Header Ads

Bagaimana Fidget Spinner Berfungsi & Tips Melambatkan Fidget Spinner Berhenti


"Finger Spinner"

Fidget spinner menjadi kegilaan ramai masakini. Ada yang mengaitkan fidget atau finger spinner ini sebagai 'sensory toy' kepada pengidap ADHD dan autisme. Fidget spinner mudah diterima netizen adalah kerana sifatnya yang sama akan kuaci, begitu mengkhayalkan. Pusingkan sekali ia akan berputar tanpa henti ditambah pula dengan pelbagai variasi warna yang menghiasi fidget spinner.

Mungkin perkataan fidget adalah dari gabungan istilah 'finger' dan 'gadget' maka jadilah barangan kegilaan ramai selain boleh dapatkannya di amazon dan kedai online, shopping mall pun sudah ada menawarkan pembelian fidget spinner ini, akan tetapi...

Tahukah  bagaimana 'gadget' viral ini berfungsi ?


How fidget spinner works


Fidget spinner merupakan salah satu dari produk hukum fizik yang ditemui dari sebiji epal oleh Isaac Newton.


Asas fizik "Newton's first law of motion" diaplikasikan oleh pencipta fidget spinner ini. Objek yang tidak bergerak akan kekal tidak bergerak melainkan diberikan gerakan luar (daya) kepada objek tersebut. Dalam hal fidget spinner, daya luar (external force) adalah ketika kita memusingkan fidget spinner.

Satu lagi kesimpulan dari hukum (law) tersebut adalah, objek yang sedang bergerak akan terus bergerak sehingga objek itu dihentikan oleh daya luar (external force), ketika kita hentikan pergerakan fidget spinner tadi dengan jari.

Fahami hukum fizik ini bahawa jika fidget spinner dipusingkan (external force), fidget spinner tersebut akan berpusing selamanya. Sebagai contoh, kita menggunakan pistol untuk menembak, dari pemahaman newton's first law of motion, peluru yang keluar akan terus bergerak sampai bila-bila, namun ia tidak berlaku tetapi akan jatuh ke bawah (andaikan tiada sebarang objek menghalang).

Kenapa peluru tersebut jatuh ? 

Peluru tersebut sepatutnya akan terus bergerak sampai bila-bila tetapi terdapat satu dua daya yang menyebabkan peluru tersebut jatuh. Pertama, daya graviti bumi. Graviti bumi menarik peluru tersebut ke bawah, menghalan ia dari terus menuju ke hadapan. Satu lagi adalah daya geseran dengan angin, daya yang berlawanan arah dengan daya untuk peluru tersebut terus kedepan.

Dua daya ini (graviti dan geseran) telah mengurangkan daya tujah (daya ke depan) peluru tadi, maka sebagaimana kita tahu daya tidak hilang begitu sahaja tetapi akan berubah menjadi daya lain. Conservation of energy. Daya ke depan peluru tersebut akan mula hilang kerana daya geseran ditambah pula dengan daya ke arah bumi (graviti) mengurangkan 'kelajuan' (velocity) ke depan peluru tersebut. Maka jatuhlah ia ke bawah kerana velocity pada persamaan F=m(v2-v1) semakin berkurang dan diambil alih oleh daya graviti bumi, Newton's Second Law of Motion.

Begitulah juga fidget spinner dengan konsep hukum gerakan newton ini, apabila kita mengenakan daya kepada fidget spinner dengan memusingkannya kita telah memindahkan daya (tenaga) dari tangan kepada fidget spinner. 3 besi yang membentuk bulat pada fidget spinner atau dipanggil 'outer bearing' memiliki nilai jisim tertentu, namun berbeza velocity (kelajuan) setelah diberikan daya ketika memusingkannya. Daya dari tangan ketika memusingkan fidget tadi akan berpindah kepada 'outer bearing' yang menyebabkannya bergerak kerana formula F=ma.

