Header Ads

Pengalaman Menonton MotoGP 2017 di Sepang Malaysia


"MotoGP Sepang 2017"

MotoGP Sepang datang lagi. Satu acara yang tidak akan dilepaskan penulis melainkan tidak mendapat keizinan dariNya. Tahun ini alhamdulillah berpeluang lagi. Seperti musim-musim sebelumnya, isteri menjadi peneman penulis untuk ke Sepang.

Pengalaman Motogp Sepang Malaysia 2017
Pengalaman Motogp Sepang Malaysia 2017
Tahun ini penulis tidak menggunakan jalan yang pernah penulis lalui. Jika sebelum ini penulis menggunakan lebuhraya KESAS, terus keluar melalui lebuhraya ELITE sebelum mengakhiri dengan lebuhraya KLIA namun kali ini berbeza.


Tinggal di sekitar Banting terdapat satu lagi 'access' untuk ke Litar Sepang selain laluan Bagan Lalang, iaitu jalan kawasan Olak Lempit. Jika dari Banting inilah jalan terbaik.

Sabtu, 28/10/2017

Sampai awal memungkinkan untuk parkir kereta di bahagian bawah kawasan parkir. Lebih bawah lebih dekat dengan perhentian 'shuttle bus' untuk ke grandstand. 

Tiket parkir dibeli dengan harga RM 20 untuk dua hari. Sticker dengan warna pada tahun lepas namun berbeza tarikh dan rekabentuk sticker parkir.Tahun ini MotoGP Sepang menyediakan hampir 100 buah 'booth'. Dari pengeluar jenama permotoran ternama sehingga barangan alat ganti yang kecil.

Berjalan Sekitar Fanzone Motogp
Berjalan Sekitar Fanzone Motogp
Apa yang menyedihkan pada tahun ini adalah barangan seperti alat ganti hanya sebagai pameran dan bukan untuk dijual. Penulis sempat membelek pelbagai jenis topi keledar yang dijual dan harganya masih sama dengan pasaran pada waktu biasa. Mencari diskaun atau potongan harga di 'fans carnival' motogp ? itu agak mustahil.

Y15R Cub Prix di Motogp Sepang
Y15R Cub Prix di Motogp Sepang
Sabtu memang saban tahun menjadi hari untuk penulis dan isteri mengunjungi booth yang disediakan. Selain mendapat pelekat percuma, boleh juga mengambil gambar dengan model motorsikal yang dipamerkan.

RC213V 2017 Marc Marquez
RC213V 2017 Marc Marquez
Selain boleh cuci mata melihat 'model-model' yang menghiasi bilik pameran. Itu seni. Selain sticker dan goodie bag dari 'booth' idemitsu, grant (umw engine oil) serta repsol honda, impian untuk memiliki baju peminat pescau a.k.a Hafizh Syahrin tercapai.

Golden Helmet
Tahun ini boleh dikatakan agak ramai pengujung berbanding sebelumnya, mungkin sudah mula menjadi promosi oleh SIC bagi mendapatkan pengunjung yang ramai. Tiket untuk C2 Hillstand masih dijual di kaunter.

Terjumpa Rossi Malaysia

Ahad, 29/10/2017

Memandangkan semalam sudah puas mengunjungi booth yang dibuka sebanyak 99 buah dan berjaya mendapatkan pelbagai sticker dan baju rasmi pescao 55 hafizh Syahrin, kini masanya untuk fokus kepada litar yang agak basah.

Datang Dengan Semangat Pescao : Wife dan adiknya
Sampai awal itu semestinya, sempat juga melihat pelumba-pelumba moto3, moto2 dan motogp melakukan 'sighting lap' sebagai persiapan terakhir. Dengan berbaju hijau petronas dan putih, penulis, isteri dan adik mencari 'port' terbaik untuk dihamparkan tikar.

Memandangkan cuaca yang tidak menentu, faktor air mengalir dan teduhan diutamakan. Cuaca sekitar jam 10 dan 11 agak berawan namun boleh dikategorikan baik.

Tentatif program untuk tahun ini tidak banyak berbeza. Oleh kerana perlumbaan 'Shell Asia Talent' sudah tiada kini diganti dengan perlumbaan 'Idemitsu Asia Talent' dimana perlumbaan mencari bakat baharu dari asia.

Idemitsu Asia Talent 2017
Idemitsu Asia Talent 2017
Moto 3

Sekitar jam 11 pagi kategori Moto3 bermula. Bagi penonton tempatan, kelibat Adam Noruddin yang menggunakan nombor 7 ditagih untuk mencabar di litar tempatan. Selain Adam dari pasukan SIC Racing Team, seorang 'wild card' dari Malaysia iaitu 'overrated' Kasma Daniel dengan menggunakan jentera dengan 'livery' petronas sprinta.

Moto3 Sepang 2017
Moto3 Sepang 2017
Dari segi kejohanan keseluruhan Moto3 tidak begitu sengit memandangkan, Joan Mir sudah pun mengesahkan sebagai juara keseluruhan. Namun, Joan Mir tetap unggul di memenangi perlumbaan ini. Memang layak digelar MIRacle 36.

Adam Noruddin boleh dikatakan cukup membanggakan apabila berjaya berada di kedudukan ke empat semasa persaingan berlangsung. Kecuaian dari segi fokus dan terlalu 'menekan' konsistensi, dia terjatuh dan berakhir dengan kedudukan 11. Satu kedudukan yang baik memandangkan menewaskan 20 pelumba di belakangnya.

Adam Noruddin SIC Racing Team
Adam Noruddin SIC Racing Team | as seen instagram @mizanogram
Nasib Kasma Daniel pula tiada tuahnya apabila terjatuh dan 'Not Classified'.

Moto 2

Bermula lebih kurang sejam kemudian. Hujan renyai-renyai mula membasahi tanah tumpahnya Malaysia.

Moto2 Sepang 2017
Moto2 Sepang 2017
Moto2 adalah kategori 'intermediate' yang ditunggu penulis. Hafizh Syahrin akan bermula di petak 11 di tempat permulaan. Bukan sahaja penulis dan isteri memakai baju tanda sokongan kepada pescao55 tapi agak ramai yang memakai baju semangat untuk Hafizh Syahrin.

Hijau petronas sebagai lambang untuk Malaysia berbangga. Setiap kali Hafizh Syahrin melintasi penonton tempatan, mesti ada sorakan semangat. Itulah yang kita mahu, sokong pelumba tempatan bukan menyokong kerana famous. Dari sokongan inilah menaikkan semangat pescao55 yang bermula di petak 11 sehingga mampu mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke 6.

Terbaik dari Hafizh Syahrin Moto2
Terbaik dari Hafizh Syahrin Moto2 | as seen instagram @mizanogram
Setiap kali Hafizh Syahrin memintas pelumba lain, satu sorakan kuat, berderau rasa darah penulis.

Litar Sepang 2017 menyaksikan Franco Morbidelli mengesahkan kejuaran dunia dalam kategori moto2 meninggalkan Tom Luthi yang menjadi naib juara.
Redbull KTM menjajah litar Sepang dalam edisi kali ini dengan kedua-dua pelumba mereka berdiri di atas podium.

MotoGP

Selang antara moto2 dan motogp hujan yang agak lebat terjadi lebih kurang setengah jam. Mujur C2 Hillstand disediakan 'covered roof' atau bumbung. Maka bersesaklah penonton yang berada di bawah bahagian bukit untuk naik mencari teduhan. Penulis yang sentiasa berada dibawah memandangkan mencari kawasan terbaik untuk gambar turut perlu naik ke atas jika tidak mahu basah kuyup.

Motogp Sepang 2017
Motogp Sepang 2017
Seusai lagu negaraku yang dinyanyikan oleh Hazama, bunyi deruman enjin motogp mula memecah kebuntuan selepas hujan. Tepat jam 3 petang perlumbaan dimulakan. 

Kebanyakan penonton yang berada di bahagian berbumbung mula turun ke bawah meskipun hujan masih renyai. Mendekati pagar penghadang antara trek dan tempat duduk. Masing-masing bersorak apabila pelumba kesayangan melintasi pandangan penonton.

Perebutan Kejuaraan Dunia Motogp 2017
Perebutan Kejuaraan Dunia Motogp 2017
Andrea Dovizioso dan Marc Marquez adalah dua pelumba yang akan menjadi perhatian memandangkan mungkin di Sepang kejuaraan dunia ditentukan. Masing-masing tidak mahu mengalah dan bagi penyokong abang kuning fluoroscent mesti kecewa dengan pelumba kesayangan mereka kerana gagal mencabar untuk ke podium. Boleh dikatakan majoriti yang berada di C2 hillstand adalah penyokong Valentino Rossi.

Best Shot untuk Peminat Valentino Rossi
Best Shot untuk Peminat Valentino Rossi | as seen instagram @mizanogram


Kejuaraan dunia terpaksa di tentukan di Valencia memandangkan AD04 menjuarai 'stage' di Sepang ini.

Pengalaman & Pengajaran

Penulis dan isteri terus bergegas ke kawasan parkir dari mengelak kesesakkan trafik yang boleh menganggu emosi.

Bagi pengalaman kali ini, dari segi parkir dan kesesakkan lalulintas adalah lebih baik dari tahun lepas. Berjalan agak lancar mungkin kerana melalui jalan yang baharu dan awal sampai ke SIC.

Satu sahaja yang menjadi kurang enak untuk pengalaman kali ini adalah bertembung dengan sebilangan warga asing dari negara seberang yang sememangnya 'agak kampung' perangainya. Datang secara berkumpulan dan seolah-olah baharu keluar dari semak di belakang ladang sawit berhampiran. Namun, yang pasti mereka ini datang dari seberang dengan kapal terbang.

Dengan perangai yang kurang intelek dan menghembuskan asap rokok sewenang-wenangnya harap untuk tahun hadapan mereka ini tiada lagi ke sini.

Jumpa Lagi Di Motogp 2018 Sepang
Anda fikir anda tahu Pengalaman Menonton MotoGP 2017 di Sepang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.