Header Ads

Sertai Larian Fun Run untuk Kesihatan Sambil Bersantai


"Fun Run"

Jogging dan berlari-lari anak merupakan salah satu cara paling mujarab untuk mengeluarkan peluh. Secara sendiri atau secara berpasukan atau berjemaah sudah menjadi trend sekarang jika dilihat di mana-mana tempat. Tasik dan taman riadah merupakan tempat paling ideal untuk melakukan senaman apalagi jogging dan marathon mini. 


Fun Run Malaysia
Larian Fun Run

Tempat yang lapang dan luas adalah pilihan kawasan yang baik untuk beriadah mengeluarkan peluh apalagi berjalan sahaja yang mampu membakar kalori yang belebihan. Bayangkan sepinggan mee goreng mamak sebagai contoh mee sotong hameed pata yang mungkin memiliki kalori sebanyak 300 kalori, memerlukan masa 30 minit untuk kalori di buang jauh-jauh. Jogging dan berlari-lari mampu mengurangkan kalori berlebihan jika dilaksanakan secara istiqamah. 


Penulis juga sering melakukan aktiviti larian, namun larian bersendirian 'kurang' semangatnya dan umpama hangat-hangat bateri AAA akhirnya habis jua.
Lalu sebagai alternatif kepada jogging secara sendirian yang boleh menyebabkan semangat itu pergi bersama peluh yang tersejat, penulis cuba dengan melakukan larian dan jogging ini dalam versi 'fun run'.

Apa itu fun run ?

Zaman sekarang sudah banyak fun run yang diancurkan badan kerajaan, bukan kerajaan dan ada juga yang berkait kerajaan turut menjadikan larian fun run sebagai aktiviti mendekatkan badan-badan ini dengan masyarakat. Itu kepentingan dan faedah untuk mereka. Bagi kita yang menyertainya, lain pula faedahnya. Selain dapat mengeluarkan peluh dan mendapatkan stamina dalam setiap larian yang diceburi, terdapat beberapa faedah dari menyertai fun run ini. Melatih kita untuk lebih bergaul dengan masyarakat luar antaranya. Ramai yang akan menyertai fun run, dari sini kita akan terdedah dengan orang ramai, pelbagai sifat, bangsa dan agama. Terbuka sedikit minda selain terbukanya kapilari darah hasil dari larian yang disertai.

Melalui beberapa tahun penulis menceburkan diri di dalam bidang ke'fun run'an (jangan gunakan perkataan ini untuk acara rasmi) ini, fun run, sememangnya berkonsepkan suka ria tidak sebagaimana larian yang agak serius lain yang menjurus ke arah marathon yang sebenar-benarnya, fun run lebih fokus kepada hubungan antara famili dan rakan-rakan dalam versi larian. Ibu bapa yang membawa anak-anak dalam 'stroller' dan ada juga yang mendukung anak turut sama menyertai larian yang dikategorikan dalam kelas fun run ini. Larian yang dianggap kategori paling bawah dengan jarak mungkin 3km, 5km, atau 7km.

Dengan cara menyertai larian fun run, secara tidak langsung kita akan berjogging sambil bersosial. Bagi menarik minat orang ramai untuk menyertai fun run, pelbagai barangan atau lebih tepatnya 'race kit' yang akan diberikan seperti t-shirt larian, finihser medal, air minuman, tuala dan makanan ringan (roti, bukan jajan). Bergantung kepada pihak yang menganjurkan acara, semakin terkenal pihak penganjur semakin meriah barangan race kit kuantitinya. Seperti penulis dan isteri, tiga aspek yang dilihat untuk meyertai fun run yang banyak di anjurkan ini:


  • Design t-shirt larian
  • Reka bentuk finisher medal
  • Harga larian


Design t-shirt menarik, reka bentuk medal menawan dan harga yang murah, tiga faktor yang akan dilihat penulis (orang lain, lain kriterianya) untuk menyertai acara sebegini.
Coway Run, fun walk, diva run, skeleton run, columbia asia charity run dan beberapa lagi event yang penulis dan isteri pernah sertai dan mungkin akan ada lebih banyak lagi acara di masa akan datang. Bagi mereka yang rasa berminat dan ingin menjadi 'collector' t-shirt dan finisher medal boleh lihat tentatif dan rancangan program yang selalu diadakan di Malaysia dalam laman sesawang seperti RaceXAsia, Justrunlah, atau RunMalaysiaInfo serta fans page larian seperti Pacemakers di facebook.


Finisher Medal Terkumpul Setakat Kini

Venue atau tempat larian juga adalah penting, ya lah jarak yang jauh dari tempat tinggal mungkin boleh menjadi bebanan, fun run sekadar untuk hiburan bersama famili dan rakan-rakan tidak perlulah terlalu serius seperti mahu menyertai half-marathon atau larian 60km sebagainya.

Fun run mungkin boleh jadikan satu 'dorongan' untuk anda jadikan larian dan jogging sebagai aktiviti riadah untuk mendapatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental selain dapat mengeratkan kehidupan sosial anda. Jika inginkan pelbagai kemudahan dan penjagaan yang terbaik dari penganjur carilah yang harganya lebih mahal kerana yang percuma mungkin kurang memberikan kepuasan kepada anda, biasalah percuma.

Anda fikir anda tahu Sertai Larian Fun Run untuk Kesihatan Sambil Bersantai ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.