Beli ARC Ritz Matte Black Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang


"Arc Ritz Matte Black"

Ada motor tiada helmet kurang lengkapnya kepada mat moto. Kita berbicara dalam aspek mat moto bukan mat rempit. Dalam filem mat moto oleh Pekin pun tema utama dalam cerita tersebut adalah helmet.


Arc Ritz Matte Black
Helmet bukan sahaja dijadikan penjaga kepada kepala dan otak penunggang motosikal.
Sekarang ia sudah salah satu dari hobi pengumpul.


Seperti juga wanita, contoh terdekat dengan penulis adalah isteri penulis, dia memang gemar mengumpul barangan make up. Kasut pun ada, termasuk jugalah beg tangan. Itu 'kegilaan' dan kegemaran kaum wanita.

Hobi Kumpul Helmet

Bagi penulis, penulis lebih gemarkan mengumpul miniature dan figura seperti gunpla (gundam), patung-patung action figure naruto atau pemain bola sepak.


Bersama Helmet Harian Baharu
Satu lagi kegemaran penulis yang baharu adalah mengumpul helmet.

Tidaklah begitu banyak seperti abang Al-Memorabilla atau pengumpul helmet ternama lain, akan tetapi beberapa helmet ini mampu menyemakkan rumah tidak tahu mana hendak di letakkan.

Koleksi Helmet Sedia Ada

Satu jenama KYT Hellcat Arrow dan satu lagi helmet ala-ala top gun dari jenama Avex Top Gun. Tidak lupa MS88 yang akan dijadikan 'tukun' memandangkan ia sudah tidak lagi relevan di mata penguatkuasa.

Jadi penulis memerlukan satu lagi helmet untuk menggantikan MS88 yang sedia ada. Penulis ingin mencari helmet yang tidak berapa kasar harganya dan sesuai untuk kegunaan harian.

Bajet kali ini adalah dalam RM180 ke bawah, untuk kegunaan harian.

Klik shopee, klik lazada, klik 11street, gagal menarik perhatian.

Kedai Penjual Helmet Sijangkang

Tinggal di Sijangkang satu bonus bagi penulis, terdapat satu kedai helmet yang agak popular di antara penjual helmet. Nama kedai pun agak 'universal', Kedai Penjual Helmet. Simple dan lurus serta senang nak ingat.


Kedai Penjual Helmet
Kedudukan yang tidak berapa jauh dari rumah penulis, penulis mula mendapatkan hak pemantauan di kedai ini. Kunjungan pertama di Kedai Penjual Helmet Sijangkang menerbitkan jatuh cinta pertama kali lihat pada satu helmet.

Boleh dikatakan kena dengan citarasa penulis, seakan arai dan j-stream shoei namun bukanlah dua jenis terbabit.

Helmet ARC Ritz

Rekabentuk moden dan agak simple. Helmet ARC Ritz.


Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Pandangan Belakang


Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang harga untuk helmet ARC Ritz ini (plain matte black) berharga RM 150.

Harga Helmet ARC Ritz

Dari pemantauan (survey) penulis dalam talian pun memang dijual dengan harga RM150. Namun, ada segelintir penjual yang sanggup jual RM180-RM200.


Harga ARC Ritz
Dengan harga sebegitu mungkin penulis boleh tambah sedikit wang dan dapatkan KYT Hellcat satu lagi atau MHR convert Arai.

Kunjungan pertama ke Kedai Penjual Helmet Sijangkang, penulis sekadar pandang-pandang. Kunjungan kedua, penulis terus dapatkan helmet ini.

Penulis bernasib baik, tuan punya kedai ada ketika itu. Pada kunjungan pertama dia ke Mekah untuk umrah. Siap dapat free gift berupa tasbih dari Mekah.


Tasbih Dari Mekah
Sembang sedikit sebanyak, penulis sambar ARC tersebut dan cuba pakai. 

Saiz Helmet ARC Ritz

Dari segi saiz ia adalah 'free-size' dengan ukuran 60.


Saiz Helmet ARC Ritz
Namun, kepala saiz XL KYT penulis ini pada mulanya gagal dimuatkan dengan tenang. Sebelum sempat bertanya, abang penjual helmet terus menjelaskan, helmet ARC Ritz memang agak ketat pada mulanya, biasa la baharu lagi.

Lama-lama akan 'fit' dan selesa dengan saiz kepala pengguna.

Aksesori Helmet Tambahan

Selain, helmet, penulis ada membuat penambahan dengan penukaran 'visor' kepada yang asal kepada jenis 'smoked'.


Visor Original ARC Ritz
Gelap sedikit, perlu tambah RM40 untuk 'visor' tersebut. 'Visor' yang jenis pelangi pun ada perlu tambah RM80.

Review Testimonial Helmet ARC Ritz

Dari segi ulasan (review), rekabentuk luaran dan kesederhanaannya sudah memang dalam citarasa penulis.

Cukup simple, namun dalam kategori moden. Memang betul apa yang dikatakan tuan pemilik kedai, dalam masa satu minggu, digunakan setiap hari, bahagian dalam helmet fit dengan saiz dan rekabentuk kepala penulis.

Sehingga artikel ini ditaip, memang selesa dan begitu senang dipakai.


Span Lembut untuk Kulit
Helmet ARC Ritz ini tidak memiliki 'clip' tetapi ikatan tali seumpama helmet ms88.


Tali Ikat
Satu kebaikan tali bukan klip adalah kekuatan ikatannya. Terbukti dengan logo sirim terbaharu di belakang.


Getah yang Tahan
Rekabentuk Helmet Mahal Lain

Helmet ini yang juga dilengkapi dengan 'ventilation' yang seakan rekabentuk arai dan j stream namun tidaklah sama 100%.


Lubang Ventilation Masuk
Bergunakan 'ventilation' ini ?

Penulis mengujinya semasa membeli nasi kerabu di Jalan Kebun. Sampai sahaja di kedai siam yang menjual nasi kerabu ayam bakar.

Penulis memasuki kedai yang agak panas dengan pemanggang tanpa membuka topi keledar ini dahulu. Panasnya memang tidak terkata, siap berpeluh sakan ke pipi.

Sengaja, untuk melihat keupayaan sistem pengudaraan pada helmet ARC Ritz ini.

Ketika tidak bergerak dalam suhu yang panas memang tiada apa-apa kesan.

Tetapi, ketika bergerak, belum sempat penulis memasukkan gear ketiga rasa sejuk datang dan peluh mulai nyah dari kepala. Memang terbukti 'ventilation' yang diletakkan pada helmet ini bukan sekadar hiasan.


Lubang Ventilation Keluar
Bagi mereka yang inginkan bajet sederhana, rekabentuk simple, kegunaan harian dan tidak begitu ranggi dan menyerlah.

Penulis syorkan untuk dapatkan Helmet ARC Ritz.

Info Ringkas Kedai Penjual Helmet Sijangkang

Mari penulis ceritakan sedikit info Kedai Penjual Helmet Sijangkang.


Tuan Kedai Helmet
Selain walk-in ke kedai tersebut, mereka yang agak jauh boleh membuat belian melalui instagram dan facebook.

Alamat Kedai

No.18 Jalan Sijangkang Permai Taman Sijangkang Permai, Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor


Dalaman Kedai
Waktu Operasi  

Buka Setiap Hari : 12 tgh hari – 11.00 malam
Jumaat : 3 petang – 11.00 malam

Cuti Mingguan : Hari Rabu

Memang 'friendly' pemiliknya. Tanya sahaja segala permasalahan dan pertanyaan, pasti dijawab dengan sopan santun.

Pemiliknya adalah Daniel atau orang panggil dengan gelaran 'pacak'. Boleh kenali kedai penjual helmet dan tuannya melalui video di bawah.



Usah risau jika anda berada jauh dari kedai penjual helmet sijangkang, anda boleh mendapatkan helmet kegemaran anda melalui online. Dapatkan helmet piliha di sini https://bit.ly/2yVEDLI

Beli helmet ARC Ritz Matte Black : https://bit.ly/2Bn4rkM

Dapatkan pelbagai pilihan visor untuk helmet ARC Ritz : https://bit.ly/2z3mk7C


Anda fikir anda tahu Beli ARC Ritz Matte Black Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan