Jenama X Kolaborasi 10 Kartunis Lagenda Malaysia


Kehancuran dan tamatnya riwayat MOY publication dimana dengan secara berjangkitnya terkuburnya majalah Ujang dan APo? menjadi suatu impak kepada peminat tegar komik Malaysia.

Terutamanya kepada remaja dan kanak-kanak yang berada di zaman 90-an. Ujang dan Apo? merupakan teman setia kepada generasi 90-an dalam mencari hiburan.

Keistimewaan majalah komik lawak seperti ini amat sukar dibandingkan kerana di zaman kegemilangannya, ujang dan apo? menjadi peneman setia kanak-kanak dan remaja terutama bagi mereka yang pernah tinggal di dorm-dorm asrama.

Cuba selak tilam dan bawah bantai pelajar asrama (pada ketika itu), penemuan majalah ujang dan apo? di bawah tilam merupakan suatu khazanah apa lagi jika terjumpa katalog avon dan majalah mastika.

6 Ogos 2015 merupakan detik hitam bagi industri komik negara apabila Ujang dan Apo? tidak lagi mewarnai gerai-gerai suratkhabar jalanan apalagi kedai buku seluruh negara kerana terkuburnya MOY Publication Sdn Bhd. Namun dari rentetan itu, sayangnya terhadap indutri komik tempatan telah menggerakkan hati seorang 'lagenda' komik tempatan Ibrahim Anon dengan menjadikan majalah gila-gila sebagai platform baru untuk kartunis komik merembeskan karya mereka.

Kebangkitan Ujang dan Gila-Gila


Kini gelombang kedua telah diilhamkan oleh kartunis Ubi yang popular dengan kisah Aku, Dia dan Volkswagon. Dengan menerbitkan sebuah lagi produksi kartun tempatan (dilancarkan pada julai 2016) yang dinaungi oleh studionya sendiri Diam Diam Ubi sebagai JENAMA X






Jenama X yang bakal menggabungkan 10 orang kartunis yang pernah muncul di majalah Ujang dan Apo? adalah seperti

1. Ubi (Aku, Dia dan Volkswagon)
2. Bawang
3. Lengkuas (Mat Despatch)
4. Nik (Tandoori Payat)
5. Sukun (Workshop)
6. Aie (Blues Untuk Aku)
7. Gayour (Bersama Selamanya)
8. Tembakau (Kartini)
9. Bijan
10. Sireh (Student Life)

'X' yang dimaksudkan dalam projek kartun komik ini mungkin adalah melambangkan 10 kolaborasi yang akan diwujudkan ini, 10 dalam istilah roman lalu munculah 'Jenama X'.

Semoga usaha yang murni dan jitu ini dalam memartbatkan lagi seni kartun tanah air dapat dijayakan kerana remaja dan generasi masa kini sudah tersimpang jauh dari hiburan dan satira yang pernah ditakluk oleh Ujang dan Apo?

Semoga Jenama X dan Gila-Gila menjadi legasi yang mampu mendidik generasi sekarang yang biasanya lahir dalam zaman boboiboy dan upin ipin yang sememangnya berkuasa dan hidup harmoni. Kelahiran idea-idea kartunis ini akan mengajar generasi sekarang akan realiti sebenar kehidupan bukan sekadar mempunyai kuasa tiga atau tiada sebarang kesulitan hidup.

Soalan-Soalan Lazim Jenama X


1) Apa sebenarnya Jenama X ini?
Jenama X ialah sebuah BUKU kompilasi himpunan cerita-cerita pendek hasil gabungan karya 10 kartunis terkenal tanahair. Mereka ialah Aie, Bawang, Gayour, Nik, Sukun, Tembakau, Sireh, Lengkuas, Bijan dan Ubi
2) Adakah Jenama X akan keluar setiap bulan?
Jenama X ialah BUKU dan bukannya majalah. Kami tidak pasti samada akan ada lagi buku lanjutan selepas ini. Ini adalah keluaran PERTAMA dan mungkin yang terakhir.
3) Saya minat kartunis A, B dan C. Kenapa diorang tak join team Jenama X?
Kami ada menghubungi ramai juga kartunis untuk projek ini. Namun ramai yang menolak atau tidak dapat turut serta atas beberapa sebab seperti peribadi, komitmen kerja lain dan ada juga yang sudah berhenti melukis terus.
Hanya 10 sahaja yang bersedia dan kami mulakan saja dengan mereka dahulu. 10 ini lebih baik daripada tiada langsung. Adalah lebih baik kami BERTINDAK membuat sesuatu untuk industri dan peminat daripada diam atau merungut sahaja serta menyalahkan keadaan.
4) Bagaimana preorder di laman web Jenama X berfungsi dan bila ianya mula dibuka?
Preorder akan mula dibuka pada pagi Khamis, 28 April 2016.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web JenamaX.com dan melalui Whatsapp. Nombor whatsapp akan kami berikan pada pagi Khamis nanti.
Pembayaran boleh dibuat melalui Perbankan Internet (MolPay), Internet transfer, Deposit terus ke akaun dan ATM transfer.
Penghantaran akan bermula pada awal Julai sebaik buku siap dicetak.
5) Adakah saya perlu membuat pembayaran untuk preorder?
Anda perlu membuat pembayaran untuk preorder Jenama X. Pembayaran melalui MOLPAY adalah automatik dan boleh terus dibuat.
Untuk pembayaran manual (Deposit bank akaun, ATM Transfer) dan tempahan melalui Whatsapp, anda diberi tempoh SEMINGGU untuk membuat pembayaran selepas tempahan dibuat atau tempahan akan dibatalkan.
6) Ada potongan harga dan hadiah untuk preorder Jenama X?
Ya! Preorder akan mendapat potongan harga dan pakej istimewa. Beberapa produk (yang tidak akan dijual) juga akan disertakan sekali dalam pakej preorder - hanya untuk pembeli terawal sahaja.
7) Boleh ke saya dapat tandatangan kartunis pada buku Jenama X?
Tandatangan autograf hanya untuk pakej premium sahaja. Maaf kami tidak dapat berikan autograf pada semua kerana kesemua kartunis ini tidak sebumbung lagi seperti dahulu lagi. Ada juga antara mereka yang tinggal luar Lembah Klang dan kami hanya berhubungan melalui email dan whatsapp sahaja.
Amat sukar untuk berjumpa mereka untuk mendapatkan tandatangan mereka semua bagi setiap pembelian. Oleh kerana itu, kami terpaksa menghadkan jumlah buku yang mendapat tandatangan kartunis Jenama X.
8) Saya minat t-shirt dan barangan Jenama X. Boleh ke saya dapatkan dengan preorder ini?
Ya, kesemua barangan Jenama X boleh dibeli dengan preorder. Kami ada menyediakan beberapa pakej dengan harga menarik untuk anda mendapatkan barangan tersebut.
9) Buku Jenama X ni boleh beli kat kedai mamak, kedai buku atau 7E ke?
Buat masa ini buku Jenama X hanya boleh didapati EKSKLUSIF melalui laman web JenamaX.com sahaja.
Kami tiada rancangan lagi untuk memasarkannya melalui rangkaian kedai buku, kedai mamak atau 7E kerana kekurangan sumber untuk logistik.

10) Soalan terpenting... Berapa harganya?
Preorder Jenama X didatangkan dalam beberapa pakej menarik dengan harga hebat. Akan ada potongan harga dan hadiah istimewa untuk setiap pakej tersebut.
Harga pakej akan bermula dari puluhan RM sahaja sehingga maksimum RM250. Akan kami muktamadkan pada petang ini berserta dengan pakejnya sekali.

Sumber : Facebook Kartunis Ubi
              Facebook Jenama X

Anda fikir anda tahu Jenama X Kolaborasi  10 Kartunis Lagenda Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan