Header Ads

Coconut Shake & Mango Floats Mr Burung Shake & Floats Port Dickson Penghilang Dahaga dan Tekanan


"Mr Burung Shake n Floats PD"

Port Dickson atau lebih tepat pantai Teluk Kemang adalah tarikan popular untuk peminat pantai dan laut. Keadaan Selat Melaka yang tenang tidak seperti Laut China Selatan yang sering terdedah kepada monsoon laut, menambahkan lagi keistimewaan pantai Teluk kemang.


Mr Burung Shake n Float Teluk Kemang
Hujung minggu adalah waktu yang begitu sibuk di Teluk Kemang, apalagi ketika musim cuti sekolah dan cuti umum, jika anda seperti penulis yang menggunakan kereta 'manual' tentu memerlukan minyak angin untuk urutan betis nanti.


Cuaca Panas dan Kesesakan Trafik Teluk Kemang

Kesesakan trafik adalah lumrah sekitar pantai Teluk Kemang, bahaya kesesakan trafik adalah terhadap emosi dan mental pengguna. Tambah pula dengan cuaca yang agak panas dan berpeluh lagi memberikan satu pengalaman percutian yang mungkin mengerikan.

Apalagi jika anda baharu sahaja pulang dari mendaki Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang berbukit bukau dan menghadap kesesakan trafik dengan pelbagai kerenah pemandu yang ada di sekeliling.

Tiba masanya untuk rileks dan bertenang. Lapangkan minda hilangkan sedikit stress.

Pencarian Penghilang Dahaga dan Tekanan 

Cara yang agak terbaik untuk mengurankan tekanan dan kepanasan ini adalah dengan mencari sesuatu yang segar dan sesuatu yang boleh 'reset' kembali minda yang stress.
Penulis berjaya menemui 'sesuatu' tersebut iaitu coconut shake dan mango float yang boleh mengurangkan sedikit ketegangan mental dan fizikal.


Coconut Shake n Mango Float
Mujurlah penulis berjaya menemui satu kedai coconut shake dan mango float tidak jauh dari pintu masuk ke pantai Teluk Kemang. Boleh dijadikan bekalan istirehat sebelum meneruskan perjalanan balik ke Banting. 

Hilang sebentar ketegangan hasil dari kesesakan trafik dan kelesuan mendaki dan bermain air di Pantai Tanjung Tuan tadi.

Jum pekena coconut shake dan mango float jenama mr burung.

Coconut Shake Bersama Aiskrim

Sekali hirup (slurrpp) dengan penyedut minuman terus terasa ke bahagian otak. Tambahan pula waktu panas, kelegaan seumpama musafir di padang pasir diberikan air mineral.
Dengan rasa kelapa yang tidak berapa manis (manis gula, bukan manis air kelapa), tak mengapalah kerana ada dalam coconut shake ini diletakkan satu 'scoop' ais krim berperisa vanila.


Coconut Shake Mr Burung
Bayangkan ketika keadaan cuaca panas berangin, rasa lembut air kelapa datang sekali dengan perisa vanila yang masih sejuk. Puas hati.

Mango Float 

Penulis juga ada mencuba mango floatnya. Memang hasil kisaran mangga yang asli, bukan dari 'kordial'. Pekat melekat campuran yang telah di'blended'.


Mango Float Mr Burung
Masih ada rasa mangganya apatah lagi masih terasa serabut serabut isi mangga yang masih boleh di kunyah. Sebenarnya mango float ini yang popular di Mr Burung apalagi mango floatnya yang dikatakan menggunakan 6kg mangga untuk satu balang, memang betul-betul asli rasanya.

Untuk lebih menjadikan istimewa dan kena dengan keadaan cuaca tepi pantai, satu 'scoop' ais krim vanila diletakan di atas jus mangga 'blended' ini. Bagi yang spesial pula terdapat hirisan mangga ditabur di atasnya.

Aiskrim Buatan Sendiri

Bagi menambahkan lagi keunikannya, aiskrim yang diletakkan di dalam coconut shake dan mango float mr burung adalah buatan sendiri. Mungkin lepas ni boleh jadikan aiskrim sebagai hasil jualan mr burung pula.

Dua hidangan air ini berjaya mengembalikan 'common sense' dan tenaga penulis untuk meneruskan pengalaman selepas menerima efek 'brain freeze' dari minuman mr burung. Sudah kembali menjadi 'normal' jum singgah cari seluar jeans di Baden-Baden Bundle Port Dickson pula. Berjaya juga penulis menyambar jeans hijau army walaupun si isteri sebenarnya yang beria mahu ke bundle ini.


Mr Burung Teluk Kemang
Apa nama 'branding' coconut shake dan mango float ini ? Mr Burung namanya. Mungkin jika penulis berkunjung lagi ke PD penulis akan cuba nasi goreng lamb chopnya pula.

Informasi Pengunjung

Gerai Coconut Shake dan Mango Float Mr Burung ini sebenarnya 'menumpang' kedai makan pagi dan nasi campur Selera D' Kampung. Coconut shake dan mango float adalah antara menu mereka.

Cukup bijak mencari jualan lebih memandangkan dua minuman ini agak menjadi keperluan. Mungkin bukan kedai coconut shake dan mango shake yang terbaik, namun untuk cepat dan mudah ini alternatifnya.

Bagi yang mahu ke sini boleh rujuk alamat di bawah dan gambaran waze di bawah

Lokasi Mr Burung Shake & Float Teluk Kemang
Alamat: 
Mr Burung Shake & Floats
Batu 8, Jalan Pantai Teluk Kemang, 
Port Dickson, Negeri Sembilan.


Ramai Pengunjung
Menariknya Kedai makan Selera D' Kampung ini berada di tepi Jalan Pantai. Mudah untuk di singgahi, itu yang penting untuk waktu sesak.

Harga Mango Float Mr Burung
Coconut Shake dan Mango float berharga RM3 untuk satu gelas plastik.

Waktu Operasi untuk kedai mr burung adalah 11 pagi sehingga 6 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat.

Parkir agak sukar memandangkan betul-betul di tepi jalan. Namun, boleh drive-thru.

Anda fikir anda tahu Coconut Shake & Mango Float Mr Burung Shake & Floats Port Dickson Penghilang Dahaga dan Tekanan ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.