Penerbangan Sulung Rayani Air Simbol Pelancaran Penerbangan Mematuhi Syariah Islam

Di Malaysia amat sukar menemui sebuah syarikat penerbangan ala-ala royal brunei yang mematuhi syariat seperti pemakaian menutup aurat dari flight attendant, tiada penyediaan arak dan pembacaan doa sebelum berlepas.

Kini dengan semua itu akan dinikmati oleh setiap traveller domestik Malaysia dengan pelancaran sebuah syarikat penerbangan baharu di Malaysia Rayani Air.




Dengan bertemakan hijau dan putih pada livery pesawat boeing 737-400 Rayani Air, syarikat penerbangan baharu ini membuat manifesto bahawa perkhidmatannya akan memamtuhi syariat Islam meskipun CEO mereka adalah seorang India selepas Tony Fernandes..


Sejarah Penubuhan Rayani Air

Kewujudan nama Rayani Air itu sendiri merupakan gabungan dua nama pemilik iaitu RA dari Ravi Alegandrran dan YANI dari Pengarah syarikat kedua Dato Karthiyani.

Maka pada 6 November 2015 Rayani Air telah dilancarkan secara teori di Langkawi. Pada pelancaran itu juga lembaga pengarah lain turut diperkenalkan seperti Capt. Sumar Lee, Pengarah Operasi Penerbangan dan Pengarah Syarikat Dato' Mohd Rawi.




Penerbangan Sulung (Proving Flight)

Pada 24 November 2015, secara praktikal Rayani Air telah dilancarkan di ruang udara menggunakan pesawat Boeing 737-800 sebagai 'proving flight' (kebiasaan apabila pembelian pesawat baru lebih kurang, flight test) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, SZB (WMKK) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2.






Pesawat Rayani Air

Dari proving flight pesawat boeing 737-400 digunakan,Call Sign 9M-RKA, pembelian dari Malaysia Airlines yang berdaftar sebagai 9M-MQB, sebenarnya varians lama dari semua varian b737 di mana sekarang Malindo Air serta Malaysia Airlines telah menukar semua b737 kepada boeing 737 next generation (737-800 & 737-900).



Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang masih baharu maka pesawat yang lebih canggih boleh diganti dengan yang terkini apabila sudah stabil ekonomi, mana tahu Rayani Air akan menggunakan pesawat Airbus A320 Neo.




Destinasi dan Route Penerbangan


Rayani Air akan menjadikan KLIA2 sebagai hub dan pangkalan berkongsi dengan Air Asia dan Malindo.

Destinasi Domestik

- Kota Kinabalu
- Kuching
- Kota Bharu
- Langkawi




Anda fikir anda tahu Penerbangan Sulung Rayani Air Simbol Pelancaran Penerbangan Mematuhi Syariah Islam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan