Header Ads

My Jantung Run 2017 Larian Fun Run Kurang 'Fun'


"My Jantung Run 2017"

Fun run kali ini adalah julung-julung kalinya diadakan oleh pihak Pertubuhan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia atau dikenali dengan akronim MoSPHA. Dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wilayah persekutuan, Kementerian kesihatan Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan PDRM.

My Jantung Run 2017 Putrajaya
My Jantung Run 2017 Putrajaya
Sungguh banyak bukan dengan kerjasama penaja yang menganjurkan my jantung run 2017 di Taman Cabaran Putrajaya ini.


Oleh hal inilah, biasanya penulis dan rakan-rakan selalunya dilepaskan ketika waktu masih gelap sekitar jam 7 pagi namun kali ini menghampiri jam 8.30 pagi.

Ini bukan kali pertama penulis menyertai larian dengan permulaan ketika matahari sudah melepasi anak mata, negaraku yang lepas juga dilepaskan lewat. Kenapa ? Faham-faham sahajalah jika membabitkan pelbagai senarai kementerian di atas, disamping dilepaskan oleh wanita pertama Malaysia.

Semua peserta yang diatas kertasnya adalah seramai 2000 peserta. Namun, dari mata kasar mungkin tidak mencapai angka tersebut.

'Venue' Larian

'Venue' atau tempat berlangsungnya larian ini adalah di Taman Cabaran, Putrajaya. Satu taman riadah yang berbukit berada di hujung pinggir Putrajaya berdekatan dengan PICC. Taman Cabaran cukup terkenal dengan acara aktiviti lasak seperti trek 'mountain bike' dan juga terdapat lapangan untuk sukan ekstrem lain seperti 'skateboard'.

Di Perkarangan Taman Cabaran Putrajaya
Di Perkarangan Taman Cabaran Putrajaya
Larian My Jantung Run berobjektifkan untuk memberikan kesedaran kepada peserta mengenai penjagaan jantung kita.

'Route' Larian

Dilepaskan pada jam 8.20 pagi dimana haba dari matahari sudah mula menyengat kulit, semua peserta yang berpakian t-shirt merah memulakan larian yang akan ditempuhi sejauh 5km. Route yang agak berbukit, mudah mendatangkan rasa penat bagi marhaen yang bukan atlit. Sebagaimana penulis, dibahagian pendakian bukit penulis sekadar mampu berjalan sahaja dan mengambil kesempatan dari kelajuan menuruni bukit untuk larian.

Menuju Ke PICC Putrajaya
Menuju Ke PICC Putrajaya
Dari Taman Cabaran peserta akan melalui laluan berbukit sehinggalah sampai di PICC, Putrajaya. Di PICC putrajaya peserta akan menghabiskan mengelilingi kawasan PICC sebagai salah satu sektor dalam larian ini.

Water Station

Water station di tempatkan di kawasan PICC. Seteguk air Gatorade dan beberapa teguk air mineral dibekalkan di water station ini. Bagi kapasiti cecair tersebut tidak memadai dengan peluh yang keluar memandangkan cuaca muali panas. Bagi golongan dewasa boleh mampu bertahan akan tetapi agak kesian untuk kanak-kanak dan bayi.

Entitlement untuk Peserta

Menghabiskan 5km untuk larian yang berharga RM50 untuk men open dan women open 5km ini akan diberikan 'finisher medal', sijil penyertaan dan sarapan seperti air 100 plus, pisang dan roti 80 sen.

Finisher Medal 5km My Jantung Run
Finisher Medal 5km My Jantung Run
Acara larian yang membabitkan kenamaan bukanlah satu acara yang digemari penulis. Terdapat banyak kerenah birokrasi. Memandangkan ia adalah berbayar, larian my jantung run bukanlah larian terbaik yang pernah dianjurkan.

VIP yang datang lambat untuk pelepasan peserta juga menjadi faktor program julung kali ini kurang mendapat pujian dari peserta sendiri. Dari pengalaman penulis yang lepas, kebanyakan larian bermula dari jam 6.45 pagi-7.30 pagi.

T-Shirt Larian My Jantung Run
T-Shirt Larian My Jantung Run
Mungkin bagi atlit apalah sangat jika cuaca panas, akan tetapi memandangkan ini adalah fun run dan berbayar bukanlah satu yang boleh menerima pujian.

Dari perkara sebegini, terdapat peserta yang pengsan dan juga kehilangan anak untuk sementara waktu.

Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah

Dari aspek positifnya, larian ini telah berjaya membuang kalori berlebihan peserta dan toksin melalui peluh. Selain disediakan kawasan untuk pemeriksaan kesihatan. Bagi yang merasakan diri sudah agak rabun, terdapat tempat untuk pemeriksaan tahap 'kepoweran' mata anda.

Ada juga bahagian derma darah, rasionalkah derma darah selepas penat berlari ? Entahlah penulis bukan arif dalam kesihatan mungkin untuk mereka-mereka yang tidak berlari di acara larian boleh menderma darah.

Jika peserta menderma darah dikhuatiri derma 2 bungkus darah, terima 5 bungkus darah pula. 

Pembahagian Hadiah & Lucky Draw

Acara larian ini diakhiri dengan pemberian hadiah kepada 10 peserta terawal yang sampai ke garisan penamat untuk setiap kategori. Hadiah yang diterima adalah hamper dan wang tunai. Terdapat 10 hamper untuk mereka yang bertuah dalam acara 'lucky draw'. Sebagaimana sebelum ini, penulis belum lagi bertuah. Dikhabarkan acara ini akan diteruskan untuk tahun hadapan di Sarawak pula.

Bersama sama Menuju BMI yang Ideal
Bersama sama Menuju BMI yang Ideal
RM50 untuk larian yang kualitinya percuma ? Kurang berbaloi, kerana ia sama sahaja kualitinya sebagaimana larian 3km Negaraku 2017 yang pernah penulis sertai.

Anda fikir anda tahu My Jantung Run 2017 Larian Fun Run Kurang 'Kick' ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.