dan tema yang diterapkan dalam sistem urusan pengambilan makanan di Nasi Bamboo ini adalah secara layan diri.

Konsep Food Court Dalam Restoran

Ditempatkan gerai mini seumpama warung-warung di medan selera dengan pelbagai jenis hidangan. Seumpama laman web tempahan penginapan anda boleh memilih apa yang citarasa anda kehendaki.

Itu konsep kedai, konsep dan tema masakan yang dihidangkan pula majoritinya adalah tertumpu kepada masakan tempatan ala kampung.

Ulam-ulaman, pelbagai jenis lauk pauk berkuah dari yang menggunakan santan sehinggalah yang menggunakan rempah ratus.

Pelbagai 'Genre' Menu Makanan

Citarasa barat dan citarasa kurangkan minyak dalam hidangan tidak terlepas. Lauk pauk hasil panggan dan bakar turut tersedia. Tunggu pengunjung pesan dan santap sahaja. 


Daging Salai Nasi Bamboo
Daging Salai Nasi Bamboo
Dalam suasana yang agak sibuk dengan waktu puncak kunjungan pengunjung, beratur panjang bukanlah suatu yang asing.


Kambing Grill Nasi Bamboo
Kambing Grill Nasi Bamboo
Bagi makanan yang agak popular dan nasi dalam buluh beratur itu satu kemestian. Penulis bercerita dalam situasi waktu puncak.

Stesen Minuman Berasingan

Bagi air minuman, telah tersedia satu stesen air yang agak ramai pekerja di dalam satu stesen berbentuk kiosk.

Pilihan air yang banyak, kebanyakkan disediakan dalam jag air yang bersaiz sederhana. Cawan disediakan bagi meja yang bilangan pengunjung yang tidak memerlukan kapasiti air dalam bentuk jag.

Itu sedikit sebanyak pemerhatian yang boleh penulis boleh kongsikan sebelum menjamu hidangan disini.

Antara Menu yang Di cuba

Di bawah adalah senarai lauk pauk dan hidangan yang penulis dan beberapa rakan pilih dari pelbagai stesen makanan di penghujung kedai ini.


Lauk Pauk Di Nasi Bamboo
Lauk Pauk Di Nasi Bamboo
1. Nasi dalam Buluh
2. Ayam Bakar
3. Ikan Bakar
4. Sup Gear Box
5. Kerang Rebus
6. Kambing Bakar
7. Kerabu dan ulaman

Itu lebih kurang menu yang 'kami' (ramai) berjaya dapatkan di setiap stesen makanan diceruk restoran. Dari segi rasa jika lapar rasanya agak luar biasa jika dalam keadaan biasa rasanya biasa sahaja. Lainya, pelbagai jenis juadah dan lauk pauk boleh dipilih.

Penggemar makanan kampung dicadangkan untuk datang ke sini.

Dari segi harga, tidaklah begitu murah dan tidaklah begitu mahal. Cukup sesuai untuk bajet makan mereka yang sedang bermusafir dan sedang bercuti.

Nasi Tambah 'Portable'

Dengan lauk yang banyak semestinya satu batang buluh berukuran sejengkal setengah yang terisi nasi mungkin tidak cukup. Boleh membuat penambahan nasi dalam buluh dengan harga RM2 untuk satu batang buluh.

Pekerja yang membawa nasi dalam buluh akan lalu lalang sekitar kawasan makan dengan menggunakan troli, angkat tangan dan dapatkan nasi tambah anda

Informasi Pengunjung

Jika di zaman mula-mula Kedai Nasi Bambu dibuka, memang lokasinya agak terpencil, jalan menuju ke Hot Spring Sungai Klah.

Kini restoran ini sudah berada di kawasan yang agak luas dan dekat dengan 'exit' lebuhraya Plus, susur keluar PLUS Sungkai, Trolak.

Exit Tol Sungkai Outbound,lampu isyarat ambil kanan,dalam jarak 300m anda akan sampai.

Alamat

Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, 
Perak



Boleh gunakan aplikasi waze untuk memudahkan pencarian destinasi anda.

Waktu Operasi Nasi Bamboo (Buluh) Sungai Klah

Nasi Bamboo Sg. Klah Sungkai dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Parkir Kenderaan

Cukup luas dan teratur, jambatan sungai Klah berjaya dibesarkan mungkin kerana populariti nasi bamboo sungai Klah.

Boleh memuatkan lebih 30 buah kenderaan sedan dalam satu masa, tidak termasuk motosikal.


Set Nasi Dalam Buluh dan Lauk
Anda fikir anda tahu Makan Nasi Dalam Buluh Di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.