Aku Terima Nikahnya



"Jodoh"

 jodoh dan kahwin itu misteri



Satu perkataan yang amat misteri.Boleh ditakrifkan definisinya secara objektif iaitu dengan pilihan dan boleh didefinisikan secara subjektif, sesuatu yang sukar dilihat apa lagi difahami.

Ada yang pernah berkata ianya datang dari syurga.mempertemukan dua jiwa yang berlainan tetapi seiring dalam satu aspek bukannya sesuatu yang boleh dikira logiknya, seperti debunga yang diterbangkan angin dan tiba-tiba terlekat pada stigma (salah satu bahagian reproduksi pada pokok) terus menjadi buah yang ranum.

Mungkinkah antara kita yang pernah terfikir, iaitu bagi yang cintanya diterima.Dengan hanya melafazkan suatu kata dua jiwa terus bersama, datang dari manakah semua itu?.Bagi aku ianya sukar untuk dimengerti kerana aku tidak pernah mengalaminya.Apa tidaknya jika asyik bertepuk sebelah tangan melainkan ada kompang di sebelah lagi.

Aku berkata dua jiwa yang bersatu dalam maksud perkahwinan.Aku sendiri masih tertanya-tanya bagaimana modus operandi yang menyatukan dua jiwa,hanya yang mengalaminya yang dapat menjelaskannya.

Bertuahlah bagi mereka yang telah dipertemukan dan mencintai jodoh sendiri dengan meneruskan hubungan yang  dari tiada apa-apa ikatan kepada kekasih yang halal disentuh, halal bersama dan halal menghabiskan sisa-sisa hidup ke akhinya.

Tetapi ada pula yang mengakhirinya dengan penceraian.Bagi golongan ini adakah mereka pernah terfikir betapa beruntungnya mereka pernah dipertemukan dengan suatu cara atau kombinasi methodologi yang amat misteri bagi aku.

Kenapa misteri?
Seperti yang aku katakan tadi bagaimana dua jiwa yang berlainan boleh mempunyai connection, dalam kata lain mutual connection iaitu suatu hubungan saling berkaitan di mana kedua-dua jiwa tersebut mempunyai suatu kerelaan untuk bersama.

Oleh itu, bagi yang bertuah dipertemukan dengan  jodoh yang  misteri ini,yang mana telah di’draft’ di syurga walaupun tidak sempat di’publish’ ketika perkahwinan.   

Hargailah hubungan yang tercipta ini dan jangan pula sia-siakannya, kalau boleh cubalah sedaya-upaya untuk memulihkannya kerana masih ada manusia yang tidak mempunyai peluang untuk mengungkap kata keramat…..





…aku terima nikahnya.


reff: 
kenapa jodoh orang yang kita sayang itu perlu gembira, senang hati, tidak resah sedangkan kita merana, kecewa, bersedih dan resah....


dipetik dari teks ceramah:  ustaz al mizan al sheik keh kepala

kalau dia bukan jodoh kita, dan kenapa jodohnya tidak seperit kita?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. macam mana nak alaminya kalau pintu hati tertutup utk orang lain? cuba buka pintu hati tu, bagi peluang pada diri sendiri utk cari cinta baru, jgn dikenang kisah yg lama k.. pikir2kan la neslo

    p/s: pjg plak ceramah aku rini.. kahkah

    BalasPadam
  2. betul ke?entahla, malas nak fikir cinta

    BalasPadam
  3. entri ini memerlukan konsentrasi 101% utk memahaminya dan saya terpaksa membacanya sebanyak 2 kali. Sekian.

    Nota pinggang: setuju sangat dgn komen dari cik jue. gimme five sket cik jue! tee he :D

    BalasPadam
  4. cinta itu fitrah.. menolaknya sama seperti menolak hukum alam. bukalah pintu hati yang tertutup, dan rasakan kenikmatan dan kesengsaraan cinta itu..

    Jom singgah:
    Anak Aku/Tips Penjagaan Kura-Kura [Bahagian 1]

    BalasPadam
  5. salam singgah
    kdg sy pun tertanya2 soalan yg sama..
    terutamanya bila asik diajukan soalan ttg bila nk kawen..
    tp lama2 bila difikir balik mgkin ada hikmahnya dan sy bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pd sy sekarang...
    mungkin jodoh belum tiba lg..

    BalasPadam
  6. memerlukan pemahaman yg tggi...aku xprnh bercinta...:(huhuh

    BalasPadam
  7. Tiba-tiba langkahku terhenti
    Sejuta tangan telah menahanku
    Ingin kumaki mereka berkata
    Tak perlu kau berlari
    Mengejar mimpi yang tak pasti

    lol

    BalasPadam
  8. jodoh adalah apabila bertemu dgn orang yang tepat pada masa yang tepat

    BalasPadam
  9. alamak,,ayat mengalir macam sungai,,agak sukar untuk memahami,,anwy i dah kawin n its just happen,,x perlu pnin2 pk lah,,cinta pasangan e2 mmg freak la kalo layan b4 kwen,,buat sort otak jer,,

    Lantak p la trafik

    BalasPadam