Header Ads

Makna Warna Jersi dan Pengiraan Mata Le Tour De Langkawi Malaysia


"Warna Jersi LTDL"

Le Tour De Langkawi yang bermula pada 1996 bukanlah satu acara yang baharu didengar.
Acara tahunan jelajah Malaysia yang disertai pelumba basikal antarabangsa.

Warna Jersi LTDL
Mengambil masa sepanjang seminggu dan paling lama 10 hari, pelumba basikal yang bertanding akan menjelajah Malaysia dalam 'stage' atau peringkat yang telah disediakan.



Setiap peringkat memiliki kategori masing-masing. Setiap perserta merebut gelaran Juara Keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit, dan Raja Asia (Pelumba Asia Terbaik). Semua kategori ini akan dinilai dari faktor kedudukan setiap stage untuk setiap kategori.

Keempat-empat gelaran ini ditentukan 'on the spot' dengan pemakaian jersi tertentu. Dengan warna yang tertentu. Peserta akan merebut setiap gelaran sepanjang kejohanan, selagi gelaran itu milik satu peserta selagi itu dia memakai jersi terbabit.

Makna Warna Jersi Pelumba Le Tour De Langkawi

Lihat senarai Warna dan Jenis Jersi untuk setiap gelaran di bawah:

1. Juara Keseluruhan

Jersi bewarna kuning cair yang ditaja oleh mana-mana penaja. Peserta akan memakainya selagi mata keseluruhan adalah miliknya.

Minali Yellow Jersey
Jersi kuning adalah raja segala jersi untuk kejohanan Le Tour De Langkawi.

2. Raja Pecut (Best Sprinter)

Dilambangkan dengan jersi bewarna hijau. Peserta yang dinobatkan sebagai raja pecut akan ditentukan di kawasan tertentu yang telah ditandakan sebagai tempat pelumba memecut.

Gurdini Green Jersey
Mata akan dikumpul, yang terbanyak untuk masa tersebut dikumpul dari kawasan 'sprint' lain akan menerima jersi hijau.

Kebanyakan peringkat memiliki kawasan pecut, berdasarkan kawasan yang landai dan lurus.

3. Raja Bukit (King of Mountain KOM)

Gelaran untuk raja bukit boleh dilihat pada peserta yang memakai jersi polkadot/merah.
Bukan semua kawasan untuk satu peringkat memiliki zon kawasan bukit. Sama juga dengan raja pecut, pada satu kawasan ditentukan jarak ke satu puncak, yang terpantas akan memiliki mata yang tinggi.
Bernardo Albiero Polkadot Jersey
Dikumpulkan untuk mencari markah terbanyak untuk menyarung jersi ini.

Untuk LTDL, cameron highland atau genting highland, Bukit Fraser dan mungkin banjaran titiwangsa di lebuhraya pantai timur adalah kawasan tumpuan raja bukit.

4. Juara Asia (Terbaik Asia Keseluruhan)

Terdapat gelaran untuk Raja Asia, dengan pemakaian jersi putih. Peserta dari asia yang memiliki mata keseluruhan terkumpul tertinggi dari Asia akan layak untuk menyarung jersi putih ini.

Pengiraan Mata Keseluruhan (Jersi Kuning)

Mengikut urutan paling awal sampai ke garisan penamat.

Tempat pertama - 15 mata
Tempat kedua - 12 mata
Tempat ketiga - 9 mata
Tempat keempat - 7 mata
Tempat kelima - 6 mata
Tempat keenam - 5 mata
Tempat ketujuh - 4 mata
Tempat kelapan - 3 mata
Tempat kesembilan - 2 mata
Tempat ke-10 - 1 mata


Pengiraan Mata Raja Pecut (Jersi Hijau)

Empat peserta paling laju (biasanya terawal) melintasi garisan tamat pecutan akan diberikan mata.

Semua mata bermula dari 5 mata 
Tempat kedua - 3 mata
Tempat ketiga - 2 mata
Tempat keempat- 1 mata

Paling laju diberikan 5 mata dan keempat laju akan diberikan 1 mata. Mata ini akan dikumpul untuk keseluruhan.

Pengiraan Mata Raja Bukit (Jersi Polkadot/Merah)

Bermula dengan 6 mata untuk pertama yang sampai ke tempat penamat.
Tempat kedua - 4 mata
Tempat ketiga - 2 mata
Tempat keempat - 1 mata

*untuk acara KOM atau raja bukit jersi polkadot, pengiraan mata bergantung kepada kesukaran pendakian.

Semakin sukar semakin tinggi nilai mata dan penerima mata.

Bagi jersi putih Raja Asia, bergantung kepada jumlah pungutan mata keseluruhan bagi zon Asia atau peserta asia.

Dengan sedikit informasi sebegini, mampu memberikan semangat kepada peminat LTDL di Malaysia.

Bagi memberikan sorakan dan sokongan apabila pelumba-pelumba jelajah LTDL ini melalui kawasan anda.

LTDL Pantai Penarik
Penulis dan isteri berkesempatan bertembung dengan LTDL ketika selesai mencuba celup tepung di Pantai Penarik, terengganu.

Anda fikir anda tahu Makna Warna Jersi dan Pengiraan Mata Le Tour De Langkawi Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.