Jisim 'outer bearing' sememangnya tidak dikira kerana semua jisim (m)'outer bearing' adalah sama, perubahan adalah dari segi kelajuan (kerana dipusing) nilai a pada persamaan mula wujud dan bergeraklah 'outer bearing' itu kerana wujud perubahan kelajuan (v1-v0).

Semua daya yang dimiliki ketika memusingkan fidget spinner dengan tangan (atau sebarang) sudah dipindahkan kepada fidget spinner. Gerakan ini akan menghasilkan momentum, jika terdapat jisim dan perubahan kelajuan (dari tak bergerak kepada bergerak) maka wujudlah momentum (mv) pada 'outer bearing'. Ditambah pula dengan tarikan graviti ke bawah menambahkan lagi kelajuan fidget spinner.  Fidget spinner akan terus bergerak kerana momentum sudah tercipta, untuk lebih terperinci, angular momentum sudah tercipta.

Jika dibandingkan dengan anatomi kesan terhadap peluru tadi, kenapa fidget spinner mengambil masa yang lama untuk berhenti ?

Ingat, hukum newton pertama, fidget spinner yang sedang bergerak tidak akan berhenti melainkan dikenakan daya luar. Jika tidak dikenakan daya luar fidget spinner ini akan terus berpusing sampai bila-bila.

Rahsianya adalah bebola bearing yang terdapat dalam kapsul ditengah fidget spinner. Sebagimana 'ball bearing' pada roda motor atau basikal, 'ball bearing' memudahkan pergerakan roda. Sama juga dengan fidget spinner, bebola bearing telah melambatkan fidget spinner dari berhenti kerana daya geseran antara bebola bearing dan kapsul ditengahnya adalah kecil.

Daya geseran 'kurang' mengganggu pergerakan fidget spinner tadi. Meskipun mengikut hukum fizik newton, fidget ini tidak akan berhenti, tetapi ia akan terhenti juga akhirnya kerana bebola bearing tersebut memang memiliki daya geseran yang melawan pergerakan fidget spinner namun sedikit. Letak sedikit minyak mungkin melambatkan lagi fidget spinner untuk berhenti.

Daya geseran 'ball bearing' bukan satunya penyebab fidget spinner itu berhenti, tetapi geseran dengan partikel udara di sekeliling juga merupakan daya geseran. Satu hukum fizik yang perlu difahami, objek yang bergerak akan kekal bergerak dan akan berhenti bergerak apabila dikenakan daya luar.

Fidget spinner (dalam lain-lain objek) akan kekal bergerak apabila digerakkan, tetapi 'ball bearing' pada kawasan 'cekikan' untuk memegang spinner telah melambatkan fidget spinner untuk berhenti, dengan kata lain memberhentikan daya momentum yang kita telah pusingkan tadi.

Buat Sendiri (DIY) Fidget Spinner

Bagi yang membuat sendiri fidget spinner ini, tips untuk memberikan gadget ini akan berpusing lebih lama, pastikan berat 'outer bearing' adalah besar nilai m akan bertambah dan diletakkan ball bearing (bahagian tengah) dengan minyak pelincir, mengurangkan daya geseran.

Selain dari membuat bilah 'sayap' fidget spinner mengikut terma aerodinamik, dengan meruncingkannya atau memerikan bentuk 'aerodynamic friendly.

Alat berupa 'sensory toy' seperti ini banyak dikaitkan dengan alat untuk menghilangkan masalah kurang fokus, sebagai latihan kepada otak untuk memberikan perhatian untuk golongan autisme. Namun, mungkin juga fidget spinner boleh digunakan sebagai menggantikan alat tempur ninja, lampu suluh bila malam, anting-anting, ataupun acuan kuih raya. Di Malaysia, harga fidget spinner berharga sekitar RM7-RM30 (melalui pemerhatian penulis).

Anda fikir anda tahu Bagaimana Fidget Spinner Berfungsi & Tips Melambatkan Fidget Spinner Berhenti ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.