Header Ads

Makan Sotong Kembang Sambal Di Nasi Lan Kedah Shah Alam


"Sotong Kembang Nasi Lan Kedah"

Cukup strategik kawasan restoran ini, di Alam Avenue 2 Seksyen 16 Shah Alam. Kawasan avenue yang masih hijau dan baharu, namun tempat tumpuan dan tarikan pengunjung. Boleh dikatakan sebagai pusat komersil 2 Shah Alam.


Nasi Lan Kedah Shah Alam
Nasi Lan Kedah Shah Alam
Dalam kawasan banyak premis perniagaan, anda boleh pilih untuk mendapatkan khidmat apa. Kosmetik, pakaian atau bundle.


Terbaharu kawasan perniagaan sajat yang mungkin melakukan beberapa perbincangan dengan mee tarik asli untuk berubah lokasi. Selain premis perkhidmatan yang ada selain dari panggung wayang di IRDK Mall, tempat makan adalah salah satu tarikan di kawasan Alam Avenue ini.

Jika dahulu, sebelum kewujudan Alam Avenue ini, nasi ayam penyet Padang Jawa lah yang popular.

Tempat Makan Alam Avenue

Selepas dibukanya Alam Avenue pelbagai tempat makan yang tumbuh. Restoran Ayza (Mamak) tempat berkumpul penulis jika selesai bermain futsal di Frenzy Futsal Seksyen 16.

Mee Tarik Warisan Asli tempat penulis dan isteri mencuba mee tarik 'on the spot' berkuahkan sup asli masyarakat Cina. Restoran Nasi Kandar Pelita tempat lepak bersama rakan-rakan menyaksikan perlawanan English Premier League.

Itu antara tempat makan yang pernah penulis jejaki di Alam Avenue berhampiran Puspakom dan JPJ Padang Jawa ini, selain tempat makan murah sekitar Padang Jawa.

Nasi Lan Kedah Shah Alam

Nasi Lan Kedah adalah restoran terkini yang penulis terjahi untuk mencubanya. Dengan logo kepala seorang pak cik Mohd Azlan pemilik Nasi lan Kedah yang bermula di Bangunan Peruda Alor Setar lebih kurang 30 tahun dahulu.


Restoran Nasi Lan Kedah Shah Alam
Restoran Nasi Lan Kedah Shah Alam
Dengan tema warna restoran atau 'trademark' mereka adalah kuning dan sedikit hijau, sudah tahu dari mana asal usul pemilik restoran ini. 

Restoran Nasi Lan Kedah pada konsepnya adalah seumpama restoran nasi kandar yang lain. Namun, kali ini versi pemilik melayu asli. Rempah ratus dan kuah yang memang berkonsepkan hidangan nasi kandar yang pernah penulis rasai.

Melihatkan susunan bekas lauk pauk yang terdapat di stesyen mengambil nasi dan lauk sudah boleh menduga apakah nasi yang akan kita makan nanti.

Nasi Ala Nasi Kandar

Dengan lauk pauk bergoreng dan berkuah pekat, variasi pelbagai jenis masakan kuah. Itulah nasi lan kedah. Uniknya dengan nasi kandar lain selain gelengan kepala dari pengusaha kedai adalah nasinya, warna nasinya yang bewarna kuning.


Lauk Pauk Pilihan
Lauk Pauk Pilihan
Kalau letak sayur hijau pada nasi, memang sudah menjadi 'trademark' pasukan Lang Merah pulun Kedah Pulun. Menu yang agak popular di sini adalah nasi kuning, kuah campur dan sotong kembang masak sambal.

Nasi Lan Kedah Sotong Kembang Sambal

Peminat sotong boleh mencubanya. Sotong yang diletakkan dalam bekas lauk adalah dalam pelbagai saiz, anda perlu memilih dengan dedikasi dan berkaliber sambil berkadar terus dengan jumlah wang dalam dompet anda.


Nasi Lan Kedah Sotong Kembang
Nasi Lan Kedah Sotong Kembang
Seekor sotong dikelar-kelar sambil tercelup dalam kuah sambal. Jika bernasib baik anda mungkin bertemu dengan sotong yang ada telur di dalamnya.

Rasa Sotong Kembang Sambal ? 

Rasanya lemak lemak manis dan tidak begitu kuat rasa rempahnya. Cukup sedan-sedan sahaja. Rasa lemak dan manis ini amat sesuai dimakan dengan nasi kuning yang lembut dan beraroma itu.


Sotong Kembang Masak Sambal | Nasi Lan Image
Sotong Kembang Masak Sambal | Nasi Lan Image
Tekstur sotong yang sederhana liat dan memerlukan kunyahan yang padu sebelum menelannya. Berhati-hati ketika mengunyah atau cuba memisahkan sotong kembang tersebut kerana khuatir air dari sotong terpercik merata-merata.

Pengalaman memercikkan kuah dari badan sotong berjaya penulis lakukan.


telur masin lauk sampingan
Lauk Sampingan Lain
Apa yang lainnya mengenai hidangan nasi Lan kedah ini adalah kuahnya. Jika dibandingkan dengan kuah campur nasi kandar di mamak, cukup berbeza.


Ayam dan Ikan Goreng
Ayam dan Ikan Goreng
Beza Nasi Lan dan Nasi Kandar Mamak

Kuah rempah disini (gulai, kari) tidak begitu kuat rasa rempahnya hanya biasa-biasa, namun perisanya cukup kuat, mungkin resepi turun temurun. Walaupun pekat dan melekat sukar untuk merasa muak. Cuku sedap dengan nasi kuning yang juga resepi turun temurun.
Lauk Ayam dan Sayur Bendi
Lauk Ayam dan Sayur Bendi
Selain sotong kembang, terdapat banyak lagi jenis lauk, seperti ayam goreng kunyit, ikan goreng, telur ikan, telur sotong dan daging masak hitam.

Bagi menjadikan lengkapnya hidangan nasi Lan Kedah, terdapat sayuran versi ulaman seperti bendi, kubis goreng dan beberapa ulaman sampingan. Tambah dengan telur masin pasti terangkat.


Cabai Sebagai Ulam
Bagi mereka yang mahukan rasa 'kick' kepedasan asli boleh ambil beberapa atau sebanyak mana yang anda gemar jadikan cili atau cabai sebagai ulaman.

Harga Hidangan Nasi Lan Kedah

Dari segi harga, bagi pandangan penulis Nasi Lan Kedah boleh dikategorikan target pengunjungnya adalah sedikit 'second upper-class' marhaen. Mereka yang baharu sahaja menerima duit PTPTN atau biasiswa MARA, baharu dapat bonus, bergaji eksekutif mungkin bagi golongan ini harga makanan disini murah.

Bagi rakyat marhaen sebagaimana penulis, agak mahal. Sotong kembang mengikut saiz bermula harganya dari RM13-RM20 seekor.

Nasi kuning : RM 2/pinggan
Sotong Sambal : RM 13/ekor
Telur Masin: RM 1.20/separuh
Sayur Kobis: RM 1.30/senduk

(Sepinggan untuk penulis sahaja adalah RM 17.50)

Lain-lain harga (dimakan oleh isteri dan kakak ipar penulis) sebagaimana di bawah


Harga Makanan Di Nasi Lan Kedah

Bagi kunjungan pertama kali di restoran ini, penulis berjaya menghabiskan RM 45.20. Siapa kata RM50 boleh kekal lama.

Informasi Pengunjung

Nasi Lan Kedah Cawangan Shah Alam Selangor

Bagi peminat Nasi Lan Kedah yang ingin merasakan hidangan ini, bagi cawangan Shah Alam boleh berkunjung ke Alam Avenue 2, sebagaimana alamat di bawah.

2730, Jln Serai Wangi G 16/G, 
Seksyen 16, 
40200 Shah Alam, 
Selangor

Bagi peminat pencarian lokasi menggunakan Waze atau Google Maps boleh membuat carian 'Nasi Lan Kedah Shah Alam'.

Waze Lokasi Nasi Lan Kedah Shah Alam

Waktu Operasi Nasi Lan Kedah

Waktu operasi Nasi Lan Kedah Shah Alam adalah dibuka setiap hari.

Bermula jam 9 pagi sehingga 8 malam untuk hari biasa dan akan ditutup seawal 4 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Elakkan waktu puncak seperti waktu makan tengah hari ketika hujung minggu khuatir anda akan mengeluh kerana beratur panjang.

Pengalaman penulis di restoran ini cukup baik kerana datang awal iaitu jam 11 pagi hari Sabtu dan mula kelihatan trafik di kaunter makanan mula sesak sekitar jam 12 tengah hari.

Bagi peminat Nasi Lan Kedah sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan cyberjaya mungkin sedikit Dengkil, mereka akan membuka cawangan di Bangi sekitar Februari 2018.

Trivia
Nasi Lan Kedah adalah milik Lan pet pet Senario ? Itu mitos kerana nama Pengurus Nasi Lan Kedah adalah anak pemilik nasi Lan ini bernama Muhammad Firdaus 'Mohd. Azlan', manakan Lan pet pet adalah Mazlan bin Ahmad. Mungkin lebih tepat dia adalah duta promosi untuk restoran ini.


Lan Pet Pet dan Nasi Lan Kedah
Anda fikir anda tahu Makan Sotong Kembang Sambal Di Nasi Lan Kedah Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.