Header Ads

Trekking ke Pantai Tanjung Tuan Melaka


"Pantai Tanjung Tuan"

Rentetan dari pengalaman trekking pendakian menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan. Ekspedisi yang tidak dirancang ini bukan terhenti di Cape Rachado Lighthouse itu sahaja. Sesudah sampai di rumah api tanjung tuan ini, penulis mendapati terdapat laluan trekking lain menuju ke satu destinasi lain.


Pantai Tanjung Tuan Melaka
Lagipun ada juga pengunjung yang datang dari arah tepi bangunan rumah api ini.


Terdetik di minda penulis dan isteri kemanakah tujuan laluan trekking ini, adakah ada tempat menarik lain selain dari rumah api yang memiliki radar satelit MEASAT ini ?

Penulis dan isteri terus melalui denai kecil yang seumpama trekking mendaki gunung dan ganang. Oleh kerana puncak bukit Tanjung Tuan ini adalah Rumah Api Cape Rachado ini, maka dari rumah api ini penulis dan isteri bukan lagi mendaki namun menuruni bukit semula.

Trekking Ke Pantai

Bertembung juga dengan beberapa pengunjung yang dalam perjalanan pulang. Penulis dan isteri menanyakan apakah desitnasi terkahir laluan trekking ini ? Pengunjung yang ditanya berjaya memberikan jawapan 'ada pantai kat bawah' meskipun kelihatan agak penat mukanya.

Di sepanjang laluan trekking yang telah disediakan ini terdapat beberapa pangkin untuk berehat. Laluan trekking yang agak curam dan betul-betul bersebelahan dengan gaung memerlukan pergerakkan yang agak perlahan dan berhati-hati.

Semangat kami berdua lebih menebal untuk mengetahui apakah yang menariknya di pantai tersebut apabila bertembung dengan seorang pak cik yang mungkin lingkungan usia menjangkau 50-an sedang termengah menaiki bukit sambil dibantu oleh sebatang kayu sebagai tongkat.

Perjalanan pulang untuk pak cik ini setelah menemui 'tempat' tersebut. Sambil berseloroh kami meneruskan perjalanan.

Kawasan 'BirdWatching' Peminat Burung

Untuk beberapa ketika terdapat juga papan tanda yang menyatakan terdapat burung-burung hijrah yang menyinggahi kawasan ini. Dengan informasi dari mana dan di mana boleh meninjau aksi burung singgah ini, dapatlah penulis fahami bahawa kawasan ini amat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti 'birdwatching'.


Kawasan Tarikan Burung
Cukup menarik untuk peminat burung. Jika kena masanya mungkin dapat melihat burung luar negara yang jarang dilihat sebagaimana senarai di bawah;


Senarai Burung Singgah Tanjung Tuan
Sayup kedengaran desiran ombak menghempas pantai, memang sudah tergambar suasana pantai yang menarik di dalam kepala kami berdua.

Laluan 'Trekking' Agak Curam

Angan-angan untuk membasuh kaki di dalam air laut Selat Melaka yang sejuk terhenti seketika apabila terlihat laluan semakin curam. Curamnya dalam anggaran menghampiri 30 darjah menegak (anggaran).


Jalan Trekking yang Curam
Tangga dan pemegang tangan dibina sebagai mengikuti spesifikasi keselamatan. Agak curam jika datang dengan anak kecil atau golongan warga emas, harap berhati-hati. Apalagi mereka yang membawa perkakasan untuk berkelah.

Untuk menuruni tangga curam ini tidaklah begit merisaukan, apa yang merisaukan adalah apabila pulang nanti. Mestinya banyak keringat dan tenaga diperlukan, mungkin seumpama tenaga separuh marathon bak kata jurucakap milo.

Anda mungkin menemui binatang atau serangga yang agak jarang ditemui jika di rumah. Contohnya ulat gonggok yang agak besar, maklum lah tiada gym di dalam hutan.


Selipar Saiz 10 Jadi Ukuran
Semakin menuruni tangga buatan yang curam ini, semakin jelas kedengaran ombak menghempas pantai. Kami terserempak dengan beberapa pengunjung yang sudah ingin pulang dan dengan rasa ingin tahunya berapa jauh lagi, lalu dengan rasa hormatnya bertanyakan adakah masih jauh lagi perjalanan.

Sampai Di Pantai Tanjung Tuan

10 minit kemudian kami nampak kelibat air laut dan bunyian ombak bersama angin sepoi-sepoi dari laut.

Memang sah, inilah destinasinya.


Habis Hiking Temui Pantai
Bagi penulis dan isteri cukup menarik pantainya, agak berbaloi dengan menempuhi laluan trekking yang agak mencabar untuk mereka yang memakai pakaian ala-ala untuk ke 'shopping mall'.

Terdapat dua tiga keluarga yang sedang bermain di pantai. 

Air yang membiru, langit yang cerah ditemani awan yang lembut, bunyian ombak yang mengasyikkan dan bayu laut yang sejuk, hilang seketika rasa penat 'trekking' kami tadi.

Pantai Tenang dan Cantik


Teduhan Tepi Pantai
Ditambah dengan kehijauan kiri dan kanan pohonan tepian pantai dan batuan yang berada di sebelah kiri dan kanan yang begitu cantik jika dinikmati suasana ketika itu.


Kiri Pantai
Pantai ini seumpama satu teluk, berbentuk 'U' dan seumpama lagoon. Sesuai untuk berkelah dan mandi manda. Apalagi pemggemar fotografi untuk mendapakan permandangan lanskap tepi pantai yang menarik.


Kanan Pantai
Tidak dapat dipastikan apakah nama pantai ini, penulis mengandaikan nama pantai ini adalah Pantai Tanjung Tuan.


Air Laut yang Jernih
Bagi yang ingin berkunjung ke sini jangan terlupa untuk mengabadikan kenangan bergambar di sekitar pantai, cukup indah. Berbaloi untuk trekking yang agak jauh. Sejujurnya, ketika pendakian pulang selain sudah penat bermain air dan mandi manda, pendakian untuk pulang agak meletihkan. Tapi jika inilah bayaran untuk pantai yang tenang, tidak ramai dan cantik mungkin itu berbaloi.


Posing Dulu
Mungkin nanti Bukit Batu Putih pula destinasi trekking seterusnya.


Kenangan Sebelum Pulang
Mungkin lain kali boleh bawa makanan dan baju lebih untuk merasai dan menikmati pantai ini dengan lebih dekat secara fizikalnya.

Informasi Pengunjung

Untuk masuk ke pantai ini, pengunjung perlu memasuki pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Perjalanan berjalan kaki yang memerlukan masa mungkin satu jam untuk mereka yang sihat.

Tidak akan ditemui dalam waze, tetapi jika anda sudah sampai di Rumah Api Tanjung Tuan anda susuri denai kecil dipenjuru belakang rumah api dan ikuti sahaja laluan terbabit.


Lokasi yang Diwarnakan Putih
Lihat lokasinya pada peta google maps dibawah.


Tanda Kuning Pantainya
Bayaran masuk melalui pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan adalah RM1/entry.

Laluan trekking yang telah disediakan oleh pihak tempatan dan hanya mengikut sahaja ke mana laluan trekking ini berakhir. Pastikan makanan dan minuman mencukupi memandangkan tiada sebarang gerai atau sumber air disini. Lebih kepada jungle trekking sebenarnya.



Anda fikir anda tahu Trekking untuk Ke Pantai Tanjung Tuan Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.