Header Ads

Resepi Thai Nasi Pad Ka-Prao Di Restoran Khun Mae Sijangkang


"Nasi Pad Ka-Prao"

Menjengah ke restoran siam adalah salah satu cara penulis mempelbagaikan citarasa makanan jika makan di luar. Restoran tom yam sekarang terlalu klise, makan mana ? Tom yam..makan mana ? kedai siam sana..


Nasi Pad Ka Prao
Bagi mereka yang sudah berkeluarga kedai tom yam adalah alternatif jika tidak memasak di rumah. Selain tom yam sebagai menu utama, pelbagai masakan panas lain yang boleh didapati di kedai tom yam.


Bagi yang muda yang masih belum berkeluarga (lelaki biasanya) kedai tom yam selain tempat untuk lepak bertemu kawan-kawan atau TTS, boleh melihat kepelbagaian calon isteri dari negara Thai.

Kelainan Nasi Masakan Thai

Namun, bagi penulis, apabila berkunjung ke kedai tom yam, penulis cuba mencari kelainan masakan yang ada dalam senarai menu kedai tersebut. Subjek 'kedai tom yam' yang penulis maksudkan di sini bukanlah kedai makanan Thai sahaja tetapi kedai tom yam biasa yang mudah ditemui di mana-mana kawasan kini. Bukan kedai yang sememangnya dengan 'niche' makanan orang Thai.

Salah satu yang menjadi 'favourite' jika kami sekeluarga malas mahu masuk dapur adalah Khun Mae Mom's Recipe, sebuah kedai tom yam yang masih baharu di Sijangkang.
Tidak berapa jauh dari rumah penulis.

Makanan 'Cliche' Kedai Tom Yam

Selalunya datang ke kedai ini penulis akan memesan makanan ala Thai-kelantan seperti bihun celop, nasi goreng USA (paprik daging, makanan thai) atau nasi putih bersama tom yam ayam dan daging. Dari masa ke masa kedai tom yam ini yang boleh dikatakan sudah mula popular dengan penduduk tempatan mula menambah bilangan masakan dalam menu mereka. Jika dahulu hanya kertas yang di'laminate' akan tetapi sekarang sudah mampu memiliki kepingan menu kadbod bersaiz kertas A3.

Suatu malam kubur berasap, eh silap, itu nama cerita. Satu malam yang dingin penulis dan isteri menuju ke kedai tom yam Khun Mar Mom's Recipe Sijangkang ini. Memandangkan senarai menunya sudah bersaiz A3, banyak hidangan disediakan. Penulis tertarik pada satu sub-menu pada papan menu tersebut dengan nama sub-menu 'makanan asli thai'.

Cube Menu Thai Baharu

Apa lagi tanpa segan silu penulis memesan satu hidangan Thai yang ditulis 'nasi pad kow pow pad', krapow atau ka pow, entahlah. Bunyi sebutannya menghala ke arah negara Thai adanya. Dengan pilihan ayam atau daging.

Penulis bertanyakan kepada waiter yang juga merangkap tuan kedai terbabit, apakah makanan tersebut ?

Dengan pelat Thai, tuan kedai menjelaskan bahawa satu lauk yang dimakan bersama nasi putih. Lauk tersebut (ayam/daging) akan dimasak bersama daun selasih.

Maksud Ka Prao

Daun selasih, penulis kurang arif dengan daun ini meskipun penulis sudah dapat membezakan antara daun sup dan daun ketumbar apabila disuruh isteri membelinya di pasar. Jika biji selasih memang penulis tahu, biji-biji dalam sirap yang seumpama telur katak (maaf sekadar menjelaskan)

Penulis begitu 'looking forward' untuk hidangan ini.


Ciri-Ciri Nasi Pad Kra Pao
...dan sebagaimana gambar di atas maka hidangan yang dinantikan telah tiba.
Nasi Pad Ka-Prao sebutannya. Agak berbeza dengan yang dalam menu kedai Khun Mae ini.

Nampak dari segi fizikalnya seumpama nasi goreng USA namun berbeza pada nasinya yang tidak digoreng.

Lauk ayam yang berkuah dengan penampakan hirisan dedaunan hijau memberikan gambaran bahawa daging ayam tersebut telah diolah menjadi papprik. Namun berlainan warna kuahnya dengan paprik. Selain timun dan salad, hidangan ini diperhebatkan dengan sambal belacan. 

Kombinasi Makanan Hidangan Pad Ka-Prao


Nasi Putih Panas
Nasi putih yang masih panas cukup sesuai dengan hidangan ini. Nasi yang masih panas dan tektur yang keras sedan-sedan lagi baik.


Ayam Pad Ka Prao
Kombinasi pelbagai kicap dan perisa dengan bahan-bahan yang ditumis dengan api yang terjaga. Menghadirkan rasa masam dan manis seumpama padprik. Isi ayam yang dipotong dadu menjadi watak utama selain dari kehadiran daun selasih (basil Thai) yang merupakan teraju utama.


Telur Mata Meleleh
Pada yang biasa makan nasi goreng USA telur mata adalah unik yang membezakan dengan nasi padprik biasa. Telur yang digoreng dengan api yang besar dan diangkat dengan cepat menghasilkan telur mata yang masih cair kuning telurnya dan garing luarannya.


Sambal belacan
Penambah perisa untuk menyerikan lagi rasa nasi dan kuah. Pedas sambal belacan berbeza dengan pedas masakan yang telah diproses, maka kehadiran sambal belacan tidak kurang pentingnya.

Bagaimana Pula Rasanya ?

Kaut sedikit lauk ayam yang berkuah, sudukan pula dengan nasi putih, cuit sedikit sambal belacan dalam sudu yang sama.

Masukkan ke dalam mulut. Wow..air liur mula membasahi campuran tadi. Ada rasa pekat kuah seumpama kuah paprik dan ada sedikit kelainan rasa.
Manis dan masam dari kuah dalam masakan ayam tersebut memang seakan paprik biasa meskipun warnanya tidak semengah paprik yang bewarna jingga (lazimnya).

Bahan Rahsia 

Terdapat satu rasa lain dalam keenakan masam manis kuah bersama ayam itu tadi. Rasa pedas 'mint'. Adakah daun yang menghiasi kuah bersama ayam tersebut adalah daun pudina.


Sweet Thai Basil Leaf | Google Image
'Mint' yang dapat dirasai apabila dikunyah adalah datangnya dari daun selasih (basil leaf). Rupanya daun hijau yang ada dalam kuah bersama ayam tersebut adalah daun selasih. Ini kali pertama penulis menyuapkan daun selasih ke dalam tekak.

Rasa 'mint' dan sedikit aroma pedas pudina apabila dimamah dan disebarkan ke deria bau pula.

Rasa 'Mint' Dalam Masam Manis

Bayangkan dalam mulut anda hadirnya rasa masam dan manis dan diserikan dengan rasa pedas 'mint' dari daun selasih. 'Mint' dari daun selasih tidaklah sekuat daun pudina, itulah rahsia daun selasih digunakan bukan pudina kerana rasa masam dan manis tidak digerhanakan oleh rasa pedas 'mint' daun selasih, sedan-sedan rasanya.

Daun selasih dalam bahasa Thai adalah Kra Prao (krapow) dan dalam bahasa inggeris adalah basil.

Lainnya nasi pad krapow dengan padprik adalah daun selasih ini. 

Cara Masak Kuah Nasi Pad Ka Prao (Resepi Ringkas)


Tumis bawang merah cincang, bawang putih cincang dan cili padi (ikut pedas) yang dipotong hingga wangi. 

Masukkan isi ayam cincang then tumis hingga masak. Kemudian, masukkan oyster sauce, kicap, sos ikan dan gula secukup rasa. 

Masukkan air sikit jika terlampau kering. Akhir sekali masukkan daun Thai basil, kaup balik then tutup api. 

Siap dan hidangkan dengan nasi panas dan telur mata (optional).

Anda fikir anda tahu Cuba Nasi Pad Ka-Prao Di Restoran Khun Mae Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi

Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.