Makan Pasembur Famous Di Gerai Ghani Pasembur Padang Brown Penang


"Ghani Pasembur"

Dalam dua bulan dua kali penulis dan isteri ke Pulau Pinang yang turut disebut marhaen sebagai Penang.Pulau Pinang selain dari terkenal dengan jambatannya, ya sudah dua buah jambatannya, makanan disana adalah tarikan untuk penggemar makanan.


Pasembur Famous Ghani Padang Brown
Pasembur Famous Ghani Padang Brown
Percampuran pelbagai budaya menjadikan kepelbagaian makanan di Penang.
Penulis sudah dua kali memberikan 'review' mengenai tempat makan di Penang.




Salah satunya boleh dimakan (sebagaimana link di atas) dan satu lagi gagal dikunyah oleh penulis mahupun sesiapa sahaja yang berkunjung ke 'restoran' tersebut.



Nasi kandaq dan pasembuq. Dua makanan identiti orang Penang. Nasi kandaq sudah merebak ke serata Malaysia dengan kewujudan kedai-kedai mamak.

Makan Di Mana ?

Namun, pasembuq masih utuh dan setiap berada di Penang. Dalam banyak-banyak gerai yang menjual pasembuq, terdapat satu tempat makan yang boleh dikatakan cukup popular iaitu padang Brown.

Penulis dulu yang pernah belajar di Kuantan, Pahang akan selalu juga makan di padang, di Kuantan, Padang MPK namun di Penang, Padang Brown. Kesan penjajahan masih ada, buktinya perkataan 'Brown'.

Padang Brown bukan sekadar tempat menyepak bola, berlari-larian atau boleh dijadikan kawasan bertumbuk secara sihat akan tetapi Padang Brown Penang terkenal dengan kedai makan ala-ala kedai kaki lima di bahagian penjuru padang.

Pasembur Famous Ghani

Bagi yang mengamalkan pemakanan halal jangan pula tersilap penjuru, nanti umpama menyepak gol ke gawang sendiri. Padang Brown yang natijahnya adalah padang yang petak memiliki sisi hujung ke hujung. Penulis, isteri dan kawan-kawan mencuba satu makanan identiti Penang iaitu pasembuq di Gerai Ghani Pasembuq.


Pasembur Ghani Famous Penang
Pasembur Ghani Famous Penang
Ingat jangan tersalah penjuru, nanti balik awal kata Ustaz Azhar Idrus.

Deretan gerai makan yang penulis maksudkan adalah kawasan gerai-gerai makan yang memiliki 'landmark' atau mercu tanda 'PADANG BROWN'.

Segala 'masyarakat' makanan ada disini. Mee Goreng, Mee Sup, Char Kue teow, laksa, masakan goreng-goreng, western food pun ada selain dari pasembur dan rojak sotong kangkung. Terdapat banyak gerai yang menjual pasembur.

Penulis dan kawan-kawan memilih untuk makan di bawah pokok yang agak besar betul-betul menghadap gerai pasembur Ghani Pasembuq.


Datang satu brader mukanya ala-ala mamak yang mampu geleng-geleng untuk 'order'.  Selesai memberikan tempahan minuman masing-masing, tibalah masa bagi mendapatkan pelbagai jenis 'bahan-bahan' yang akan dipotong dan dijirus dengan sos tertentu yang akhirnya jadilah pasembuq.

Harga Pasembur

Dengan skala dan saiz serta meneliti bahan-bahan yang diambil, pasembuq kami berharga RM25/pinggan. Sebagai peneman pasembuq tersebut penulis juga ada mencuba sotong kangkung bersama air 'coconut shake'.


Pasembur dan Coconut Shake Padang Brown
Pasembur dan Coconut Shake
Pasembur sebenarnya jika di Kelantan adalah 'colek'. Bahan-bahan bergoreng yang dicurah sos. Lain tempat, lain penyediaan dan lain caranya. Bagi penulis pasembuq dan sos sedap dan cukup rasanya, melainkan 'coconut shake' yang sudah boleh ditukar namanya kepada 'air gula shake'. Manis air kelapa sudah dijajah air gula.

Kangkung sotong cukup menarik rasanya memandangkan ini kali pertama penulis mencuba. Sotong kenyal (selipar jepun) dan kangkung dicelup bersama kuah rojak. Bayangkan sendiri rasanya. Makanan yang mungkin perlu dicuba kerana pasembuq dan kangkung sotong setakat ini penulis hanya temui di Penang, yang 'original' tidak termasuk yang sudah diadaptasi.

Char Kuey Teow Padang Brown

Sebelum pulang meninggalkan 'kompleks' gerai makan di Padang Brown. Penulis dengan abang 'transporter' dengan tiba-tiba dan tanpa was-was ingin membawa pulang makanan untuk dijadikan menu 'supper'.

Sukar untuk menetapkan menu mana yang bakal dipilih untuk masuk ke dalam perut nanti. Bak kata Wany Hasrita dan Tajul, di sana pasembur disini mee sotong, benarkah ?

Mencari kelainan berbanding dua menu tadi, penulis dan abang transporter membeli dua bungkus char kue teow dengan harga RM5 untuk setiap satu. Sejujurnya agak berlainan 'rekabentuk' atau persembahan char kue teow ini, jika biasa char kue teow adalah gorengan kue teow yang dalam keadaan banjir namun yang ini agak 'kemarau'.

Meskipun kemarau dan ala-ala murtabak bentuknya akan tetapi rasanya tetap terbaik. Sehinggakan terlupa akan kebosanan menunggu feri yang 'delay' kerana pada malam terbabit hanya satu sahaja feri beroperasi. Dengan bertemankan lampu kalimantang di pondok pengawal Terminal Feri Raja Uda, dua bungkus char kue teow yang lengkap dengan kerang dan beberapa ekor udang bersaiz bayi berjaya mengenyangkan perut untuk masa tersebut.

Informasi Pengunjung

Kawasan makan Padang Brown cukup menyenangkan pengunjung, terdapat surau dan tandas yang dijaga elok. Tempat makan yang luas dan meriah. Malahan menjadi tempat singgahan keluarga, dan juga mat-mat moto yang bercuti di Penang. 

Alamat

Medan Selera Padang brown
Jalan Perak, 
10400 George Town,
Pulau Pinang




Dengan bantuan Waze dan Google Maps dengan carian 'Padang Brown Penang' pasti akan menuju ke jalan kebenaran. 

Waktu Operasi

Waktu operasi gerai-gerai di Padang Brown adalah bermula dari jam 5.30 petang sehingga larut malam setiap hari.


Gerai Makan Padang Brown Penang
Gerai Makan Padang Brown Penang
Boleh cuba rasai pasembuq keluaran Penang di Ghani Pasembur Padang Brown.

Anda fikir anda tahu Makan Pasembur Di Gerai Ghani Pasembur Padang Brown Penang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan