Header Ads

Nak Jadi Pelumba MotoGP Wakili Malaysia ? Ini Peluang dan Caranya


"Peluang ke MotoGP"

Nah, bagi mereka yang berminat dan berbakat di jalan raya. Dah-dah lah menyusahkan mak ayah dengan 'pow' duit minyak dari mereka.


Program Impian Ke Motogp
Apalagi menyusahkan pengguna jalan raya lain dengan aksi berani mati anda sebagai mat rempit. Dah tak usah nampak hebat pukul abang pemandu van ambulans dan kakak nurse kat jalan raya.


Tunjuk kemahiran yang ada tu.

Apa salahnya salurkan ke jalan kebenaran seperti kata papazola dalan Boboiboy.

Anda seorang yang berani dan tidak gentar dan berminat dengan dunia dua roda.
Anda sedang diperhatikan dan mungkin boleh ubah persepsi masyarakat.

Impian Ke MotoGP

Pihak Sepang Circuit sedang mencari bakat baharu untuk dibawa ke peringkat lebih besar, mana tahu anda adalah pelumba motogp mewakili Malaysia nanti.

Program ini dipanggil 'Motorsport Development Program: Impian ke MotoGP'.

Pemilihan Impian Ke MotoGP
Ramai yang sudah ketahui menyertai acara Petronas cub prix di artikel di bawah:


Syarat-Syarat Kelayakan

Kini ada satu lagi peluang untuk remaja yang berusia 13 tahun hingga 15 tahun.
Seorang warganegara Malaysia yang memiliki pengalaman berlumba. Lelaki atau wanita.

Di hari pemilihan nanti peserta perlu menyediakan:

1. Diri yang sihat
2. Sut perlumbaan
3. Topi Keledar
4. Sarung tangan

Motorsikal/jentera untuk menguji kehebatan anda telah disediakan pihak litar.

Bagi anak muda yang mematuhi syarat kelayakan di atas, boleh membuat pendaftaran penyertaan ujian untuk berada di bawah program ini dengan cara klik pautan dibawah:



Mana tahu anda akan sebaris dengan Hafizh Syahrin, Azlan Shah, Khairul Idham pawi atau Adam Noruddin dan juga Zulfahmi. Rezeki menaikkan nama Malaysia di persada MotoGP.

Anda fikir anda tahu Nak Jadi Pelumba MotoGP Wakili Malaysia ? Ini Peluang dan Caranya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.