Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato. Apa bezanya ?


"Brew"

Kopi. Minuman universal umat manusia. Bagi rakyat marhaein biasa, kopi merujuk kepada suatu hidangan minuman yang pekat, hitam, melekat dan kelat. Bagi pelajar dan pemalas, kopi dalam erti kata nescafe merupakan suatu entiti yang hidup di dalam sachet 3 in 1.


Jenis Jenis Kopi yang Biasa Ditemui
Jenis Jenis Kopi yang Biasa Ditemui

Hanya sekadar minuman peneman di kala malam. Namun, bagi negara maju kopi merupakan simbol peribadi seseorang. Bukan sekadar peneman ketika bersama biskuta mayat atau biskut marie.



Bagi kehidupan luar kotak, kopi bukannya semata-mata retorik sekujur sachet 3 in 1 yang hanya memerlukan air suam dan panas untuk membancuhnya, bagi mereka yang menjadikan kopi sebagai 'raja' pelbagai jenis variasi bancuhan kopi dapat dihidangkan. Ya, mungkin betul, salah satunya hidangan kopi viral yang pernah menjadi kegilaan malaysia namun kian hilang seperti anggota asal running man korea. 

Kopi 5 ringgit.

Semua itu bertitik tolak dari beberapa nama hidangan kopi yang memiliki komposisi bancuhan yang berbeza yang melahirkan nama hirupan yang berbeza seperti latte, mocha, espresso, machiatto, americano ataupun cappucino.


Espresso Types Coffee | Google Image
Kenali apakah perbezaan semua variasi bancuhan kopi ini dari aspek definisi mahupun komposisi yang membentuk variasi tersebut.


Espresso

Bancuhan kopi yang agak keras. Memiliki identiti keras, pekat melekat. Kebiasaan dibancuh menggunakan mesinnya yang tersendiri dengan kawalan suhu, dan tekanan air yang telah di sesuaikan. Espreso boleh dikatakan asas kepada bancuhan lain, sebagai 'lantai' bancuhan.

Espresso dihidangkan dengan kuantiti isipadu yang sedikit sahaja bukan dalam bekas air yang besar. Sekadar untuk memuaskan tekak peminat kopi pekat. Kepahitannya boleh dikurangkan dengan menambahkan gula meskipun sudah terdapat susu di dalamnya.

Mocha

Wujud apabila espreso ditambahkan dengan campuran coklat. Senang cerita mempunyai unsur 'neslo', nescafe campur milo. Kuantiti coklat bukanlah khas dengan beberapa sudu atau shot, sesuka hatilah mahu ditambah sebanyak mana.

Senang cerita adalah espresso yang ditambah coklat.

Latte

Masih lagi berkisar kepada perkataan espresso. Latte akan wujud apabila susu yang sudah distim dicampurkan dengan espresso. Espresso yang mempunyai rasa pahit yang keras boleh dikurangkan kekerasanya dengan penambahan susu yang distim. Kewujudan 'foam' masih belum lagi kelihatan.

Dalam keadaan samar-samar dan hidangan warong kopi, tema masih tidak lari dari kopi susu. Tidak kira kopi jantan, kopi janggut ataupun kopi kir lah sendiri.

Cappucino

kap-pu-cino, entiti yang masih lagi tidak lari dari espresso. Memiliki karakter yang agak berlainan dengan sepupu yang lain, hanya sekadar 'foam' buih-buih halus yang banyak. Para penggemar ikan laga atau betta mesti dapat bayangkan 'foam' tersebut.

Foam ini biasanya diperoleh dari mesin ketika membancuh espresso itu sendiri,kepanasan mesin membentuk foam. Jika anda kenal teh tarik, atau nescafe tarik, mungkin ini merupakan versi komersialnya. Cappucino adalah espresso yang berbuih, foam. 

Penggemar cappucino mungkin akan menambahkan serinya dengan 'cinnamon'.

Americano

Sebut sahaja nama yang ini, terngiang-ngiang lagu papapapamericano. Hidup amat sukar jika anda bukan peminat kopi pekat espresso. Namun, bukan sesukar sangat kerana americano style diperkenalkan.

Nama sahaja gah, namun secara praktikalnya merupakan perkara common sense harian kita. Jika rasa espresso pekat sangat nak bagi lembut dan sedap di telan tambahlah air. 

Jadi, itulah americano tambahkan air untuk melembutkan rasa pahit melekat espresso.

Macchiato

Merupakan perkataan itali yang bermaksud, 'marks' atau 'stained' atau dalam bahasa, diubah. Macchiato bukanlah suatu jenis bancuhan berasaskan espresso yang baharu akan tetapi merupakan nama adjektif atau perbuatan terhadap bancuhan yang sedia ada.

Latte macchiato, kopi latte yang sudah 'macchiato'kan, mocha macchiato adalah moca yang sudah di 'macchiato'kan. Dilukis-lukis foam dengan pelbagai jenis entiti beruang, labi-labi, tenuk mahupun bunga tahi ayam pada foam nya. Sama seperti cappucino namun tiada steam milk. Espresso bersama foam.

Mocha, latte, cappucino dan americano sebenarnya adalah hasil kreativiti barista kopi semata-mata. Modifikasi dari espresso, dengan mencampurkan susu atau coklat dengan perkadaran tertentu. Mungkin jika anda ingin mencipta suatu nama bancuhan baru mungkin cuba untuk try and error dengan komposisi berlainan, mana tahu mungkin jika samad yang menjumpai bancuhan baru, boleh dinamakan samadino atau samadino de latte chise.

Sudah kenali jenis bancuhan asas barista kopi, mari kita ketahui untuk membuat pesanan bancuhan kopi di atas dengan lebih spesifik dengan lidah dan tekak anda. 3 jenis spesifikasi iaitu wet, dery dan skinny.

Penyediaan Kopi

Wet

Apabila anda meletakan perkataan wet dihadapan pada bancuhan yang anda mahukan, barista akan faham bahawa anda hanya perlukan komposisi susu, coklat, atau espreso dalam perkadaran separuh. Contohnya, 'wet cappucino' beerti anda mahukan cappucino yang disediakan dengan 'half steamed milk' dan 'half foam'.

Dry

Bukan beerti anda mahukan kopi yang kering. Dry bermaksud anda sudah kehabisan foam, buih-buih yang bertaburan di atas bancuhan anda.

Skinny

Jika anda memesan 'skinny latte' bukan beerti barista perlu memasukan ubat kurus didalamnya akan tetapi bermaksud susu yang digunakan adalah susu yang bukan mengandungi 'cream' dalam istilah permakanan ala-ala food netwrok, skimmed milk.



Kewujudan kesemua istilah di atas adalah kreativiti semata-mata, modifikasi espreso menjadi pelbagai bancuhan lain. Menggambarkan betapa darah sama merah namun perangai manusia masing-masing. 

Bagi penggemar kopi yang berindentiti moden mungkin terma dan syarat di atas merupakan kaedah mereka untuk menikmati kopi namun jika sememangnya seorang caffeine addict nescafe 3 in 1 atau kopi kapal api sudah memadai.

Anda fikir anda tahu Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato. Apa bezanya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan