Header Ads

Skala Kepedasan Ramen Samyang Buldakbokeum Hot Chicken


"Hot Chicken Samyang Ramen"

Suatu ketika ia cukup tular (viral), meskipun berharga RM22-RM25 untuk satu pek yang terisi dengan lima bungkus ramen segera di dalamnya ia tetap mengisi troli dan bakul ketika pembayaran di pusat beli belah.


Berapa Pedaskah Ramen Samyang ?
Biasanya Ramen Samyang ini mudah ditemui pada rak makanan segera sekitar pasaraya Giant dan Aeon di Malaysia. Melainkan anda inginkan ia datang melalui abang posmen atau abang 'courier', di mana pembelian di internet juga ada untuk ramen ini.


Apa keistimewaan ramen segera yang dibuat di Korea Selatan ini ?

Pernah menjadi trending dan tular mengenai status halalnya untuk mereka yang beragama islam dan kini sudah tidak lagi kedengaran mengenai kekecohan halal atau tidak ramen segera samyang ni. Di bawah ada artikel yang penulis membuat kajian sendiri mengenai status halal ramen ini.

Keistimewaan Ramen Samyang

Keistimewaan ramen ini secara teori, bagi mereka yang belum mencubanya, adalah khabar angin yang mengatakan bahawa rasanya yang amat pedas. Pedas sebenarnya banyak katergori, pedas dibibir, pedas dilidah dan pedas di kerongkong. Sejauh manakah pedas ramen segera ini.

Pada awalnya, mentaliti penulis mengenai ramen segera hot chicken buatan Korea Selatan ini begitu prejudis. Dalam benak penulis, sejauh manalah kepedasan orang Korea yang putih melepak dan berbibir merah jambu mampu menahan kepedasan. Mungkin diberikan kuah asam pedas kepada mereka, mungkin bergelen-gelen air diminta mereka.

Berdasarkan teori inilah, penulis mencuba sendiri ramen yang dibungkus dalam plastik bungkusan yang disteril bewarna hitam. Dengan cadangan hiasan ramen yang sudah dimasak dengan warna kuahnya bewarna merah darah.

Apa yang Ada Dalam Sebungkus Ramen Hot Chicken ?
Gambar Depan Bungkusan Hot Chicken Ramen Samyang
Kali pertama membukanya ala-ala 'unboxing handphone', di dalamnya mengandungi sekeping ramen yang agak besar diameter mi berbanding maggie keluaran malaysia.
Agak keras dan berlilin mi tersebut. Jika diletak di atas tapak tangan gagal untuk melihat hujung jari anda jika diukur dari segi saiznya. Itu bahagian mi.

Dalam bungkusan terdapat dua jenis perencah yang diletakkan bersama mi. Satu perencah basah dan satu lagi perencah kering.


Perencah Ramen Samyang Hot Chicken
Bagi yang pernah menyediakan mi sedap goreng, cara membuatnya begitulah.

Cara Penyediaan Ramen Hot Chicken Samyang 

Setelah kepingan mi dilembutkan dengan air panas dan perencah digaulkan, mentaliti penulis mengenai ramen ini mula berubah. Apa tidaknya, warna merah perencahnya yang telah digaul bersama mi bukan sekadar merah biasa namun merah yang menuju ke arah warna hitam.


Gaul Perencah dan Mi Ramen
Tiba-tiba seumpama dileher diletakkan satu sabit malaikat maut cerita anime. Mula berbelah bahagi mahu cuba atau tidak.

Namun, dengan mi yang tebal berbanding biasa dan perencah yang membaluti mi kemerahan kadang kala membangkitkan nafsu untuk mencubanya.


Close Up Ramen Samyang
Suapan pertama, sekali suapan sudah memenuhi mulut, kerana ukuran diameter mi yang agak besar dan sedikit keras teksturnya. Tiada sebarang rasa melainkan rasa licin melalui lidah menuju ke kerongkong. Minda penulis mula membayangkan, apalah sangat pedasnya.

Serangan Bala Tentera Kepedasan

Keegoan penulis mula tercabar apabila air liur mula bergabung dengan suapan ramen tadi. Secara tiba-tiba ia menyerang. Apa yang menyerang ? Ya, 'bala tentera' perencah yang datang dengan senjata kepedasannya. Penulis mula menyedari kesilapan tadi iaitu memperkecilkan suapan pertama ramen samyang ini.


Portion Banyak Sebungkus Ramen
Bibir mula kebas, mata mula berkelip-kelip. Mungkin bila-bila masa sahaja banjir akan berlaku sekitar hidung dan mata.
Pedasnya agak sukar digambarkan atau dibandingkan dengan rasa pedas cili atau wasabi. Lain betul rasa pedasnya.

Bayangkan sekali suapan semua kriteria seperti hidung berair, kandungan air liur mula bertambah, mata mula berair dalam satu masa.

Ketika ini terbayang bagaimana untuk menghabiskan beberapa suapan lagi, itu baharu dua suapan. Namun, dalam kepedasan yang lain rasanya ini, terdapat satu lagi perasaan yang datang. Rasa ingin terus menyuap ke dalam mulut. Biasanya bila pedas, kita akan menyerah diri, namun terdapat satu rasa lain yang mendorong untuk meneruskan suapan sehingga licin. 

Akan tetapi kepedasan ramen ini tidak terhenti begitu sahaja. Puncak kepada kepedasan ramen ini adalah apabila anda sudah sampai tahap berdesing telinga dan merasakan sel sel dalam otak anda mula berasap dan mungkin akan ada rasa pening. Itu adalah kemuncaknya. Jangan berhenti menyuap jika sudah sampai ke tahap ini, jika berhenti, bibir anda yang akan menerima pengalaman baharu, pengalaman bibir bergetar.

Paling Pedas Pernah Dicuba ?

Tidak dinafikan ramen samyang ayam ini memang pedas. Ini pertama kali penulis menerima kepedasan dari mi segera. 


Satu Suapan Pedas Samyang
Sebelum mencuba ramen ini, mi ruzki adalah mi segera paling pedas yang pernah penulis cuba, tetapi kini mi ramen samyang hot chicken berjaya menjadi pemenangnya.

Cara Hilangkan Kepedasan Ramen Hot Chicken Samyang 

Tips untuk meredakan kepedasan hasil dari mi ramen samyang ini penulis sarankan minum air susu yang sejuk. Penulis ada mencuba dengan air berkarbonat untuk menghilangkan rasa pedas namun gagal. Cubaan menggunakan air suam dan teh o panas juga gagal. Namun, air susu UHT yang diletakkan di dalam peti sejuk mampu meredakan kepedasan ramen ini.


Segelas Susu Hilang Pedas
Penulis biasanya menghabiskan dahulu semangkuk mi ramen ini sebelum meredakan rasa pedas tersebut. Namun, lain pula isteri penulis, risau kejang otak dia selang selikan minum susu dengan suapan mi ramen samyang. Sebagai peringatan, mi ramen samyang hot chicken ini bukan dicipta untuk kanak-kanak.

Skala Kepedasan Ramen Samyang Hot Chicken


Pedas Licin Juga
Selepas habis selesai 'berperang' dengan kepedasan ramen. Terdetik sejenak, bagaimana mahu menghabiskan 3 pek bungkusan yang masih ada. Untuk skala pedas dari 1-10, penulis memberikan skala 8.5/10.

Anda fikir anda tahu Skala Kepedasan Ramen Samyang Buldakbokeum Hot Chicken ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.