Header Ads

Nasi Kak Wok JJ Seksyen 24 Shah Alam

"Plepah Angin"

Itu ungkapan orang kelantan untuk menggambarkan perasaan apabila dapat menikmati semula makanan yang asalnya dari kampung halaman. Nasi Kak Wok JJ memang sudah dikenali dengan viralnya. 


Kedai Nasi JJ Seksyen 24
Oleh kerana kepadatan yang mungkin tidak berapa mudah untuk dibendung untuk cawangan induknya di TTDI Jaya Shah Alam, maka alternatifnya pihak restoren telah melebarkan sayap mereka ke seksyen 24 Shah Alam.


Dengan mengambil berat isu kangkung yang kian murah di pasaran Malaysia dan sekitarnya, maka mereka telah membuka cawangan di 

24/7 
Jalan Kangkung Puteri 
Seksyen 24 
Shah Alam
Selangor



Susur galur untuk ke kedai ini agak 'tricky' jika menggunakan google maps kerana mungkin membawa anda ke lorong kangkung yang lain. Oleh itu kepingan google maps di atas mungkin mampu membantu.




Dihiasi sekeping gambar kufi bertulis 'Kedai Nasi JJ' suasana tidak begitu asing dengan cawangan TTDI Jaya. Permandangan manusia beratur panjang, dan berada pada lot terakhir rumah kedai begitu sinonim. Cuma telah dijaga oleh pengurus lain.



Tiada sebarang ulasan mengenai masakannya, semestinya sudah begitu ramai sudah mengenali nasi putih yang dicampur ayam goreng yang dipotong dadu serta kuah gulai ayam yang juga daging ayamnya dipotong dadu. Di tambah pula dengan air bandung hijau yang menjadi pelengkap hidangan.

Artikel ini hanya sebagai panduan untuk ke cawangan kak wok jj seksyen 24 shah alam kerana penulis agak sukar untuk menjumpainya ketika pertama kali datang ke sini berpandukan google maps, begitu jauh sekali google maps membawa penulis dengan pelbagai jalan sayuran yang perlu ditempuhi yang sebebnarnya tidaklah begitu rumit mencari kedai ini.




Untuk ulasan secara umum untuk kedai nasi kak wok jj ala-ala kak wok kota bharu sila klik artikel di bawah:

Disclaimer: Berpandukan sumber nasi kak wok jj ini bukanlah nasi kak wook original yang asalnya dari kelantan. Ala-ala kak wok. Penulis tidak bertanggungjawab atas mana-mana artikel disiarkan, hanya untuk pandangan peribadi

Anda fikir anda tahu Nasi Kak Wok JJ Cawangan Seksyen 24 Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.