Header Ads

Mee Sotong Special Hameed Pata Penang Padang Kota Lama Kembar Ramen Samyang Korea


"Mee Sotong Hameed Pata"


Pulau Pinang atau dengan nama jolokan Pulau Mutiara cukup terkenal dengan makanan yang pelbagai. Pasembuq, nasi kandaq, laksa penang dan mee kari merupakan antara makanan yang mudah diperolehi di Pulau Pinang. Makanan bercirikan mamak sudah tidak asing lagi di Penang ini. Datang berkunjung ke Pulau Pinang tidak akan lengkap jika tidak pekena nasi kandaqnya, pandangan ini sudah terlalu stereotaip. Namun, terdapat satu lagi makanan popular berkonsepkan makanan mamak yang cukup dikenali iaitu mee sotong.

Apalagi sesudah terliur dan menahan lapar dengan pelbagai replika menarik di Wonderfood Museum Penang yang begitu mencabar nafsu serakah untuk makan.


hameed pata mee sotong
Mee Sotong Special Hameed Pata

Kurang lengkap lawatan ke Penang tidak mencuba mee sotong buatan Hameed Pata ini. Mee goreng mamak merupakan satu jenis dari pelbagai cara gorengan mee yang terdapat di Malaysia. Mee sotong Hameed Pata salah satu darinya, namun memiliki rasa dan tekstur yang lebih unik. Berbaloi jika datang ke Penang semata-mata ingin mencuba keunikan mee goreng mamak versi Hameed Pata. Mee sotong ini memang serasi jika anda memesan bersama coconut shake yang juga turut di jual di sini.


Mee Sotong Hameed Pata adalah 'signature food' yang agak popular di Pulau Pinang. Terletak di salah sebuah deretan gerai makan di Esplanade Park bersebelahan dengan tarikan pelancong Fort Cornwallis Padang Kota Lama, Penang.


Gerai Makan Esplanade Park Padang Kota Lama

Tidak begitu susah untuk sampai ke sini kerana tidak begitu jauh dari terminal dan jeti feri. Bulatan buah pinang yang dibelah merupakan 'landmark' untuk sampai ke Padang Kota Lama. Kawasan parkir berbayar cukup luas dengan kadar bayaran bermula RM2/sejam pertama dan jika kurang dari sejam mungkin percuma. Esplanade Park yang menempatkan Hameed Pata Mee Sotong ini hanya bersebelahan dengan kawasan parkir kenderaan.


mee sotong sambal pedas penang
Mee Goreng Sambal Sotong Pedas

Cukup mudah untuk mencari yang mana satu gerai Hameed Pata jika berkunjung pada hujung minggu atau waktu puncak, lihat sahaja orang ramai yang beratur panjang menunggu giliran atau lebih senang bersebelahan dengan pokok sena yang besar. Mee sotong disini cukup 'fresh' kerana apabila sampai giliran anda untuk memesan baharu pekerja akan mengambil mee dan menggorengnya. Dengan kata lain, mee yang disediakan adalah 'on the spot', panas-panas lagi. Mee kuning yang dicampur dengan potongan 'roti' cekodok tepung ditabur dengan taugeh dan digoreng bersama sambal.

Mana lahirnya perkataan sotong dalam mee sotong ini ? Sotong 'getah' yang sentiasa kita lihat selalu yang sudah dijadikan sambal sotong akan diletakkan di atas mee goreng tadi yang sudah masak digoreng.

Ada kelainan dari segi rasa berbanding mee goreng mamak lain, walaupun digoreng kering namun apabila dimasukan ke dalam mulut akan terasa basahnya. Apa yang menjadi rahsia adalah sambalnya, yang cukup pedas. Sudah diletakan di atas meja gaulkan mee ini bersama sambal sotong di atasnya, gaul sebati sebagaimana makan nasi kerabu.

Bagi mereka yang mula-mula merasa mee sotong ini, akan rasakan seuatu yang unik, rasa pedasnya. Mungkin anda pernah mencuba mee ramen samyang korea yang viral suatu ketika dahulu, rasa pedasnya begitulah sinonimnya. Rasa pedas ketagih. Ada sesetengah masakan apabila pedas kita sudah mahu berhenti dari menjamahnya, namun pedas dalam erti kata ketagih adalah pedas yang membuatkan pemakannya lebih ingin merasai nikmat kepedasan tersebut.

Rasa pedas berlemak ini sedap ditenangkan seketika dengan sedutan coconut shake yang turut dijual dikedai bersebelah jika tiada minuman ABC disediakan.

Dengan harga RM5 untuk sepinggan cukup berbaloi. Bagi mereka yang sukakan 'portion' yang banyak boleh minta mee sotong ini mengikut harga RM6 dan RM7. Hameed Pata bukan saja menyediakan mee sotong ini dalam keadaan bergoreng bagi mereka yang ingin mencuba dalam versi mee rebus juga ada.

Sesudah mencuba mee sotong Hameed Pata dan perut anda masih tidak mencapai kapasiti asal perut anda, serta ingin mencuba makanan lain, terdapat gerai-gerai lain dalam esplanade park ini seperti nasi ayam hainan, variasi makanan sup dan nasi campur. Penulis kurang pasti apa maksud 'pata' mungkin kerana berada berdekatan dengan tepi pata (pantai) haha.

Mee goreng dianggarkan memiliki jumlah kalori sebanyak 281 selepas makan bolehlah berjogging pula di tepi pantai batu Feringhi selama 30 minit.

Anda fikir anda tahu Mee Sotong Special Hameed Pata Penang Kembar Ramen Samyang Korea ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.