Header Ads

Cara untuk Dapatkan Dekoder Siaran Digital MyFreeview Seluruh Negara


"MyFreeView"

Dalam cubaan Malaysia untuk berubah dari dunia analog kepada digital. Satu gimik iklan yang agak mengejutkan apabila seorang remaja telah melarikan diri dari pelbagai letupan ala-ala berlakon dalam filem arahan Michael Bay. Pada hakikatnya, dia sedang menonton televisyen yang mengambarkan metafora siaran HD (High Definition) yang menyamai pandangan mata sendiri. Itulah MyFreeView.


Cara Dapatkan Siaran Dekoder MyFreeview Digital HD
MyFreeview Digital HD
 Dengan memiliki nama 'freeview' sesungguhanya siaran yang dahulunya dikenali sebagai IPTV ini adalah percuma. Percuma kepada mereka yang terpilih dan rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Myfreeview merupakan siaran televisyen percuma untuk rakyat Malaysia yang diberikan lesen oleh kerajaan Malaysia kepada  MYTV Broadcasting Sdn Bhd selama 30 tahun.


Pakej MyFreeView yang ditawarkan:


MYTV Basic

Bagi mereka yang terpilih dan mendapat BRIM, dekoder jenis DVB-T2 diberikan percuma dengan pakej yang diberi nama MyTV Basic yang merangkumi siaran televisyen percuma sedia ada seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVi, dan Bernama News Channel.

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Rakyat Malaysia boleh menyemak status mendapatkan dekoder Myfreeview dengan:
Sila semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

MYTV Advanced

Bagi mereka yang tidak layak mendapat Br1m dan ingin menggunakan siaran televisyen dengan siaran HD boleh mendapatkan dekoder jenis DVB-T2 ini di mana-mana cawangan kedai eletrik dan eletronik yang terpilih dengan harga satu dekoder berharga RM299 - harga diskaun RM199 pembelian sehingga 16 September 2017. Dengan sekali bayaran tanpa sebarang caj bulanan. Selain dari kedai kedai elektrik dan elektronik dekoder myfreeview boleh dibeli melalui lazada dan 11streets

Pakej bagi mereka yang membeli dekoder myfreeview ini sendiri dinamakan sebagai MYTV Advanced yang disertakan dengan 'port LAN' yang membolehkan sambungan dengan internet selain dari Dolby Audio. Penerima MYTV Basic dan pembeli MYTV Advance dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder.

Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan standard RM180 (termasuk antena) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

iDTV Smart TV

Myfreeview juga boleh dimiliki tanpa mendapatkan dekoder jenis DVB-T2. Dengan membeli televisyen yang sudah terdapat digital tuner (built-in) di dalamnya yang memiliki spesifikasi iDTV cuma perlu mendapatkan antenna indoor atau outdoor yang mampu mendapatkan siaran UHF. Selepas 2015 televisyen di Malaysia sudah dilengkapi dengan Built In Decoder.


Wakil Jualan Dekoder dan Pemasangan Seluruh Negara KLIK SINI
Semak Senarai Kawasan liputan MyFreeview Seluruh Negara KLIK SINI

Anda fikir anda tahu Cara untuk Dapatkan Dekoder Siaran MyFreeview Seluruh Negara ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.