Perbandingan Spesifikasi Motosikal Yamaha Y15R, Honda Rs150, Suzuki Belang R150, dan Benelli RFS 150i


"Perbandingan Spesifikasi Underbone" 

Kapcai usah dipantang mudah. Memang kapcai hanya popular di negara dunia ketiga atau negara yang sedang membangun seperti Malaysia.


Spesifikasi Underbone 150cc Malaysia
Spesifikasi Underbone 150cc Malaysia
Di negara-negara asia tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam, motor kapcai adalah nadi kepada jalan raya mereka. Tidak hairanlah banyak alat ganti yang boleh diperolehi dari negara-negara yang disebutkan tadi.


Bahkan negara-negara ini adalah pelopor dan 'otai' dalam teknologi motosikal bersaiz kapcai. Salah satu faktornya, negara mereka tiada badan berkanun seperti JPJ yang menghancurkan inovasi dalam bidang permotoran. Di Malaysia, umpama penjara peminat permotoran untuk melempiaskan idea untuk inovasi ini, sikit-sikit ke track, sikit-sikit ke track.

Ekzos 'aftermarket' dengan silencer pun mereka ini sailang pengguna motosikal.

Itu realitinya, namun kecintaan terhadap dunia dua roda tidak terhakis meskipun dihimpit penguatkuasaan yang tidak logik dek akal. Mentaliti no plate tak cukup saiz boleh bawa maut ini sukar dihapuskan namun, mat mat moto (bukan mat rempit) masih teguh menjadikan motosikal kapcai idaman mereka.

Kategori Underbone 150CC

Perbandingan empat jenis motosikal berkuasa 150cc yang sudah menghiasi jalanan Malaysia ini adalah pada teori dan kertas sahaja. Semua aspek dan faktor lain akan mempengaruhi 'nilai sebenar' di jalanan. Spesifikasi yang akan dibandingkan ini berdasarkan spesifikasi yang dikeluarkan kilang.

Yamaha Y15R, Honda RS150, Suzuki Belang R150, Benelli RFS150 adalah antara motosikal bersaiz 'underbone' yang menjadi kegilaan mat moto yang gemar akan motosikal dalam kategori kapcai.

1.Kuasa Enjin : Max HP

Yamaha Y15ZR  : 11.3kW  @ 8500 rpm , Bore x Stroke : 57.0 x 58.7mm
Honda RS150 : 11.5kW @ 9000 rpm , Bore x Stroke : 57.3 x 57.84mm
Suzuki Belang R150 : 12.65kW @ 9500 rpm , Bore x Stroke : 62.0 x 48.8mm
Benelli RFS 150i : 11.3kW @ 8500 rpm , Bore x Stroke : 57.0 x 58.7mm

Mengikut pada perbezaan kuasa, belang menewaskan pencabar lain kerana luas silinder dan lejangnya. Y15 dan RFS 150i memiliki nilai power maksima yang sama. 

Belang memiliki kuasa yang lebih sebagai contoh mampu menaiki bukit bercerunan menggunakan gear paling tinggi dengan cepat berbanding pencabarnya.

Terdapat suatu ayat dari mat saleh berbunyi "If you have a big horsepower, faster you can reach the finish line".


Honda RS150 Racing Boy di Motogp
Honda RS150 Racing Boy di Motogp
2.Torque :

Yamaha Y15ZR  : 13.80Nm @ 7000 rpm
Honda RS150 : 13.5kW @ 6000 rpm 
Suzuki Belang : 12.76Nm @ 8500 rpm 
Benelli RFS 150i : 13Nm @ 7000 rpm

Torque apa yang pernah dipelajari dahulu dalam subjek thermodynamic, bermaksud kebolehan sesuatu objek (motosikal) untuk bergerak, daya yang diperlukan untuk sampai ke sesuatu tahap benda tersebut bergerak.

Sebagaimana ayat inggeris "If you have a big torque value, you're slower to the finish line". Bermaksud semakin besar nilai torque, maka banyak daya yang diperlukan (dalam Nm) untuk menggerakkan motosikal tersebut pada suatu rpm. Torque memang berkait dengan rpm, dimana apabila torque maksimun dicapai pada rpm rendah maka
lebih efisien sistem enjinnya. 

Torque dalam motosikal biasanya berkaitan dengan 'pikap' (pick up) sesuatu enjin tersebut. Dalam faktor ini, Yamaha Y15 lebih pikap berbanding pencabar lain. Semakin tinggi nilai pikap semakin power motor tersebut kalau masuk pertandingan 'drag'.

3. Berat (jisim x graviti bumi) :

Yamaha Y15ZR  : 116 kg
Honda RS150 : 111 kg
Suzuki Belang : 108 kg 
Benelli RFS 150i : 115 kg

Berat juga memainkan peranan sesebuah jentera. Semakin berat sesebuah jentera memerlukan kuasa kuda yang tinggi dan torque yang besar untuk menggerakkannya pada suatu rpm dan sesuatu jarak yang telah dimalarkan 'variable'nya. Berat yang dimaksudkan di atas hanya purata atau dry weight, boleh berubah dan bukan malar.

Berat dan jisim motosikal mungkin tidak penting bagi sesetengah individu, namun berat boleh mempengaruhi satu faktor untuk mencapai 'performance' maksima iaitu 'power to weight' ratio. Dari sini kita boleh tahu apa yang perlu kita seimbangkan untuk mencapai power maksima dan torque maksima itu belum lagi dikira berat penunggang dan penukaran setting sprocket.


Benelli RFS150i Di Motogp 2017
Benelli RFS150i Di Motogp 2017
4. Susunan Camshaft (DOHC vs SOHC) :

Yamaha Y15ZR  : SOHC
Honda RS150 : DOHC
Suzuki Belang : DOHC 
Benelli RFS 150i : SOHC

Pada artikel: Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC), ada menerangkan perbezaan antara SOHC dan DOHC. DOHC banyak ke arah pergerakan sistem 'valve' yang menyerupai mekanisme kereta. DOHC lebih efisien gerakan 'valve' dengan 'timing' yang boleh dikatakan menghampiri sempurna. Faktor yang mengubah gerakan dalam 'cam system'.

Secara kasarnya, DOHC menggunakan bahan api yang banyak maka pergerakkan piston di dalam enjin lebih berkuasa dan efisien. Meskipun Y15ZR menggunakan SOHC yang kurang kadar kemasukan dan pembuangan dalam enjin jentera ini menggunakan 'fuel injection system' untuk mengimbangi kelebihan belang yang menggunakan karbretor sebagai injap inlet.

5. Sistem percikan Bahan Api :

Yamaha Y15ZR  : Fuel Injection
Honda RS150 : Fuel Injection PGM-Fi
Suzuki Belang : Carburetor Mikuni 26mm 
Benelli RFS 150i : Electronic Fuel Injection DELPHI

Secara mudahnya, carburator sistem manual dan electric fuel injection adalah penambahbaikannya iaitu secara automatik. FI, mencampurkan bahan api dan udara secara automatik mengikut kehendak sesebuah enjin jentera itu, namun carburator akan mencampurkan bahan api dan udara dengan campuran yang tidak sama setiap masa mungkin ada ketikanya pembaziran bahan api berlaku.

Senang cerita fuel injection tiada semput dan tidak memerlukan 'choke' seperti carburator. Sistem fuel injection lebih baik dari segi pembahagian bahan api petrol dan udara berbanding sistem karburetor. Body throttle adalah organ penting untuk motosikal dengan sistem FI. Tidak seperti sistem karburetor yang banyak membazirkan petrol dalam operasinya. Namun, satu kekurangan FI adalah penyelenggaraan yang agak rumit berbanding sistem karbu yang tidak memerlukan sistem Engine Control Unit (ECU) bagai untuk talaan.

Kelebihan Lain

Perbandingan spesifikasi di atas adalah dalam kategori 'performance' dan perbezaan dari segi kuasa. Mungkin terdapat unik lain pada setiap motosikal yang dibandingkan.

Sebagai contoh Benelli RFS 150i satu-satunya dikalangan motosikal 150cc menggunakan fork Upside down, travel 88 mm, di mana banyak digunakan pada motosikal scrambler dan motosikal racing seperti motogp, iaitu batang fork terbalik dari motosikal biasa.

Bagi Yamaha Y15R pula, memiliki saiz tayar yang agak besar berbanding keluaran kilang yang lain. Suzuki Belang R150, unik dari segi rupa bentuknya selain ketahanan enjin yang begitu mengagumkan penggunanya.

Faktor Reka Bentuk 

Dari segi reka bentuk fizikal, suzuki belang agak lain dari tiga motosikal yang dibandingkan. Mungkin atas dasar inilah, gagal mendapat tempat dihati pengguna, namun bagi mereka yang mahukan suatu jentera yang lasak dan senang dikendalikan Suzuki Belang adalah pilihannya.

Honda RS150 dan Yamaha Y15R digunakan dalam kejohanan AAM Petronas Cub Prix sebagai jentera perlumbaan.

Semua bergantung kepada minat dan pendirian masing-masing dalam memilih jentera. Namun, ia merupakan satu inisiatif positif memandangkan motosikal 150cc sudah banyak menembusi pasaran Malaysia.

Hapuskan Mat Rempit, Ramaikan Mat Moto

Selain dari menambahkan pengetahuan dalam jentera moden ia boleh dijadikan satu platform untuk kita, masyarakat dua roda (bukan mat rempit, jenis mat rempit guna motor ayah buat merempit pergi jauh) untuk berkumpul dan ride santai sesama jentera.

Hindarkan mat rempit guna duit ayah dan 'beruk' yang suka remp motor sesuka hati menganggu ketenteraman awam dan ramaikan mat moto bertamadun yang tidak menyusahkan masyarakat.


Suzuki Belang Racing Sepang Circuit
Suzuki Belang Racing Sepang Circuit
Anda fikir anda tahu Perbandingan Spesifikasi Motosikal Yamaha Y15R, Honda Rs150, Suzuki Belang R150, dan Benelli RFS 150i ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan