Jom Balik Raya Various Artist Suria Record Lagu Raya Baharu Dengan Nilai Evergreen


"Lagu Raya"

Lagu raya sentiasa muncul saban tahun menjelang hari raya. Dimainkan dicorong-corong 'speaker' radio ataupun pemain mp3. Namun dalam banyak-banyak lagu raya yang telah wujud di muka bumi, Malaysia hanya sebilangan sahaja yang sering bermain-main di fikiran dan mampu bertahan lama. Lagu-lagu dizaman 60-an hingga 90-an antara lagu-lagu yang boleh dikategorikan sebagai sudah lama tetapi tetap hijau dan segar, evergreen.

Cukup payah menemui hasil karya yang mampu bertahan lama. Memerlukan melodi 'catchy' dan lirik yang ringkas tetapi senang diingat, tidak perlu lagu yang memiliki bunyi pelbagai instrumen atau dimasukkan unsur rap.


Lagu Raya Jom Balik Raya

Manusia biasa bukanlah setajam superkomputer memorinya. Jika tidak dilatih sebagaimana ahli aktuari ataupun penghafaz al-Quran, namun lagu raya yang 'catchy' senang untuk berada sebaris dengan memori untuk jangka masa yang lama dalam otak.


Dengan kesibukan dan tekanan ketika memandu pulang ke kampung berhari raya, sehebat mana pun seseorang untuk 'multitasking' akan gagal juga untuk menghayati sesuatu, apalagi mengingati semula lagu raya yang baharu sahaja dimainkan di radio ketika sedang bertempur dimedan jalan raya dengan keadaan trafik yang sesak belum lagi hilang penat tertekan dengan golongan kurang bijak yang menggunakan lorong kecemasan, memotong sesuka hati dan bermimpi berada di negara 'lefthand drive'.

Namun, lagu raya keluaran terbaharu dari Suria Record Sdn Bhd, Jom Balik Raya nyanyian various artist dibawah syarikat rakaman tersebut ada kelainannya berbanding kebanjiran lagu raya berkategorikan, various artist, yang muncul.Suria Records (SRC) bukan asing dalam menerbitkan lagu raya, nikmat di aidilfitri dan banyak lagi, yang boleh dikatakan sudah 'evergreen' untuk zaman 2000. Lagu raya yang berkonsepkan mengajak perantau untuk pulang ke desa berhari raya ini memiliki kriteria untuk menjurus ke arah sebuah karya evergreen yang memungkinkan lagu ini tidak akan tenggelam berkadar terus dengan tahun ketika tibanya syawal.

Menampilkan Zahid, Syuhada, Wani Kayrie,  Xpose, Putera Muhammad & Yoyo sebagai pendukung harmoni lagu raya ini mula dimuatnaik oleh pihak SRC sekitar akhir bulan Mei 2017. Jika dilihat pada gandingan suara untuk lagu Jom Balik Raya ini, tiada sebarang nama besar sebagaimana Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ziana Zain, Awie ataupun Noraniza Idris malah menampilkan penyanyi yang 'baru nak up' namun lagu ini menampakan kriteria untuk menjadi antara lagu raya yang akan diputarkan radio saban tahun.

Resepi utama yang dapat diperhatikan dari lagu ini adalah penciptaannya. Dua lagenda seni musik, komposer S. Atan dan Penulis Lirik Siso Kopratasa. Dilahirkan dari minda dan fizikal dua orang pengkarya yang sememangnya berpengalaman dalam melodi dan bait kata lirik.

Lagu yang berdurasi 3:29 pada MP3 dan 3:49 pada video clip ini amat mudah susunan katanya dan maksud jalan cerita. Apa yang menjadikan lagu ini begitu 'catchy' untuk halwa telinga kita adalah part chorusnya yang begitu menarik. Satu adunan lirik kata dan melodi yang cukup sebati sebagaimana membuat kuih bangkit yang gebu dan putih. Melodi yang berkonsepkan etnik melayu yang turut diselang seli dengan bunyian 'lead guitar' menambahkan kuasa tangkapan terus dari gegedang telinga sehingga ke saraf melalui cochlea telinga. Selain dari nyanyian mendayu-dayu dari pelbagai jenis tone penyanyi, lelaki dan wanita. Tempo rancak dalam kelembutan melodi tradisional dengan adunan instrumen moden menjadikan lagu jom balik raya ini sebagai sebuah lagu 'neurotransmiter friendly', mudah diingati.




Terbayang keindahan
Nun desa yang tercinta
Bila tiba lebaran
Suci dan bercahaya

Syahdu sayup bergema
Tahmid serta pujian
Pada yang maha esa
Dihari yang mulia

Setiap kali raya menjelma
Aku tak lupa pulang kedesa
Menjengok ayah bonda tercinta
Memohon maaf dan keampunan

MUSIC BRIDGE

Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Bertemu saudara bertemu rakan taulan
Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Dekatkan semula hati yang lama renggang

Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Bersolat marhaban kita bersama sama
Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Raikan lebaran didesa yang tercinta

Terbayang keindahan
Nun desa yang tercinta
Bila tiba lebaran
Suci dan bercahaya

Syahdu sayup bergema
Tahmid serta pujian
Pada yang maha esa
Dihari yang mulia

Setiap kali raya menjelma
Aku tak lupa pulang kedesa
Menjengok ayah bonda tercinta
Memohon maaf dan keampunan

MUSIC BRIDGE

Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Bertemu saudara bertemu rakan taulan
Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Dekatkan semula hati yang lama renggang

Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Bersolat marhaban kita bersama sama
Jom balik jom balik jom kita balik kampong
Raikan lebaran didesa yang tercinta
lirik lagu raya Jom Balik Raya

Selepas tv commercial keluaran Tenaga Nasional Berhad, dengan Dugaan Aida bagi kategori TVC, Lagu Jom Balik Raya keluaran Suria Records, layak menggondol, lagu raya various artist paling 'catchy'.

Kebanyakan respon netizen dengan lagu ini mengandaikan bahawa antara lagu yang akan diletakkan dalam senarai lagu raya evergreen. Selain dari babak-babak dalam video clip yang menambahkan lagi berhantunya lagu ini. Pada awalnya, agak biasa, tetapi apabila tiba part yang dinyanyikan Syuhada, feel dan mood raya apalagi mood balik ke kampung akan tiba. Mungkin lebih enak disatukan dengan tarian 'yak yak yeay' dari Bell Ngasri dalam telemovie 16 Puasa.

Anda fikir anda tahu Jom Balik Raya Various Artist Suria Record Lagu Raya Baharu Dengan Nilai Evergreen ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan