Warna Air Kencing (Urine) dan Punca Masalah Kesihatan

Air kencing merupakan sebatian lahiriah yang mampu dilihat oleh pemiliknya yang peka akan permasalahan sistem pengairan mereka dalam badan. Trafik yang lancar adalah suatu aspek penting dalam kesihatan manusia.

Masalah kencing manis, kencing masam boleh dirawat jika diubati dengan lebih awal namun kencing berdiri, kencing merata atau kencing kawan boleh mendatangkan maut tanpa diduga. Apalagi kencing rakyat.





Tiada Warna. Lutsinar




Anda memang seorang yang mengimpikan menjadi seekor ikan laga kerana meminum air adalah hobi anda. Badan boleh menampung 70% air sahaja, dari merugikan sumber air baiklah anda mengurangkan meminum air ketika ini.

Bewarna Pucat




Anda sememangnya seorang yang menjaga kadar elektrolit dalam diri. Anda seorang yang sihat dan cergas. Kapasiti air dalam badan dalam keadaan normal, suhu badan stabil dan filter (buah pinggang) sedang tersenyum ceria.

Lutsinar Kekuningan




Keadaan normal bagi badan yang sihat dan cergas. Mungkin anda ada terbaca pamplet kesihatan di mana -mana yang menyuruh anda meminum air sebanyak 8 gelas sehari.

Kuning Tua (Gelap)




Kapasiti air dalam badan sedikit, namun ia masih di tahap seorang yang normal. Dinasihatkan untuk memulakan rutin meminum 8 gelas sehari air putih.

Amber atau bewarna Seperti Madu




Apabila warna air kencing anda mula bewarna seakan lampu trafik kuning maka anda amat digalakkan meminum air dengan banyak kurang kan sebarang aktiviti yang mampu membuat anda berpeluh sehingga kadar air dalam badan kembali normal.

Kelabu atau Bewarna Sirap




Organ hati anda mungkin sedang berada pada keadaan berjaga-jaga kerana mungkin kegagalan hati. Kegagalan hati menyebabkan lemak sukar diuraikan maka lemak ini akan melaui buah pinggang dan terus dikumuhkan. Air diperlukan untuk melancarkan trafik dan jika berterusan bolehlah masuk ke kenderaan dapatkan nasihat doktor.

Merah Jambu Kemerahan




Merah melambangkan darah. Darah telah melepasi filter (buah pinggang, berkemungkinan filter akan atau sedang gagal berfungsi. Jika filter masih berfungsi mungkin organ lain mula cedera dan mungkin darah sudah menjadi toksin, filter akan mula membuang toksin berkemungkinan terdapat tumor atau permulaan kanser. Meminum air bukan lagi opsyen rutin segeralah mendapatkan rawatan.

Oren



Warna air kencing sebegini tidak bahaya mungkin anda kekurangan meminum air atau pun anda terlalu banyak memakan makanan rapu makanan tidak berzat. Meminum sumber caffeine yang banyak mungkin menjurus ke arah warna ini. Sekadar menambah air dalam badan sudah mencukupi.

Hijau atau Biru



Jika anda bukan spesis amfibia atau reptilia atau belangkas anda memiliki genetik yang sukar ditemui. 

Ungu



Ini mungkin alien dari planet lain.

Pati atau Berbuih (tiada kene mengena dengan parti buih)



Benda biasa terjadi apabila anda mempunyai kandungan protein yang terlebih dalam badan. Mungkin buah pinggang sudah haus untuk menghindarkan protein dari terlepas, itu masalah buah pinggang atau anda memakan sumber protein yang banyak dan buah pinggang terpaksa meneutralkan semula bilangan miligram protein dalam darah. Jika terdapat pengulangan maka doktorlah jawapannya. Bagi kanak-kanak yang belum bersunat harus mengkategorikan foam itu dengan lebih teliti.

Anda fikir anda tahu Warna Air Kencing (Urine) dan Punca Masalah Kesihatan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...