Gambar Katak Makan Ular Menjadi Tular


"Katak Makan Ular"

Pernah kita nyanyikan lagu bangau oh bangau semasa kecil dahulu. Kesian pada bangau kurus jadinya. Jika dihabiskan rangkap lagu tersebut semuanya bermula dengan satu haiwan yang menjadi kegelian dan ketakutan bagi mereka yang menghidap Ophidiophobia.

Ular adalah punca segala permasalahan sehinggakan kurusnya seekor bangau.

Pada rangkap-rangkap terakhir lagu rakyat ini, katak yang sememangnya secara azalinya adalah makanan ular adalah mangsa. Ular dan katak adalah dua subjek yang tidak boleh bersama selain dari tikus kegemaran ular.
Katak Makan Ular |one last scream into the abysssss
Namun, beberapa hari lepas telah tular satu gambar yang jarang ditemui dalam dunia biasa. Iaitu gambar di mana seekor katak bewarna hijau sedang menelan seekor ular. Gambar tersebut mula tular dari laman agregator blog, reddit dalam kategori r/WTF. Ada pandangan mengatakan gambar tersebut adalah gambar lama dan kembali tular.


Gambar 'Perfect Timing' 

Kredit harus diberikan kepada jurugambar yang berjaya menangkap gambar 'perfect timing' tersebut. Biasanya kucing atau haiwan mencakar lain sahaja adalah musuh ular, namun boleh dikatakan gambar katak sedang memakan ular ini adalah kehidupan dalam versi 'plot twisted'.

Sumber asal gambar ini masih belum diketahui apalagi jurugambar asal. Malah pihak national geographic sendiri sedang mencari siapakah jurugambar tersebut. Pihak natgeo juga mengalu-alukan jurugambar tersebut untuk berhubung dengan mereka, mungkin akan diambil bekerja dengan natgeo, untunglah.

Katak Berasal Dari Australia

Conservation biologist dan National Geographic Explorer Jodi Rowley, mengatakan dalam twitternya katak tersebut adalah spesis dari Australia, Australian green tree frog, Litoria caerulea.

Haiwan tersebut boleh ditemui di sekitar Australia dan New Guinea. Katak betina boleh mencapai ukuran empat inchi berbanding yang jantan hanya mencapai tiga inchi. Secara semualajadinya haiwan jenis amfibia hanya pemakan tumbuhan dan serangga, namun jelasnya, spesis katak ni juga jenis yang memakan haiwan lain yang agak besar seperti tikus atau jenis katak yang lain.

Gambar yang boleh dikatakan 'rare' itu diberikan nama 'one last scream into the abysssss' berjaya menarik perhatian netizen apalagi pihak national geographic.

Sumber: NatGeo.News

Fakta Mengenai Katak 'Green Tree Frog' Australia

  • The Green Tree Frog Australia adalah berasal dari Australia dan New Guinea.


  • Ia lebih besar daripada kebanyakan katak Australia dan boleh mencapai 12 sentimeter (lima inci) apabila matang.


  • Hayat purata di dalam kurungan adalah kira-kira 16 tahun, lebih lama daripada kebanyakan katak.


  • Mereka sering dijumpai di tingkap-tingkap tetingkap atau di dalam rumah, ditarik oleh cahaya.


  • Makhluk-makhluk ini kebanyakannya jinak dan disukai sebagai haiwan peliharaan eksotik.


  • Walau bagaimanapun, mereka berteriak apabila berbahaya untuk menakutkan pemangsa mereka, dan mencicit apabila disentuh.


Anda fikir anda tahu Gambar Katak Makan Ular menjadi Tular ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan