Pembenihan Awan Kurangkan Jerebu dan Hapuskan Kemarau

Jerebu yang semakin menutup ruang udara asia tenggara hasil dari pembakaran terbuka oleh peladang yang tidak bertamadun dari Indonesia telah memudaratkan sebahagian asia tenggara. 

Bukan sahaja masalah kesihatan yang timbul tetapi masalah lain seumpama kegagalan pesawat untuk mendarat di lapangan terbang dan keadaan sosioekonomi juga terkesan. Salah satu cara untuk mengubati keadaan udara yang kian tenat sehingga mencapai IPU bahaya perlu diubati dengan menggunakan kaedah 'pembenihan awan' atau 'memaksa hujan turun bagi melarutkan debu dan asap jerebu'. 

Syarat Bila Pembenihan Awan Sesuai Dilakukan

(a) Keadaan atmosfera yang tidak stabil (angin yang lemah di paras atmosfera rendah antara 5,000 kaki dan 15,000 kaki serta berlakunya daya tujahan angin secara menegak) adalah merupakan faktor utama bagi menjamin kejayaan operasi pembenihan awan
(b) Perlu dilakukan pada awan yang sesuai, biasanya awan jenis Towering Cumulus
(c) Udara yang lembab – kandungan wap air yang tinggi




Apabila syarat-syarat di atas sudah dipatuhi maka proses pembenihan awan pun boleh dilakukan.

Mari kita bercerita proses pembenihan awan menggunakan ayat-ayat kedai kopi di mana sebarang istilah sains dan meteereologi akan dikurangkan. 

Pembenihan awan tidak bermaksud kita mencipta suatu gumpalan awan tetapi kita memaksa wap air yang terdapat di dalam awan yang sedia wujud, paling afdal awan 'towering cumulonimbus' atau lebih senang awan yang meninggi sebelum terjadinya ribut petir. Di dalam awan tersebut sudah terdapat partikel wap air yang sedang berlanggar sesama sendiri sehingga bercas dan terjadinya petir. 

Kita bukan bercerita tentang petir, tetapi wap air yang terbentuk dari titisan air yang tersejat dari bumi ini berada berselerakkan kerana proses sejatan dan perolakkan panas dan sejuk di dalam awan tersebut. Maka partikel-partikel wap air yang halus dipanggil supercooled water droplet ini agak ringan untuk jatuh ke bumi. Maka untuk menjadikan partikel-partikel wap air ini jatuh ke bumi sebagai air hujan maka perlu ada sesuatu untuk menarik partikel-partikel wap air ini untuk menjadi titisan yang lebih besar supaya tarikan graviti bumi dapat menarik titisan-titisan air ini menjadi hujan.

 Garam yang dilarut dengan beberapa bahan kimia atau garam tulin, natrium klorida (NaCl) akan digunakan sebagai perantara untuk menarik partikel halus wap air menjadi titisan yang lebih besar yang mampu menjadikan air jatuh ke bumi sebagai hujan yang akan melarutkan zarah-zarah halus dari jerebu.

Mari kita ambil contoh membuat ikan masin, garam digunakan untuk menyerap air yang ada pada ikan tersebut dan jadilah ikan kering/masin. Bayangkan lagi umpama menggunakan 'Thirsty Hypo' untuk menghilangkan lembapan pada pakaian. Begitulah juga sifat NaCl yang menyerap air pada proses pembenihan awan.

Proses menyemburkan garam atau natrium klorida ini dinamakan PEMBENIHAN AWAN.

Proses membantu pembentukan hujan ini bukan menjurus kepada serapan air untuk membasmi debu/habuk jerebu tetapi angin yang terhasil mampu merebakkan debu/habuk jerebu sekitar.

Terima kasih kepada buku panduan penerbangan bertajuk 'Metereology' milik penulis ketika menjadi 'Cadet Pilot' dahulu. Maka dapat diterangkan apa itu proses pembenihan awan bagi mengurangkan indeks pencemaran udara. 

Pembenihan awan bukan boleh dilakukan dengan mengkhinzir buta, tetapi mengikut syarat tertentu, oleh itu, diharap tiada lagi komen yang seperti :

"Apa lagi pihak metereologi malaysia tunggu, buat sajalah pembenihan awan"

Namun hanya 80% sahaja kemungkinan pembenihan hujan berjaya.

Anggaran kos yang dikenakan bagi operasi 3 jam penerbangan sehari:

(a) Bagi penggunaan pesawat Cessna swasta – RM20,000 sehingga RM30,000
(b) Bagi penggunaan pesawat TUDM – RM80,000

anda fikir anda tahu Pembenihan Awan Kurangkan Jerebu dan Hapuskan Kemarau ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan