Header Ads

Pengalaman 'Gayat' Di SkyBridge Panorama Langkawi


"SkyBridge Langkawi"

Dari jauh sudah kelihatan jambatan ini. Menjadi ikonik kepada Langkawi selain dari kereta kabelnya. Kalau berkunjung ke Langkawi untuk bercuti jika tidak mencuba aktiviti seperti ini memang sukar lagi untuk kita temui di tempat lain.


Pengalaman Di Panorama SkyBridge Langkawi
Alang-alang dah berada di Langkawi, merancang pula untuk mencuba berada dalam gondola 'terbang' ke puncak Gunung Machinchang, apa salahnya rasai nikmat ketinggian di skybridge.


Pengalaman Pertama SkyBridge

Kali pertama melihatnya agak menyeramkan, apatah lagi jambatan ini hanya disokong oleh satu pacak (pylon) sahaja. Merentasi dua puncak tertinggi gunung Machincang. Dan disebarkan daya untuk sokongan berat pengunjung dengan kabel-kabel seumpama jambatan Pulau Pinang.

Rekod Dunia SkyBridge

Dengan memegang rekod 'The Longest Free Span and Curved Bridge In The World', Skybridge Langkawi adalah tarikan lain selepas Skycab.


World Record Langkawi SkyBridge
Siap dibina pada 2004, salah satu aplikasi formula fizik dalam kejuruteraan binaan ini telah menerima anugerah dari tripadvisor sebagai 'Traveller's Choice 2013'. Jambatan aloi berbentuk lengkung ini menghubungkan puncak tertinggi Machincang ke puncak nun disama dengan ukuran panjang lengkungan 125 meter.

Duk pong pang pong pang cerita pasal skybridge ni, mungkin anda bertanya kan, penulis pernah ke menaiki skybridge ini ?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, memang pernah. Pengalaman bersama skycab ada penulis ceritakan sebelum ini, boleh ikuti artikel tersebut di bawah.

Aplikasi Fizik dan Seni Bina

Kesinambungan dari Skycab tersebut, adalah kisah penulis yang pertama kali melintasi udara dengan mempercayai hukum fizik ciptaan arkitek skybridge ini. Jika ingin bercerita tentang gayat, penulis, pengalaman gayat memang tiada. Ketidakpercaayan pada sistem memang ada.


Pylon Tiang SkyBridge
Penulis pernah terbang dengan Cirrus SR-20, TB-10 dan Eagle STRM, gayat itu tiada, namun rasa hati-hati itu ada.

Boleh dikatakan jika menaiki SkyCab kalau tidak mencuba SkyBridge pula memang tidak akan lengkap apabila datang ke sini. Tidak jauh mana dengan Top Station SkyCab Langkawi, seumpama adik-beradik mereka berdua ni.

Apa yang Menarik Dengan SKyBridge ?

Biar penulis berikan definisi dan tujuan terbinanya SkyBridge Langkawi ini.
Definisi bagi marhaen biasa adalah satu titian atau jambatan yang membolehkan pelancong sampai ke hujung puncak gunung nun di sana.


Laluan Pejalan Kaki Udara
Namun, jambatan yang berasaskan keluli ini tidaklah semudah jambatan biasa. Dengan ketinggian dari paras tanah dibawahnya, dengan kelajuan angin yang melalui membelah jambatan ini yang mungkin membolehkan snapback atau cap anda melayang entah ke mana itu uniknya.


Di Langit Biru
Lagi menambahkan keunikannya adalah, pada paras ketinggian yang bisa mencabar mentaliti pengunjung yang gayat, pelantarnya atau lantainya ada sesetengahnya diperbuat dari kaca, lebih mudah 'cermin yang lutsinar'. Anda boleh melihat ke bawah hanya melihat ke arah kaki anda sahaja.


Cermin lantai Lutsinar
Bagi memberikan kesan yang lagi mendalam untuk mengatasi fobia gayat, pemegang atau 'rail' sekeliling bukanlah tertutup sepenuhnya. Ruang dan celah yang membolehkan anda melihat suasana sekeliling.

Hembusan Angin Laut

Sejujurnya, angin memang kuat, jika sayangkan topi atau snapback anda, jagalah ia sebaiknya, atau aksesori lain yang mudah diterbangkan angin.

Pada satu saat, anda mungkin akan terlupa akan ketakutan anda pada tempat tinggi, apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah yang sememangnya berbaloi untuk dirasai pancaindera.


Cuaca Panas Tapi Berangin
Langit membiru, dan terasa hampir. Ada ketika mungkin boleh menyentuh awan atau kabus, kawasan gunung menghijau dengan hutan hujan tropika, latar belakang lautan yang membiru dan kehijauan.

Nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu mahu dustakan ?

Sejuk dan Berangin Ala Eropah

Disinilah tempat sesuai untuk anda memperagakan 'wind breaker' atau 'sweater' yang anda miliki. Dengan suhu yang agak rendah dan berangin, bolehlah berangan-angan berada dalam musim 'spring' melancong di negara empat musim.


Angin Laut dan Kesejukan Hutan
Mungkin ada yang ingin mengetahui apa yang ada di seberang sana. Tiada apa sebenarnya hanya pelantar lain yang menjadi destinasi penghujung untuk SkyBridge ini.

Di platform ini cukup luas untuk bergambar, untuk menggambarkan keluasannya, anda boleh mengambil gambar kenangan dalam pelbagai posisi, apalagi gambar lompat tinggi-tinggi, kalau gayat sudah hilang.

Bagi peminat fotografi, tidak kira landskap atau 'street' fotografi. Cukup menarik. Apa lagi dengan kaca lutsinar pada lantai jambatan yang menampakkan keindahan flora di bawahnya.


Jangan Pandang Bawah
Sama sahaja sebenarnya lantai lutsinar di KL Tower atau One Citi Mall di USJ, tetapi uniknya mereka yang sudah mencubanya sahaja boleh mengetahui.

Informasi Pengunjung

Dari segi lokasi SkyBridge tidak begitu susah, jika sememangnya anda merancang untuk menaiki SkyCab Langkawi secara automatik lokasinya anda sudah ketahui.

Pintu masuk untuk ke SkyBridge adalah melalui Top Station SkyCab. Bagi yang masih belum mencuba SkyCab dan ingin menaiki SkyBridge, Alamat ada dibawah:

Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA

Lebih mudah apabila menggunakan aplikasi waze atau google maps.


Waze Lokasi SkyBridge Langkawi

Hubungi: 
Telefon :[6]04-959 4225/1225
Faks :[6]04-959 1121/4121

Email: info@panoramalangkawi.com

How To Get Here ?

12km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dengan durasi masa 20-30 minit dengan menaiki kereta. Dari Pekan Kuah mungkin dalam masa 35 minit untuk sampai melalui jarak 29km.


Dengan Udara
Dapatkan penginapan sekitar Langkawi untuk memudahkan perancangan dan tentatif program anda. Boleh menempah melalui aplikasi agoda di bawah, mungkin anda mendapat tawaran harga yang amat berpatutan

Cara Ke SkyBridge/Bayaran Masuk

Menikmati keindahan 'aerial view' sekitar Gunung Machincang menggunakan Skybridge memerlukan pengunjung sekali harung dengan menaiki SkyCab untuk ke Top Platform.

Ada juga yang tidak mahu menaiki SkyCab tetapi dengan aktiviti hiking itu pun boleh, untuk ke pintu masuk SkyBridge terdapat dua cara, satu cara senang dan satu lagi cara berpeluh seluruh badan.

Harga Tiket SkyBridge

Cara pertama menaiki satu kenderaan dari Top Station SkyCab dengan bayaran harga RM25 sehala. Satu lagi cara yang memerlukan keringat adalah hiking sejauh lebih kurang 300-450 meter dalam hutan hujan tropika dengan struktur muka bumi yang berbatu menuju ke pintu masuk SkyBridge, ini adalah percuma.


Laluan Trekking Dari Top Station
Bayaran untuk menikmati SkyBridge adalah RM5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi SkyBridge

Beroperasai setiap hari kecuali sebarang penyelenggaraan sedang dijalankan. Dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 7.00 malam. Jika musim cuti, sekolah atau umum, skycab mungkin dibuka awal dari masa berkenaan.


Datanglah Beramai-Ramai
Satu elemen yang perlu pengunjung ketahu adalah, jika SkyCab tutup maka SKyBridge juga tutup. Dua aktiviti ini adalah berkadar terus jika di plot grafnya.



Cuti-cuti tiada sebarang aktiviti apa salahnya jadikan Langkawi sebagai tempat pilihan percutian anda, anda boleh dapatkan penginapan dengan harga istimewa melalui agoda dengan menggunakan aplikasi carian di bawah, senang, mudah dan berkesan.



Anda fikir anda tahu Pengalaman 'Gayat' Di SkyBridge Panorama Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.