Header Ads

Senarai Jenis Ikan Hiasan Air Tawar Untuk Aquarium Beginner


"Ikan Hiasan Beginner"

Membela ikan hiasan merupakan antara salah satu hobi penulis. Selain memiliki beberapa ekor kucing, ikan merupakan salah satu haiwan yang menghiasi permandangan ruang tamu di rumah. Ketenangan dari membela ikan hiasan hanya peminatnya sahaja yang faham. Dengan lenggokkan ala-ala Samia Gamal yang sering diucapkan oleh pelawak terkenal Allahyarham Dato' Aziz Satar berenang-renang membangkitkan rasa gembira, dalam bahasa pakar otak, membangkitkan rembesan dopamine dalam darah. Selain dari lenggokan dan golekkan sirip yang menawan si peminat, pelbagai warna yang menghiasi tubuh dan sirip ikan-ikan ini juga menjadi pesona dalam membela ikan hiasan.


 aquarium ikan hiasan air tawar
Aquascape For Beginner

Pelbagai jenis ikan hiasan yang wujud di muka bumi seluruh dunia, pelbagai variasi bentuk, (jenis) famili dan warna. Penulis lebih gemar membela ikan yang bersaiz kecil. Lebih ceria apabila diletakkan dalam aquarium meskipun bersaiz dua kaki setengah. Jika membela ikan yang besar, memerlukan ruang yang banyak digunakan. Namun, ikan hiasan jenis 'renek' dan kecil boleh dipelbagaikan dalam satu aquarium yang bersaiz sederhana. Beberapa spesis ikan hiasan air tawar yang boleh dijadikan perhiasan tidak kira di ruang tamu malah pejabat pun boleh.


Ikan renek atau kecil ini biasanya dijadikan 'freshwater beginner fish' bagi mereka yang baharu saja tahu bahawa dia seorang pencinta ikan hiasan.

1. Ikan Gapi (Peacock)


Ikan Gapi | Google Image

Memang tersohor dengan kecantikan ekornya, terutama yang jantan. Sesuai dalam apa jua keadaan dan mudah membiak. Menjadi kegemaran bagi mereka yang sukakan cabaran dan jenis ingin tahu kerana boleh kacuk dan lihat sendiri hasilnya. Warna-warni pada ikan ini menambahkan pesona dan mungkin memukau mata yang memandang. Jika zaman kecil penulis, ikan ini amat mudah di sauk di dalam longkang, namun warnannya tidak secantik yang terdapat dipasaran. Ikan gapi yang berada di pasaran sebenarnya sudah dikacuk dengan teknik terbaik. Mampu mencecah RM3.00/seekor bagi yang betina dan RM2.50/seekor untuk jantan.

2. Ikan Sword Tail (Ekor Pedang)


Ikan Swordtail | Google Image

Namanya mengambarkan rupa bentuk ikan hisan kecil ini. Memiliki ekor yang menyerupai pedang pada bahagian sirip bawahnya. Kebanyakan bewarna merah dan satu warna sahaja. Pedang yang dimiliki mirip sengat yang tajam namun bukanlah sengat sekadar 'senjata' untuk memikat pasangan. Putih, kuning, dan oren merupakan beberapa jenis warna bagi spesis ini. Ikan ini dikatakan berasal dari North-eastern Mexico. Ukuran badan 5.5- 6.5cm/2.2-2.6” untuk jantan yang mungkin memiliki 'pedang' melebihi panjang badannya. Hidup dalam air pH 7.0 hingga 8.0. Berharga RM2.50/seekor.

3. Ikan Platy


Ikan Platy | Google Image

Ikan yang boleh dikatakan amat popular di kedai aquarium. Berharga antara Rm0.80-Rm1.50 seekor. Bentuk badan yang biasa sahaja namun ada juga yang lahir dengan dua jenis warna. Kebiasaan warnanya adalah merah atau oren, dan mungkin memiliki tompok-tompok tahi unta eh tompok hitam pada badan. Keturunan ikan platy berasal dari utara Amerika, tengah Amerika dan turut ditemui di tengah Mexico. Ikan platy jika ditempatkan bersama ikan swordtail mungkin akan menjadi pasangan yang menarik kerana kedua-dua spesis ini tidak ada masalah untuk 'berkahwin' tanpa tentangan keluarga.
Agak mudah membiak namun tidak sehebat ikan gapi.

4. Ikan Molly


Ikan Molly | Google Image

Penulis mula diperkenalkan ikan ini oleh sepupu penulis yang juga seorang peminat ikan hiasan. Ikan Molly yang memiliki sifat sama dengan ikan gapi yang begitu agresif dalam kemandirian spesis, iaitu membiak dengan rakusnya. Tidak memiliki bentuk badan yang unik seperti ikan gapi atau swordtail, dan agak mirip dengan ikan platy. Bewarna oren muda dan peach dan juga hadir dengan warna merah selain warna hitam. Terdapat juga ikan molly yang unik seakan ikan kembung, kembung dalam erti kata bentuk bukan ikan kembung yang dibuat asam pedas, ya, seperti ikan buntal dan bermulut muncung.

5. Ikan Tetra


Ikan Tetra | Google Image

Halus sungguh bentuk badannya, jika aquarium anda cukup besar, ada baiknya ikan tetra ini dipelihara dengan banyaknya. Ikan jenis ini selalunya suka bergerak dalam kawanan yang banyak. Dengan sisiknya yang 'glowlight' iaitu bersinar, cukup menarik untuk dipelihara. Hadir dengan pelbagai variasi warna seperti silver, hijau, biru, merah dalam kategori metallic, senang kata berkilau. Agak mahal berbanding dengan ikan sebagaimana di atas kerana memiliki ciri unik bersinar, dalam RM3/seekor.

6. Ikan Tiger Barb


Ikan Tiger Barb | Google Image

Bentuk seakan ikan bawal, dan dilengkapi dengan garis belang-belang seperti harimau. mendapat nama 'tiger' bukan keran rupa paras, namun sifatnya juga seperti harimau.
Dinasihatkan untuk tidak mencampurkan ikan ini dengan ikan-ikan yang mudah terkejut atau mati kerana sifatnya yang agak ganas. Sentiasa mengejar ikan-ikan yang dirasakan menganggu gugat emosinya. Sudah tiada di dalam aquarium penulis kerana dua ikan barb tersebut gagal mengawal nafsu amarah dengan ikan lain.

7. Ikan Pleco (Ikan Bandaraya)


Ikan Pleco (Bandaraya) | Google Image

Dikategorikan sebagai Ikan Larangan Di Malaysia [Klik Pautan] kerana sifatnya yang begitu pembersih. Pleco sebenanrnya banyak kegunaan, sebagai seorang pembela ikan, penulis mencadangkan untuk satu aquarium perlu ada seekor ikan pleco. Selain membersihkan aquarium daripada sisa-sisa kumuh dan algae dan rumpair, ikan pleco juga bertindak sebagai agen pemakan mayat. Jika anda meninggalkan aquarium untuk balik ke kampung, ikan pleco adalah penyelamat anda tidak perlu risau akan keadaan aquarium yang busuk dan kotor meskipun terdapat filter. Dicadangkan jangan diletakan dalam jumlah yang banyak kerana sifatnya yang tamak boleh mengundang pergaduhan antara kaum dalam aquarium. Albino Pleco boleh mencecah Rm15/seekor.

8. Ikan Corydoras


Ikan Corydoras | Google Image

Memiliki personaliti sebagaimana ikan pleco, berada di dasar aquarium. Boleh dikategorikan sebagai ikan bandaraya yang agak 'cute' berbanding ikan pleco yang menyerupai ikan pari. Cepat membesar dalam 2-3 tahun mampu membesar 5 kali ganda saiz asal ketika membeli. Cukup mahal, mungkin mencecah RM8/seekor. Mulutnya yang begitu galak menyedut alga dan sisa protein dalam aquarium.

9. Ikan Sucking Loach


Ikan Sucking Loach | Google Image

Ikan seangkatan dengan pleco dan corydoras, yang sering menjalankan aktiviti pada bahagian dasar. Sifat ikan ini agak pemalu berbanding pleco dan corydoras, sentiasa menyembunyiankan diri. Berbentuk panjang dan sering menyedut hampas dan algae yang tumbuh. Tidak cepat membesar dan sesuai sebagai teman pleco dan corydoras. 

Ini merupakan beberapa jenis ikan air tawar yang cukup terbaik untuk dijadikan pemula untuk menjadi seorang peminat aquascape. Kesemua ikan ini tahan lasak dan mampu hidup lama. Ikan-ikan yang disebutkan di atas sememangnya masih berenang-renang di dalam aquarium dua kaki setengah di rumah penulis.

Meskipun penulis sering meninggalkan rumah untuk jangka waktu tertentu, ikan-ikan yang disebutkan di atas masih boleh ceria sehingga penulis balik ke rumah, maksudnya ikan-ikan jenis di atas sememangnya ikan yang lasak. Namun, perlu diletakan beberapa tanaman atau lumut yang boleh memberi makanan sementara jika perlu meninggalkan aquarium dalam jangka waktu yang lama.

Selain murah dan tahan lasak, kepelbagaian variasi ikan-ikan ini dalam aquarium mampu memberikan senyuman kepada peminat. Benda asas seperti aquarium, filter (jenis sangkut tepi), kiambang (atau pohon aquascape lain) sebagai pemula untuk memiliki aquarium yang lebih besar dan mana tahu mampu membela ikan arowana, flowerhorn (jangan di makan), atau mungkin arapaima magigas.

Selain ikan 'komersil' sebagaimana di atas, penulis turut memiliki ikan hiasan kegemaran ramai iaitu ikan laga. Namun, bukan ikan laga half-moon atau yang mahal dipasaran, sekadar betta imbellis yang disauk di parit belakang rumah. [Artikel: Ikan Laga Betta Imbellis] . Penulis selalu mendapatkan bahan dan sumber ikan dari Xian Long Aquatic Sdn Bhd Seksyen 23 Shah Alam.

Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Ikan Hiasan Air Tawar Untuk Aquarium Beginner ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.