Memahami Maksud Ideologi Politik Di Dunia Menggunakan Lembu



Sekarang banyak pula kerajaan muncul seakan-seakan pengembala dan rakyat dicucuk hidung seperti lembu, jadi kita gunakan beberapa ekor lembu sebagai subjek metafora mengenali ideologi politik di dunia semoga senang difahami berbanding buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5.



SOCIALISM
Anda ada dua ekor lembu
Salah satu anda sedekahkan kepada jiran anda

COMMUNISM
Anda ada dua ekor lembu
Kerajaan amik dua-dua ekor dan susu kerajaan bagi kat anda

FASCISM

Anda ada dua ekor lembu
Kerajaan ambil kedua-duanya dan jual pula susunya kepada anda

NAZISM
Anda anda dua ekor lembu
Kerajaan ambil kedua-dua ekor lembu anda dan tembak anda jika anda berbangsa yahudi dan bukan bangsa Aryan


BUREAUCRATISM
Anda ada dua ekor lembu
Kerajaan ambil kedua-dua ekor lembu, ambil satu sahaja susu dari kedua-dua kemudian buang yang satu lagi jauh - jauh


TRADITIONAL CAPITALISM

Anda ada dua ekor lembu
Anda jual seekor dan beli lembu jantan
Lembu-lembu anda bertambah, begitu juga ekonomi poket anda
Anda jual semua dan bersara dengan jasa hasil jualan lembu-lembu tadi

SURREALISM
Anda ada dua ekor lembu tetapi anda ingat anda ada dua ekor zirafah
Kerajaan menyuruh anda belajar bermain alat muzik yang diberi nama harmonica
Tidak faham ? Tapi itulah surrealism

AN AMERICAN CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu
Anda jual seekor, dan anda paksa orang lain untuk hasilkan empat kali ganda hasil susu yang anda jual
Kemudian, anda upah seorang perunding untuk menganalisis mengapa ada lembu yang mati

A GREEK CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu jugak
Anda pinjam begitu banyak duit euro untuk bina kandang, tempat perah susu, tempat letak jerami, feedlot macam sharizat, dan macam-macam lagi untuk kilang susu
Tapi akhirnya anda masih ada dua ekor lembu.Mohon misteri eropah siasat

A FRENCH CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu.
Anda buat piket, lancarkan rusushan, dan tutup semua jalan, sebab anda mahukan tiga ekor lembu


A JAPANESE CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu
Anda ubah semua lembu tersebut, kira redesign la, sehingga menjadi satu persepuluh saiz yang asal dan menghasilakn 20 kali ganda pengeluaran susu.
Anda reka pula seekor lembu yang bijak dalam versi kartun dan namakan ia dengan Cowkimon dan memasarkannya ke serata dunia dan hidup dengan senang-lenang sampai bila-bila

AN ITALIAN CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu jugak, tapi anda tidak tahu kemana perginya lembu-lembu tersebut.
Kemudian, anda rasa macam nak pergi makan tengahari

A SWISS CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu. Anda juga ada 5000 ekor lembu lagi, tapi semuanya bukan milik anda haha.
Anda kenakan bayaran kepada pengembala-pengembala yang simpan pada anda dan hidup bahagia sampai ke tua

A CHINESE CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu
Anda ada 300 orang yang memerah susu
Anda merasakan (mengatakan/anggap) anda sudah cukup pekerjaan untuk rakyat anda,dan hasil penternakan yang besar
Anda tangkap wartawan dan blogger (mungkin) yang mendedahkan kisah yang sebenar tentang perusahaan lembu anda

AN INDIAN CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu
Anda sembah lembu-lembu tersebut

A BRITISH CORPORATION

Anda ada dua ekor lembu.
Kedua-duanya disahkan lembu gila

AN IRAQI CORPORATION
Anda tiada seekor pun lembu tetapi orang lain ingat anda ada beribu-ribu lemon lembunya.
Anda beritahu kepada semua yang anda tiada lembu.. Tiada siapa yang pecaya, seterusnya anda di bom dan diceroboh sepenuhnya
Tapi anda masih tiada seekor pun lembu

AN AUSTRALIAN CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu.
Perniagaan anda nampak begitu baik
Anda tutop perniagaan anda dan pergi joli bersama rakan-rakan ni mcDonalds atau KFC

A NEW ZEALAND CORPORATION
Anda ada dua ekor lembu.
Lembu yang sebelah kiri nampak kiut dan comel serta disukai ramai.

dan akhir sekali kite kembali ke..

A MALAYSIA CORPORATION ...

Anda tidak tahu apa-apa mengenai penternakan lembu, tapi anda telah diberikan dua ekor lembu oleh seseorang dalam kerajaan.

Anda jual ketiga-tiga ekor lembu tersebut kepada syarikat yang disenaraikan sebagai awam, menggunakan surat hutang yang dibuka oleh adik ipar anda yang juga CEO di bank tersebut, dan melaksanakan pertukaran hutang/ekuiti dengan tawaran secara umum dan bersekutu (macam share saham gitu) untuk membolehkan anda mendapatkan balik kesemua empat ekor lembu dengan pengecualian cukai untuk lima ekor lembu. (paham takpe, tak paham pun tidak mengapa haha)

Pemilikan hak susu dari enam ekor lembu dipindahkan menggunakan perantara kepada syarikat di Kepulauan Cayman yang mana secara rahsianya dimiliki oleh pemegang saham majoriti yang menjualkan hak milik saham untuk 7 ekor lembu kepada syarikat yang disenaraikan anda.Laporan tahunan anda menyebut syarikat yang disenaraikan anda itu memiliki 8 ekor lembu dengan pilihan ada lagi seekor.

Anda menjual seekor lembu untuk dibahagikan kepada perwakilan/kroni anda semasa di majlis "kesyukuran" untuk membolehkan (melobi) pak cik atau uncle anda dilantik sebagai presiden syarikat dengan hasilnya anda memiliki 9 ekor lembu. Penyata kira-kira tidak dikeluarkan ketika proses ini.

Orang ramai membeli lembu jantan dan najis lembu tersebut untuk dibuat baja.

*begitu complicated dan berbelit sungguh ideologi di Malaysia kehkehkeh.Tiada kaitan dengan isu FGV atau PTPTN kehkehkeh

Oke, tiada seekor pun lembu-lembu terkorban dalam pembikinan post ini.Harap maklum.


anda fikir anda tahu Memahami Maksud Ideologi Politik Di Dunia Menggunakan Lembu ? Anda fikir sekali lagi..

assalamualaikum..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

    Thanks!

    Harry
    harry.roger10@gmail.com

    BalasPadam
  2. ni mu taip sendiri ke mijae?bagus2.cuma kena tambah sikit lg.

    Umnolisme- anda adalah lembu!

    BalasPadam