Header Ads

Sukee-Sukii Stimbot & BBQ Sungai Buloh Syurga Penggemar Daging Kambing Bakar


Kewujudan restoren dan tempat makan berasaskan steamboat and grill sukar dibendung lagi. Tempat popular seperti Flaming Steamboat, D'Manggis serta D'Island Steamboat sudah dikenali di sekitar Selangor. 

Terdapat satu lagi tarikan penggemar steamboat di sekitar selangor, lebih tepat lagi sekitar sungai buloh. Suasana romantik dan berasaskan pengcahayaan oren dan merah menambahkan lagi warna tom yam dan sup sebagai asas steamboatnya.

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan mentah dan sedia masak, pelanggan tidak akan rasa kekurangan. Ditambah lagi dengan tempatnya yang agak tersorok dan tidak begitu 'crowded' sesuai bagi mereka yang meninginkan suasana tenang dan hanya kedengaran jus daging dan makanan laut yang terbakar dipanaskan kerajang aluminium.



Tempatnya agak tersorok, berada di bahagian belakang deretan rumah kedai di Pusat Komersil TSB Sungai Buloh berhadapan dengan pasaraya syed dan sebaris dengan bank Rakyat.




Daging Kambing Sejati

Berbeza dengan tempat lain semua daging tidak kira lembu, ayam dan kamping memiliki tekstur yang lembut dan tidak liat meskipun dibakar secara medium rare.

Bagi penggemar daging kambing bbq dan di grill restoren ini adalah syurga anda. Daging kambingnya tidak begitu hamis, namun masih terdapat karekter hamis kambing, kemanisan daging kambing dari jusnya masih boleh dihayati oleh setiap pemanggang meskipun anda tidak memiliki Diploma dalam jurusan pembarbekuan daging kambing dari mana-mana institut melibatkan daging kambing.



Mungkin pihak restoren menggunakan kambing versi abang sado yang nampak keras namun lembut di dalam.

Menu

Mempunyai menu seperti anda adalah seorang chef ramsay kerana anda boleh menjadikan platform untuk anda mempraktikkan dengan mengeluarkan hidangan bermula dengan entree, main course dan dessert. 



Nasi goreng bodoh, jejari kentang goreng, kentang wedges goreng. Bagi dessert pula aiskrim pelbagai perisa disediakan seperti perisa coklat, jagung, keladi, vanilla dan beberapa campuran perisa ais krim lagi.

Bab minuman pula, yang paling mencuit kalenjar di lidah penulis adalah iced lemon tea nya. Memang sebijik rasa anda meminta minuman di restoren francais, selain disediakan juga air berkarbonat lain.

Suasana

Sebagaimana diketahui, tema kedai ini adalah oren dan sedikit kemerahan. Warna senja yang boleh menenangkan minda dan membangkitkan nafsu makan anda. Belum lagi begitu popular maka tidak begitu ramai yang datang jadi anda mampu menggunakan lebih dari satu dapur yang disediakan dan makan sepuasnya.



Masa Operasi

Sukee Sukii steamboat and barbeku beroperasi bermula pada jam 4 p.m dan berakhir 11 p.m. dan dibuka setiap hari. Agak malang sedikit bagi geng kelkatu dan geng kelawar kerana kebiasaannya paling awal restoren berasaskan steamboat and barbecue akan tutup pada jam 12 malam namun restoren ini tidak akan menerima tetamu 30 minit sebelum jam 11. Namun bagi mereka yang sudah berada di situ sebelum 11 anda tidak akan dihalau.

Hubungi Kedai

Facebook Page : Sukee-Sukii Stimbot & BBQ
Email : sukeesukii.steamboatnbbq@gmail.com
Instagram :  sukeesukii_steamboatnbbq

Oleh itu dengan sukee sukii lah anda menjamu hidangan anda.

Anda fikir anda tahu Sukee-Sukii Stimbot & BBQ Sungai Buloh Syurga Penggemar Daging Kambing Bakar ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.