Organisasi Akatsuki Afkar dan Tarekat Naqsyabandiyah Indonesia

"Akatsuki Afkar"

Organisasi Akatsuki Afkar pernah digembar-gemburkan sebagai sebuah ajaran sesat dibawah Tarekat Naqsyabandiah dari Indonesia. Bagi peminat anime naruto, ungkapan Akatsuki bukanlah suatu yang asing. 



Apa Itu Akatsuki ?

Akatsuki bermaksud fajar dalam bahasa Jepun. Akatsuki merupakan satu organisasi yang terdiri dari 'rogue ninja' dari pelbagai kampung dalam anime naruto. Akatsuki dianggotai oleh ninja yang melarikan diri dari kampung masing-masing untuk bergabung bagi merealisasikan untuk membina sebuah dunia baru selaras dengan nama fajar iaitu permulaan suatu hari. 



Pada permulaan perkenalan organisasi Akatsuki dalam anime naruto menggambarkan akatsuki merupakan suatu organisasi ganas dan akan melakukan apa saja demi menjadikan hasrat mereka tercapai. 

Namun setelah diimbas kembali tujuan Organisasi Akatsuki yang ditubuhkan oleh Yahiko, Nagato dan Konan, Akatsuki merupakan organisasi yang menjaga kebajikan penduduk kampung yang ditindas sehinggalah disalah gunakan oleh konco-konco Uchiha Madara menjadikan Organisasi Akatsuki merupakan musuh kepada setiap kampung di zaman ninja dalam anime tersebut.

Tarekat Nagsyabandiah Ajaran Sesat ?

Begitulah juga Akatsuki Afkar ini, sering bersama Tarekat Naqsyabandiah yang difatwakan oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai sebuah ajaran sesat kerana suka hidup menyendiri dan terdapat beberapa perlakuan ibadah yang tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal- Jamaah seperti ada menyatakan bahawa jika keluarga mereka ditempatkan di neraka maka mereka boleh menebusnya dengan wang dan AL-Quran, Nauzubillahiminzali'. 

Namun, masih samar-samar untuk dikatakan sebagai sesat.

Kita ambil pendekatan Ustaz Abdul Somad untuk pandangan mengenai tarekat ini, beliau pernah menjelaskan,

"Berniqab untuk tarekat ini, saya mengambil jalan tengah, tidak membidaahkan, tapi tidak pula menerima bulat-bulat. Bersyarat.Harus ada sanad silsilah, harus ada berguru dan tidak keluar dari ahli sunnah wal jamaah"
- Ustaz Abdul Somad, Feb 2019, Ceramah Di Jempol, Negeri Sembilan Malaysia

Kehadiran Akatsuki Afkar Bersama

Kehadiran Akatsuki Afkar dalam perjumpaan Tarekat Naqsyabandiah (seperti gambar di dalam facebook Akatsuki Afkar) telah mengaitkan mereka dengan ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah.


Namun tujuan sebenar Organisasi Akatsuki Afkar adalah sealiran dengan Akatsuki yang ditubuhkan Yahiko, Nagato dan Konan dalam animasi Naruto, iaitu membantu masyarakat setempat.

Sumbangan Akatsuki Afkar Untuk Masyarakat

Terdapat sumber  bahawa organisasi ini sudah banyak memberi sumbangan yang telah berhasil dilakukan oleh Akatsuki Afkar Indonesia ini, contohnya :

Sosial, Politik, Seni, Budaya, dan Agama

- Menyantuni anak yatim dan orang miskin
- Memberi pinjaman modal usaha masyarakat miskin tanpa bunga (riba).
- Memberikan bantuan berjangka menempatkan gelandangan di rumah tinggal secara percuma.
- Memberikan bantuan dana pembangunan masjid, pesantren, panti asuhan, dan kesehatan
- Menguatkan perpaduan masyarakat melalui kegiatan sosial seni budaya dan olahraga

Moto dan Visi Organisasi Akatsuki Afkar: Menuju Bangsa Indonesia Merdeka, Adil, dan Makmur, serta Sejahtera






Jika dinilai dan diteliti usaha dan visi organisasi Akatsuki Afkar ini, tiada yang menyalahi nilai murni serta agama namun penglibataanya dalam pertemuan ajaran sesat aliran Tarekat Naqsyabandiyah Indonesia telah mengaitkan mereka dengan aliran ajaran sesat juga.

Diharap nilai murni ini dalam organisasi Akatsuki Afkar diteruskan dan tiada campur tangan pihak tertentu dalam memanipulasi organisasi ini setelah popular dan diterima bukan sahaja di Indonesia malah seantero dunia Islam termasuk Malaysia. 

Jangan biarkan wujudnya watak 'Pain' dan seterusnya Orochimaru yang akan menghancurkan matlamat sebenar Organisasi Akatsuki Afkar.

anda fikir anda tahu Organisasi Akatsuki Afkar dan  Tarekat Naqsyabandiyah Indonesia ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Yg menyebutkan sebagai Naqsyabandiyah itu banyak...

    Yg diakui NU adalah Naqsyabandiah yg muktabarok..

    masuk diakui oleh JATMAN
    Jamaah Ahlit Thoriqoh an Nahdhiyah.

    mikir.

    BalasPadam