Kemanakah Ultraman Terbang Setelah Bertempur ?


"Ultraman Lari ke Mana ?"

Beruntunglah bagi kanak-kanak yang membesar (bukan lahir) di zaman 90-an, selain dari lagu rock kapak dan bermain dengan beberapa permainan yang kian pupus, siri animasi juga begitu unik dan boleh dikatakan terbaik sepanjang zaman. Salah satu dari beratus cereka dan animasi pada tahun-tahun 90-an adalah Ultraman.



Kanak-kanak sekarang memang dapat menyaksikan animasi ultraman ini, namun mereka tidak akan kenal dengan ultraman seven, ultraman taro dan ultraman joe apa lagi datuk nenek ultra ini.


Zaman kanak-kanak adalah zaman kejujuran meskipun sesuatu berlaku berulang-ulang atau cliche namun ultraman akan menjadi bahan bergaduh dengan abang yang sudah besar berebut televisyen. Cliche cerita ultraman agak ringkas, raksasa muncul, bandar kadbod hancur, askar bertukar, datang ultraman, ultraman lemah (bunyi tit tit tit), ultraman fire dan terus pulang.

Namun ke Manakah Ultraman Terbang ?

Secara astronominya, ultraman tidak tinggal di bulan mahupun marikh. Ultraman mempunyai kehidupan dan kerajaan sendiri mereka. Dengan kehidupan yang agak bisu, kerajaan ultraman berada nun jauh di gugusan bintang yang diberi nama Nebula M78. Penempatan ultraman ini juga dikenali sebagai 'Land of Light' dalam bahasa jepun 'Hikari No Kuni'.

Ada juga penduduk disana (khayalan pereka animasi) menamakan sebagai 'Urutora No Hoshi'iaitu 'The star of ultra' atau senang diingat sebagai Planet Ultra. 




Geografi Planet Ultra

Planet Ultra adalah seperti kaca, yang diselaputi kristal hijau. Kebanyakkan 'tanah'nya dipenuhi kristal bersinar bewarna hijau. Memiliki saiz enam kali ganda dari planet bumi, dikelilingi daratan terapung di mana setiap tanah terapung dimiliki oleh ultraman mengikut kategori dan hierarki tersendiri. Seumpama terdapat galaksi yang lain di dalam galaksi. Sebagaimana sistem suria kita, planet-planet ini akan berada di sekitar 'matahari' atau 'bintang' di nebula itu sendiri yang diberi nama 'plasma spark'.

Plasma Spark Tower

Plasma spark ini terbentuk seperti menara dimana merupakan sumber cahaya yang menyinari seluruh planet ultra dan juga 'power bank' yang besar apabila ultraman yang sudah keletihan dan hampir kehabisan tenaga untuk mengembalikan kembali kuasanya. Mungkin suatu hari nanti pihak research and development plasma spark akan mencipta tabung power bank kuasa supaya apabila ultraman keletihan dan lampu di dada berkelip maka mereka akan mengecas kembali tanpa perlu pulang ke nebula M78.



Kuasa dari menara plasma spark ini amat luar biasa kuatnya, sehinggakan jika plasma tersebut dihapuskan maka planet ultra akan membeku dan akan pupus ultraman. Hanya ultraman yang mampu menggunakan kuasa dari plasma spark, bagi organisma selain mereka amat mustahil untuk menggunakannya.

Mungkin akan ada suatu cerita di mana decepticon dari transformers akan cuba menawan planet ultra untuk memiliki plasma spark. Maka bergaduhlah ultraman dan transformers.

anda fikir anda tahu Kemanakah Ultraman Terbang Setelah Bertempur ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan