Header Ads

COMAC C919 Pesawat Komersil China Pertama Alternatif Untuk Airbus A320 dan Boeing 737


"Comac C919"

China dikatakan sebuah dari beberapa kuasa besar dunia. Namun besarkah china ? Memang besar dengan memiliki populasi rakyat dan keluasan tanah yang besar, China boleh dikatakan besar. Namun adakah seiring dengan kuasa besar lain seperti Rusia dan Amerika Syarikat ?

Amerika syarikat dan Rusia seumpama dua orang pelajar yang suka menunjukkan dalam sebuah kelas. Dengan pelbagai barang yang menarik dan maju, memiliki kotak pensel besar, beg galas Ben 10, memakai pakaian buatan jahitan tangan dan pelbagai lagi barang yang bermutu tinggi dan menarik. Apa lagi kuasa mereka, membuli bukan sekadar retorik, sudah menjadi makanan ruji mereka selepas gandum.

Namun, China, boleh diumpamakan sebagai seorang pelajar berbadan besar yang pendiam dan sering tidak melawan jika dibuli. Namun seorang pelajar yang datang dari keluarga yang kaya. Kini demi menjaga nama kuasa besar dan agak takut akan rakan mereka si Amerika Syarikat dan Rusia yang berada di sebelah kiri dan kanannya, China cuba membuktikan kehebatannya sebagai sebuah kuasa besar meskipun sering diperli dan dicemuh dengan sifat tiruannya sebagaimana artikel Barangan Tiruan Dari China.




Cuba menyaingi Boeing dari Amerika Syarikat, Airbus milik France, China mahu bersaing dalam bidang aeronautik selepas berjaya dengan 'flying colours' dalam bidang aeroangkasa. Namun adakah pesawat buatan China benar-benar akan kukuh dan bersifat original seperti buatan Amerika SYarikat dan Perancis ?



Kita akan mengetahuinya apabila pesawat pertama mereka yang diberi nama C919 Airliner yang dibuat oleh Commercial Aircraft Corp. of China Limited (COMAC) yang akan membuat kemunculan komersil sekitar awal 2018 dan 2019 nanti.

Berstrukturkan binaan fuselage, single-aisle, lantai sebaris, memiliki dua enjin buatan Snecma Perancis, pesawat ini pernah membuat 'test flight' pada 2014. Namun akan mula di pasang pada 2016 dengan dicat dengan livery bewarna putih, biru dan hijau dengan tagline 'Dreams Take Flight'.

Mempunyai kapasiti penumpang antara 158 dan 174 tempat duduk, pesawat ini direkabentuk di Shanghai, tetapi bukan menggunakan barangan buatan mereka sendiri tetapi dengan menggunakan komponen-komponen dari luar dan dipasang dikilang COMAC di Shanghai.



Pesawat C919 ini akan bersaing dengan pesawat Airbus A320 dan Boeing 737, dimana kedua-dua pesawat ini merupakan pesawat popular dikalangan airlines dunia.Namun, pesawat ini berkemungkinan akan digunakan oleh airlines china sendiri kerana pihak U.S Federal Aviation Authority (FAA) dan European Aviation Safety Agency (EASA) masih 'ragu-ragu' akan kebolehan pesawat C919 ini sehingga 'safety record' dan 'operational track record' piawaian dunia dibuktikan sendiri nanti.

April 2017: Nosewheel Lift Off Test Video

video




Anda fikir anda tahu COMAC C919 Pesawat Komersil China Pertama Alternatif Untuk Airbus A320 dan Boeing 737 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.