Tragedi Lahad Datu 1 Mac 2013 : Penjajahan Kesultanan Sulu atau Sandiwara Kerajaan ?



Ini bukan mengenai politik ini mengenai kecelaruan sebenarnya dalam situasi yang sedang berlaku di lahad datu ketika ini. Sehinggakan melibatkan nyawa anggota keselamatan yang tidak berdosa mungkin menjadi ' kambing hitam' untuk merealisasikan 'drama' ini.

Kita tinggalkan sejenak isu siapa yang sepatutnya disalah, bawah sikit kita bincangkan. Cuba kita fikir sejenak bagaimana segerombolan manusia-manusia ini yang diberi gelaran kiram boleh berjaya lolos memasuki sempadan tanah air, iaitu Lahad Datu, Sabah. Mungkinkah mereka sememangnya sudah berada disini sudah lama.

Apa sudah jadi dengan polis marin, agensi penguatkusaan maritim malaysia (APMM), kastam serta TLDM pada hari kumpulan kiram ini mula memasuki tanah air. Jika hanya two and a half man tidak mengapa tetapi melebihi dari 5 orang. Mungkin juga pada hari tersebut kesemua penguatkuasa di atas diberi cuti peristiwa barangkali atau ada jamuan barbeku yang menyebabkan kumpulan kiram masuk dengan lenggang inangnya siap mempunyai bekalan senjata yang canggih termasuk mortar.

Pada awal wujudnya kumpulan kiram ini yang menghuni di kampung tanduo, kita sudah tahu akan kehadiran mereka serta niat mereka tetapi mengapa 'penceroboh' dilayan seperti tetamu. Jika diamati masih relevankah keselamatan negara kita ini. Ternyata tidak dengan berlakunya insiden kematian yang memebabitkan 14 orang.

Cuba kita ikuti apa yg diungkapkan oleh 'penjaga keamanan' malaysia ini berkata ketika awal-awal kumpulan kiram wujud di lahad datu. Adakah dia ingin menunjukkan cool dan dia mampu mengatasi situasi sebegini ? Tapi sehingga hari ini itu sudah terlambat sehingga nyawa melayang.

Hishamuddin pernah berkata mereka ni bukan pengganas dan jangan dengar khabar angin...



Jika si hishamuddin ini bersungguh-sungguh dalam menjaga keamanan semestinya dia tidak akan endah tidak endah pada mulanya.Adakah ini benar-benar sandiwara ?


Memang benarlah rejim yang mentadbir negara kita sekarang tidak sedemokrasi sebagaimana yang di laungkan mereka. Setiap kekhilafan mereka hanya akan terbongkar jika ada pegawai mahupun jawatan tertinggi yang sudah bersara. Jika masih dalam jawatan mereka ini terpaksa menutup bersama pekung yang menunggu masa untuk pecah.

Ada benarnya juga kata bekas ketua staf logistik TLDM ini...




KUALA LUMPUR FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.
“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.
Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.  
- Keadilan Daily



Apa guna membeli pelbagai armada mahupun kelengkapan canggih untuk semata-mata dimuatkan di muzium ataupun pada pameran LIMA. Adakah pihakpenguatkuasa diperairan lahad datu hanya menggunakan sampan dan kayak untuk meronda sehingga terlepasnya penceroboh yang dianggap tetamu ini, atau mungkin mereka bercuti sambil berbarbeku.

anda fikir anda tahu Tragedi Lahad Datu 1 Mac 2013 : Penjajahan Kesultanan Sulu atau Sandiwara Kerajaan ? anda fikir sekali lagi


assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan