Larian Amal UV Night Run Columbia Asia Cyberjaya 2017


"UV Night Breast Cancer Awareness Run"

Umpama melastik burung dengan dua ketul batu itulah boleh diumpamakan untuk penulis minggu ini. Dua acara fun run berjaya disertai, sebagai bukti dua acara tersebut dilepasi, dua medal (pingat) finisher dari dua acara fun run larian disertai.



Night Run Columbia Asia 2017

UV Night Columbia Asia Run (7 Oktober 2017)

Bersempena dengan bulan 'Breast Cancer Awareness' yang menjadi tentatif progrem di bulan Oktober. Pihak Columbia Asia dan para penajanya telah menganjurkan satu acara larian amal (charity run) yang berlangsung di dataran Taman Tasik Cyberjaya.


Objektif dari penganjuran larian ini adalah mengutip dana untuk Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) selain dari memupuk kesedaran mengenai kanser payudara. Sebagaimana kata-kata dari orang kuat BCWA, bukan sahaja wanita terdedah kepada kanser payudara mungkin juga lelaki boleh mengidapnya kerana masing-masing meiliki payudara cuma berbeza rekabentuk dan struktur.

Acara larian fun run dari Columbia Asia bukanlah pertama kali yang disertai penulis, ini adalah acara kedua larian yang penulis sertai di bawah anjuran Columbia Asia.
Unik untuk acara pada hari Sabtu ini adalah ia berlangsung pada malamnya, nama pun Night Run. 

Terdapat dua kategori yang disediakan pada malam ini iaitu:

Kategori & Bayaran

A: 10km Open (18yrs & above)
RM 40

B: 3km Open (12yrs & above)
RM 30

Namun, seperti biasa penulis, isteri dan rakan-rakan memilih untuk bersantai sambil memiliki pingat dengan kata lain memilih fun run. Kategori B menjadi pilihan kami. Memandangkan ada rakan-rakan yang membawa anak kecil sekali untuk larian 3km sekali dengan membawa 'stroller' itu sudah memadai. Sambil berpeluh sambil cuci mata.



Kanak-Kanak Turut Serta
Trek Larian

Larian 3km bukanlah suatu yang begitu mencabar bagi atlit marathon lain tetapi acara yang berlangsung malam lain pula cabarannya. Trek yang dirancang oleh pihak larian adalah versi 'u-turn' dimana untuk 1.5km pertama peserta habiskan dan perlu membuat satu pusingan 'u' untuk menghabiskan 1.5km lagi.

Meskipun 3km agak kecil nilainya, tetapi satu tempat 'water station' mungkin menjadi agak sibuk dengan pelari-pelari yang kehilangan air ketika berlari.

Memandangkan ia fun run tiada rekod masa diperlukan, sampai 40 minit selepas dilepaskan itu sudah memadai memandangkan ramai yang berjalan dari berlari.

Race Pack Larian

Race pack dari Columbia Asia tidak pernah mengecewakan. Banyak item yang diberikan seperti t-shirt larian, bib (memang perlu ada haha), dan aksesori UV dan Glow berupa batang-batang bercahaya kalau di ketuk orang luar panggil 'glowstick' dan satu kelip-kelip seperti jam tangan.



UV Night Run Columbia Asia Entitlement

Selepas berjaya menamatkan larian, peserta masih lagi diberikan 'goodie bag' yang berisi makanan ringan, air minuman, serta terdapat ubat ketiak rexona.

Berpeluh dan bersantai, objektif utama penulis dan rakan-rakan di malam tersebut. Selain menyaksikan 'rezeki' (astagfirullah, ketat bebenor seluar MC malam tu) yang menjadi M.C di malam tersebut.

Selain 'rezeki', yang menariknya water station semasa dan di tempat berakhir larian diberikan air dari 100 plus dan turut menawarkan satu mini bus bewarna pink bagi mereka yang ingin memeriksa payudara untuk mengekalkan kesihatan organ tersebut.

Seperti mana-mana acara, lucky draw memang ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat yang menyertai, dan seperti biasa juga gagal meraih sebarang hadiah yang di'draw'kan.

Tidak mengapa cuba lagi lain 'lucky draw'.

Kemudahan Disediakan

Memandangkan acara bermula pada jam 845 malam semestinya yang datang awal sebelum waktu maghrib bagi yang beragama Islam, solat adalah utama walaupun ingin bersuka ria.
Surau mini yang diperbuat dari khemah mini menjadi tempat solat pengunjung, takungan air untuk mengambil wuduk juga disediakan, namun agak sukar bagi mereka yang sudah memakai kasut untuk larian agak sukar kerana tiada sebarang terompah disediakan.

Parkir agak luas memandangkan Taman Tasik Cyberjaya bukanlah kawasan yang sibuk kerana dikelilingi oleh kawasan perumahan baharu. Peserta menjadikan kawasan hadapan MMU sebagai kawasan parkir dan bahu jalan sekitar tasik

Dalam suasana gembira dan gelak ketawa, namun, terdapat insiden yang tidak diingini berlaku pada malam tersebut.

Alhamdulillah bukan dari kalangan penulis dan rakan-rakan tetapi peserta program ini, dikhabarkan terdapat 8 buah kenderaan yang parkir di sekitar MMU Cyberjaya untuk acara larian ini dipecahkan cermin kereta. Sungguh 'dajal' si pelaku, semoga larian seterusnya terhindar dari musibah sebegini.

Anda fikir anda tahu Larian Amal UV Night Run2017 Columbia Asia Cyberjaya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan