Header Ads

Bercuti Di Umang-Umang Chalet Kuala Linggi Melaka Chalet yang Murah


"Umang-Umang Chalet"

Bermula dengan hanya sebuah tempat singgahan untuk keluarga sendiri untuk menikmati keindahan pantai menghadap Selat Melaka telah merubah lanskap sebuah pantai yang berdekatan Kuala Linggi Melaka ini menjadi tarikan pengunjung.


Bercuti Di Umang Umang Chalet
Umang-umang Chalet menjadi pilihan nama. Dalam bahasa inggeris berbunyi 'Hermit Crab Chalet'.

Berkonsepkan pantai 'private' yang hanya boleh dinikmati oleh residen atau pelancong yang menetap di pantai ini dan tidak dibuka pada 'public' atau orang awam menjadikan keindahan dan struktur semulajadi pantai tetap terpelihara.


Pengunjung yang menetap di Umang-Umang Chalet pastinya adalah mereka yang sukakan suasana pantai dengan deruan bunyian ombak dan bisikan bayu laut dari Pantai Kuala Sungai Linggi Melaka, memandangkan memang kriteria inilah yang menjadi tema apabila bercuti di sini.


Buaian Di Tepi Pantai
Cukup tenang dan damai keadaan pantainya. Sesuai untuk seluruh ahli famili (tidak kira famili Toretto atau siapa-siapa) dari kanak-kanak sehingga warga emas. Di bahagian kanan chalet terdapat pohonan bakau yang tumbuh di atas batuan granit hitam-hitam manis yang cantikapabila surut dan permandangan di sebelah kiri di gambarkan dengan tanjung batuan dengan berlatarbelakangkan kapal-kapal dagang yang sedang 'berehat' menunggu docking ke pelabuhan.

Mandi Manda Di Laut 

Banyak buaian yang disediakan untuk kanak-kanak ataupun dewasa yang ingin mengembalikan zaman kanak-kanak bermain buai dan terus terjun ke laut.

Meskipun paras air surut di pantai ini tidaklah sejauh Pantai Port Dickson atau Pantai Bagan Lalang, namun masih boleh dijadikan tempat mandi manda memandangkan aras air laut pantai ini tidak begitu dalam.


Pantai Di Umang Umang Chalet
Secara purata kedalaman air laut pantai ini jarak 100 meter dari pesisir pantai hanya separas pinggang bagi orang dewasa yang berketinggian 175cm. Ombak yang tidak begitu kuat namun bergantung kepada cuaca. Waktu pagi merupakan waktu yang cukup sesuai untuk mandi manda di pantai berhadapan dengan chalet ini. 


Kawasan Pantai Ketika Surut
Kawasan Pantai Ketika Surut
Selain dari keadaan yang sesuai untuk mandi manda ketika paginya, waktu ini cukup indah jika ingin mendapatkan permandangan kawasan pantai yang dihiasi dengan pohonan bakau yang tenggelam dalam laut selain batuan kehitaman yang menjadikan suasana pantai lebih menarik.


Pantai Berbatu Hitam
Bilik Saiz Standard yang Cukup Selesa

Penulis dan isteri telah memilih bilik yang bersaiz 'standard' untuk bermalam selama dua malam dan tiga hari. Bilik standard atau biasa ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz 'queen', sistem penyaman udara (air-cond), meja dan cermin solek, pemanas air (flask),televisyen bersaiz kecil dan tidak lupa tandas yang dilengkapi sekali dengan pancuran mandi. Tiada sebarang pemanas air untuk mandi bagi bilik kategori biasa ini.


Katil Cukup Luas
Katil bersaiz sederhana yang cukup luas bagi mereka yang ingin berbulan madu. Cukup selesa untuk dua orang. Empuk tilamnya sehingga sukar untuk bangun dikala waktu pagi. Tidak begitu tinggi dan bagi mereka yang tidur yang 'buas' jika terjatuh tidak terasa sangat. Selimut yang disediakan cukup selesa, memberikan rasa suam bagi menyeimbangi kesejukan dari hawa penyaman udara.


Televisyen Siaran Biasa Disediakan
Sebuah televisyen mini disediakan bagi menghilangkan rasa sunyi dalam bilik. Meskipun tidak banyak masa yang digunakan dalam bilik, tv yang disediakan mungkin boleh menjadi satu alunan buaian semasa ingin tidur. Siaran yang diterima tidaklah begitu menarik, dengan siaran yang sering terganggu kerana sistem 'aerial' yang digunakan. Pantai dan kawasan sekitar cukup indah, mengapa terlalu pentingkan siaran tv, keluar dari bilik nikmati alam semulajadi.



Keluasan Bilik yang Selesa
Keluasan ruang dalam bilik cukup luas. Boleh meletakkan barangan lain dengan kemas dan teratur. Sistem pengcahayaan dari luar yang cerah hasil dari tingkap yang menghadap ke arah barat. Langsir menjadi penghalang dari pandangan dari luar selain dari cermin yang diletakkan 'tinted gelap. Cukup luas untuk berdua dan famili kecil.


Tandas yang cukup Selesa
Tandas dan bilik air disediakan agak luas bagi bilik standard. Pancuran mandi dan kawasan pembuangan sisa kumuh dari badan dalam satu bilik. Tiada sebarang pancuran kawalan panas atau sejuk untuk bilik air ini. Mungkin agak sejuk sedikit memandangkan penyaman udara yang terpasang. Air yang bersih keluar dari pancuran yang agak laju membolehkan pengujung membersihkan diri selepas penat bermain di pantai. Sabun dan shampoo ada disediakan diletakkan di atas 'sink' yang bercermin.

Harga Bilik Chalet

Harga bagi bilik standard ini adalah RM130 untuk satu malam. Selain dari bilik standard yang diinap penulis dan isteri,terdapat bilik bersaiz lain seperti 

Beach, RM110/night
Deluxe, RM130/night 
Super Beach, 150/night
Sea View, RM 150/night
Superior Beach, RM160/night
Family, RM180/night



Seaview Chalet

Padang Permainan Sukaneka


Bilik Segitiga Seaview
Boleh dikatakan disini chalet atau biliknya bergantung kepada keperluan pengunjung, untuk yang couple (berkahwin) sehinggalah tetamu yang datang segerombolan dengan bas atau famili, ada tempat untuk anda tinggal.

Aktiviti Di Chalet

Umang-Umang Chalet lebih sesuai untuk aktiviti bersama famili dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan cuma pengunjung perlu menyediakan rancangan dan wang sahaja. Kelengkapan untuk riadah dan bermain untuk acara famili disediakan pihak chalet. Padang disediakan untuk aktiviti sukaneka dan lebih menarik jika aktiviti sukaneka diadakan ditepi pantai. Mandi laut adalah kemestian.





Selain dari pakej percutian santai untuk mandi manda dan menikmati suasana pantai, chalet ini juga menyediakan pakej berbentuk ala-ala 'team bulding'. River cruise (Sungai Linggi),recreational fishing trip, beach wedding, atau pun day event untuk hi-tea, dinner dan fun games.

Makan-Makan/Breakfast

Aktiviti 'bbq' turut disediakan dan segala kelengkapan disediakan chalet. Penulis dan isteri yang menjadikan chalet ini sebagai tempat honeymoon untuk anniversary hanya menambahkan pakej breakfast untuk dua hari dengan harga RM10 untuk satu pagi. Makanan buffet seperti bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, dan kuih muih disediakan bersama dua mainuman suam, teh tarik dan kopi 'o'.

Usah risau dan khuatir jika makanan buffet tidak mencukupi bagi anda kerana terdapat juga masakan panas yang boleh ditempah dengan restoren chalet ini selain kedai runcit mini yang menyediakan makanan ringan dan juga pakaian untuk mandi.

Memandangkan artikel ini bukanlah ditaja pihak chalet, satu cadangan dari penulis adalah pihak chalet ada baiknya untuk mempertimbangkan untuk memperbesarkan jalan masuk ke chalet kerana pada masa kini agak sukar jika ada dua kenderaan berselisih untuk masuk ke chalet dari jalan besar di luar.

Jalan yang masih merah tanahnya mungkin melecehkan sedikit pengunjung kerana lecak dengan selut, mungkin itu adalah satu cadangan dari penulis sebagai pengunjung. Namun,semua itu bukanlah hal yang besar jika dibandingkan dengan kepuasan menikmati aktiviti di pantai bersama rakan atau famili. Kawasan parkir kenderaan juga luas dan dijamin keselamatannya. Parkir percuma dan tiada bayaran dikenakan.

INFORMASI PENGUNJUNG

Lokasi chalet ini boleh dikatakan cukup strategik kerana lokasinya yang tidak jauh dengan muara sungai Linggi yang begitu terkenal dengan medan ikan bakar dan peninggalan sejarah seperti Dutch Fort Sungai Linggi. 



Cukup mudah untuk sampai ke sini, Waze dan google maps sudah ditandakan tag 'umang-umang chalet'. Tinggal di kawasan chalet sahaja sudah memadai memandangkan agak jauh dari tempat menarik lain di Melaka. 


Umang-Umang Sebagai maskot Chalet
Sebarang maklumat tambahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi pengusaha/pengurus Umang-Umang Chalet : Hubungi Umang-Umang Chalet 




Anda fikir anda tahu Bercuti Di Umang-Umang Chalet Kuala Linggi Melaka Chalet yang Murah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.