Header Ads

Langkawi Island Hopping Pengalaman Jelajah Destinasi Lagenda dan Sejarah Langkawi


"Langkawi Island Hopping"

Pulau Langkawi Kedah, Malaysia, bukanlah satu pulau yang asing bagi pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Berada nun jauh di utara semenanjung Malaysia, Pulau Langkawi mampu menjanjikan percutian yang terbaik bagi mereka yang membayangkan pantai yang hijau kebiruan, dan deretan pulau-pulau. Langkawi memang terkenal dengan lagenda dan sejarah yang masih disebut sehingga kini. Pulau yang memiliki jolokan 'Pulau Lagenda' yang menyimpan pelbagai cerita mitos dan sejarah yang menjadikan pulau ini sebuah pulau yang unik selain dari kedudukannya yang bersempadan dengan perairan Thailand yang banyak menyimpan cerita-cerita dongeng dan mitos.


 Langkawi Island Hopping Pakej
Langkawi Island Hopping Trip

Datang berkunjung ke Pulau Langkawi kurang bermakna jika pulau-pulau yang mengelilingi Langkawi ini tidak dijelajahi dan dipelajari tentang sejarahnya. Lebih kurang 99 buah pulau yang terdapat di Pulau Langkawi, hanya 4 yang didiami manusia, lain-lain mempunyai ciri dan nilai sejarah lagenda tersendiri.


Terdapat pakej untuk mengenali pulau-pulau sekitar Langkawi, yang bertemakan 'singgah' dan 'terokai' atau lebih sinonim dengan istilah 'Langkawi Hopping Islands'. Terdapat banyak pengusaha bot dan resort yang menawarkan pakej Island Hopping. Salah satunya adalah deretan pengusaha bot pelancong yang berpangkalan di sekitar jalan Teluk Baru, Langkawi. Dengan lebih tepat Teluk Baru Jetty, Langkawi 07000, Malaysia


Maps Island Hopping Langkawi
Lokasi Jeti

Harga pakej yang ditawarkan sudah diselaraskan (standard) bagi mengelak pengusaha bot sewenang-wenangnya mengenakan bayaran yang lebih. Kalau pelancong pandai mengambil hati pengusaha 'Island Hopping' untuk mendapatkan harga potongan (diskaun) bukan sesuatu yang mustahil. Island Hopping di Pulau Langkawi kurang pesonanya bila seorang sahaja memandangkan pakej Island Hopping yang ditawarkan biasanya memerlukan bilangan pelancong yang ramai supaya tidaklah membazir bahan api bot yang digunakan selain dapat berkongsi saat manis antara keluarga atau sahabat handai.

Penulis dan isteri melakukan aktiviti ini dengan beberapa orang rakan lebih tepat lagi rakan sepejabat kepada isteri penulis. Dalam bilangan 7 orang kami berjaya mendapatkan harga lebih kurang RM250 untuk pakej Island Hopping yang merangkumi aktiviti mengelilingi beberapa pulau pilihan sekitar termasuk Pulau Dayang Bunting yang cukup popular dengan mitos dan lagenda. Tips pertama yang ingin dikongsikan apabila ingin menggunakan khidmat Island Hopping di Kuala Kedawang ini adalah, datanglah awal, jika dibuka ada jam 9 pagi ada baiknya datanglah seawal yang mungkin kerana jeti bot, dan kaunter 'reservation' agak terhad ruangnya untuk kenderaan untuk parkir.

Usah khuatir jika tidak sempat membuang sisa kumuh dari badan ketika datang ke jeti Island Hopping kerana disediakan tandas dengan bayaran 'ikhlas' iaitu masukan seikhlas anda ke dalam tabung yang disediakan dihadapan tandas. Mungkin juga dalam kekalutan anda terlupa membawa item santai seperti selipar jepun atau sandal, terdapat gerai yang menyediakan barangan ini selain gogel (bukan google search) di Jeti Teluk Baru ini.

Apabila pemandu sudah bersedia dan mula menghidupkan enjin. Perjalanan menikmati keindahan pulau-pulau (sebahagian) di Langkawi bermula.

Pulau Dayang Bunting (Tasik Dayang Bunting)

Destinasi pertama di dalam pakej Island Hopping ini adalah Pulau Dayang Bunting. Pulau yang menjadi lagenda seorang bernama Mayang Sari yang kematian anak (hasil perkahwinan dengan Jin bernama Mat Teja) dan mencampakkan anaknya ke dalam tasik, itu kisah dongeng, kecantikan Pulau Dayang Bunting bukan dongeng, dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera. Lebih kurang 15 minit menaiki bot mengharungi alunan ombak, kami diberikan masa satu jam untuk menikmati Pulau Dayang Bunting.


Bentuk Gambar Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting, tempat riadah popular. Dalam aktiviti Island Hopping di Pulau Dayang Bunting, tasik inilah tarikannya. Tasik yang terbentuk dari runtuhan batuan yang asalnya gerbang melintasi laut dan membentuk tasik. Sampai sahaja di jeti Pulau Dayang Bunting anda akan disapa oleh bunyian cengkerik dan bunyi dedauan hutan. Tersergam terpacak mercu tanda Pulau Dayang Bunting. Dengan fasiliti berupa mini muzium yang menempatkan pelbagai maklumat mengenai pulau ini. Usah khuatir dan risau gerai makan (Dayang Cafe) dan kemudahan untuk membuang air turut disediakan. Hati-hati, kerana mungkin anda akan di'sekodeng' kera-kera liar yang tidak buas menyambut kedatangan pelancong dalam perjalanan menuju ke tasi dayang bunting yang memerlukan anda mengeluarkan peluh untuk sampai dengan pendakian mini yang mungkin memenatkan.


Jeti Pulau Dayang Bunting



Naik Turun Sebelum Ke Tasik

Penat mendaki dan menuruni tangga berbaloi apabila melihatkan air tasik yang kehijauan dengan kelipan pantulan cahaya matahari dari permukaan tasik. Bukan sekadar melihat pesona keindahan tasik semata-mata, pelbagai aktiviti yang ada. Bagi mereka yang memiliki stamina yang lebih walaupun telah hilang semasa pendakian tadi berkayuh dalam air dengan objek menyerupai itik atau haiwan atau berkayak antara aktiviti seterusnya. 

Kawasan untuk anda merasai kesejukan/kesuaman air tasik yang bergantung kepada pancaran matahari dengan berendam dan berenang turut disediakan. Mengikut cakap-cakap orang tua, bagi mereka yang masih belum memiliki anak, berendam di dalam air tasik dayang bunting mungkin solusinya. Itu hanya cakap-cakap jangan percaya kerana mungkin mengundang syirik. Tips untuk Tasik Dayang Bunting adalah, sediakan bekalan air yang mencukupi atau lebih kerana pukul 10 pagi kehangatan haba dari laut dan pancaran terus matahari boleh menyebabkan hidrasi apa lagi apabila telah penat mendaki. Bagi yang inginkan rasa ikan mengigit-gigit labu betis, terdapat ikan yang sebegitu di salah satu ceruk pelantar permainan air.


Naik Itik di Tasik Pulau Dayang Bunting
Tunggang Donald Trump Duck

Diberikan satu jam dan kembali ke bot masing-masing, bot yang membawa anda kesini,pastikan tiada apa yang tertinggal.

Pulau Jong

Pemandu bot yang terbaik adalah tidak lokek dengan informasi, nasib atau permintaan jika anda sudah kenal dengan peribadi pemandu bot. Kami bertujuh cukup bertuah ditemukan dengan Pak Nor pemandu bot yang begitu peramah dan cukup berinformasi, meskipun kadang-kadang agak sukar mendapatkan info kerana bunyi badan bot memecah alunan ombak selain dari loghat Kedah Pak cik Mat Nor yang agak dalam.


Pulau Bentuk Kapal Besar Menjadi Batu
Pulau Jong Langkawi

Namun, itu bukan penghalang dari pemandu bot kami yang petah bercerita. Mungkin sesetengah pemandu bot tidak akan melakukan aksi sebagaimana veteran tempatan, Pak Cik Mat Nor kami dengan mengelilingi Pulau Jong. Nampak biasa jika sekali pandang, namun penuh lagenda. Jong atau jung merupakan nama sebuah pengangkutan di zaman dahulu sebelum Wright bersaudara belum membina kapal terbang pertama. Kapal atau bahtera yang memiliki layar dipanggil Jong atau Jung. Memang tepat dengan nama Pulau ini.


Hujung Kapal Pulau Jong
Bahagian 'Port' (kiri) Bahtera Sumpahan

Ketika mengelilingi Pulau Jong, ia sememangnya memiliki rekabentuk sebuah bahtera di zaman lampau. Menurut, pemandu bot kami ia adalah sebuah bahtera kapal. Kedudukan yang menghala ke laut lepas. Muncung sehinggalah buritan kapal macam realiti. Ira hakisan atau jalur hakisan pada dinding batuan yang membentuk pualau ingin seakan-akan lapisan kayu yang membentuk sebuah kapal. Unik memang unik. Namun lagenda dan sejarahnya perlu dikekalkan usah tanya akan logik atau tidak kerana ia akan menghilangkan nilainya. Namun, sebagai pelancong, anggaplah ia sebuah kapal yang disumpah menjadi batu dan membentuk pulau sebagaimana sumpahan yang terjadi kepada Black pearl dan The Flying Dutchman dalam Pirates Of Carribean.

Ada juga tersimpan di dalam benak penulis mencari mana tahu di celah pohonan pada pulau ini terdapat Davy Jones sedang berehat. 

Rasai geseran badan bot dengan batuan kecil dibahagian beting pasir menghala ke Eagle Feeding yang memiliki pohon bakau yang tumbuh seumpana jambatan kecil.


Eagle Feeding Point (Pulau Singa Besar)

Perhentian seterusnya adalah Eagle Feeding Point. Satu teluk berbentuk 'V' di bahagian utara Pulau Singa Besar yang merupakan kawasan yang penuh dengan haiwan lagenda dan 'trademark' Pulau Langkawi, burung helang. Setelah melakukan 'konar baring' sekitar Pulau Kukus dan mengelilingi Pulau Jong dalam perjalanan tadi dalam 5-10 minit sampailah ke kawasan 'favourite' pelancong Island Hopping.


Beri Makan Burung Helang Langkawi
Helang Kelaparan Bertebaran 

Memang tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa burung helang mampu mencari makanan sendiri. Namun, aktiviti memberi burung helang makan adalah suatu yang jarang kita lakukan saban hari melainkan anda seorang renjer zoo. Roti merupakan diet burung helang yang bewarna perang kemerahan ini. Balingan roti yang belum lagi tenggelam ke dalam air laut cepat diterkam oleh burung lagenda Langkawi ini.



Ketika ini anda boleh memotretkan kenangan bersama helang yang benar-benar hidup berbanding helang batu di Dataran Helang. Video atau gambar jadikan kenangan dan beranikan diri untuk ke hadapan bot untuk mendapatkan pandangan yang luas dan lebih menarik. Selain helang bewarna 'kawi', helang tidak kawi (yang biasa) juga mengambil bahagian dalam acara ini. Gelagat anak-anak kecil anda mungkin menarik apabila diperkenalkan dengan helang yang jarang dilihat di rumah.


Roootiiiiii!!!!

'Shoot' yang menarik mana tahu menjadi resume untuk anda berkecimpung dalam dunia wildlife dalam National Geographic.

Puas memberi helang (dan ikan) makan, jum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Dengan berlatarbelakangkan dua buah pulau di sebelah kiri dengan nama yang agak pelik, Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil.

Pantai Pulau Beras Basah

Kisah sejarah yang juga tidak kurang menariknya. Diceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat sebuah kapal dagang yang membawa barangan dagang dari kesultanan Kutai di selat Makassar. Sampai sahaja di satu kawasan kapal dagang yang juga membawa beras sudah karam dam tenggelam. Memandangkan kawasan tersebut cetek (dangkal) sebahagian besar tidak tenggelam sepenuhnya ke dalam air laut, dan sebahagian lagi membentuk tompokan, beras yang bersentuhan dengan air laut yang membentuk seakan pantai sememangnya basah, apalagi, sepatutnya pasir tetapi beras maka terjadilah koko krunch eh pantai beras basah.Maka bergembiralah burung-burung yang ada, makanan mencukupi (ini rekaan penulis). 


Pantai Bersih Beras Basah Pelancong
Pantai Beras Basah Langkawi

Tempat peranginan terakhir untuk pakej Island Hopping Langkawi, Pantai Beras Basah. Cukup sesuai untuk perkelahan tidak semestinya dengan pakej Island Hopping, terus ke sini dengan bot, tiada masalah. Setelah penat minda, pantai ini boleh dijadikan sebagai pengembali tenaga, makan-makan, bergambar apalagi mandi-manda. Usah pedulikan cuaca yang panas, hidup perlu diteruskan. 


Bukan Beras Sahaja Manusia Pun Boleh Basah

Bagi yang berkelah di hujung bahagian pantai jangan leka kerana ada kera-kera yang mungkin tidak termaktub kepada undang-undang kecurian dan rompak akan 'berkongsi' makanan yang tidak dijaga. Sebagai sesama makhluk apasalahnya berkongsi, bagi sedikit kepada mereka, melainkan kera-kera ini sudah memiliki kapal layar mewah dipersisiran pantai atau memiliki chalet sendiri.

Selain aktiviti sendirian, pantai ini turut memiliki cafe, dan riadah sukan air seperti banana boat dan jet ski.

Pulau Ular (add-on trip)

Mendapatkan seorang jurumudi atau pemandu bot yang veteran adalah bonus, selain dari sifatnya yang peramah. 3-4 jam masa yang diberikan sudah tamat, tiba masa untuk pulang meneruskan aktiviti lain di Pulau Langkawi. Pulau Ular yang terletak beberapa batu nautika dari Tanjung Malai Langkawi 'add on' untuk pakej kali ini.


Pulau Batu Kawi Cantik
Pulau Ular (Batu Kawi)
Konkrit Batu Kawi Jingga
Batu Kawi
Apa yang menarik dengan pulau ini adalah panorama batu kapur yang begitu mengasyikkan. Batu kawi merupakan sejenis batuan yang terdapat di pulau ini. Menurut, pemandu pelancong yang merangkap pemandu bot kami, menjelaskan bahawa batu kawi yang bewarna perang kemerahan ini menjadi bahan asas dalam pembuatan rumah di Langkawi pada masa dahulu, bahan untuk membuat simen.


Sesuai Sebagai Tempat Model-model Baru Nak Up  Posing

Kecantikan warnanya begitu unik, dari sinilah nama Langkawi terbentuk. Warna bulu helang yang sama dengan warna batu kawi. Lang adalah burung helang, kawi adalah nama batuan yang bewarna seperti buluan burung helang tersebut maka jadilah Langkawi. Pulau Ular yang dikatakan pernah menjadi kawasan 'shooting' filem cukup menarik untuk disinggahi kerana bentuk muka bumi dan kecantikan susunan batuan bewarna perang kejinggaan yang masih ada. Tumbuh pohon-pohon bakau dicelah batu menambahkan lagi suasana pulau yang kecil ini.

Anda fikir anda tahu Langkawi Hopping Island Pengalaman Melawat Destinasi Lagenda dan Sejarah Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.