10 Video Youtube Viral dan Trending Tahun 2017


"10 Video Trending Youtube 2017"

Youtube satu platform di mana secara 'underground' mampu memberikan individu dan sesuatu video menjadi popular.


Viral Trending Youtune Video in 2017
Ramai selebriti dan personaliti muncul dari Youtube sejak 2005. Youtube tidak pernah mengecewakan sebagai hiburan alternatif selain hiburan mainstream.


Setiap tahun terdapat video yang trending dan tular di Youtube, dan ini senarai top 10 Video paling trending sepanjang 2017.

1.  Until We Will Become Dust – Oyster Masked | THE MASK SINGER 2



Satu program hiburan dari Asia. Seakan program realiti nyanyian bukan sekadar rupa, program ini menjadikan tema bertopeng sebagai tarikan uniknya.

Peserta memakai topeng misteri ala-ala parti masquerade, dan menyanyilah. Markah ditentukan dari kesedapan suara. Dengan jumlah tontonan lebih dari 181 juta views rancangan yang dikeluarkan di Korea, Thailand, Vietnam, dan China menjadi trending untuk tahun 2017.

Video di atas adalah terbitan dari negara Thailand, dengan topeng tiram.

2. ED SHEERAN – Shape of You | Kyle Hanagami Choreography



Ed Sheeran cukup popular untuk tahun 2017. Dalam Youtube Rewind juga lagunya menjadi latar untuk video tersebut.

Dengan tontonan 118 juta views, video lagu nyanyian Ed Sheeran, Shape of You, dengan tarian dari koreografer, Kyle Hanagami cukup trending bagi tahun 2017.

Koreografi yang diasaskan di Los Angeles ini merupakan dinobatkan sebagai video koreografi paling banyak ditonton setakat ini. Gerakan koreografi yang mengikut rentak melodi dan seni kata lagu menjadikannya begitu memukau untuk dilihat.

Ed Sheeran ? Tiada kelibatnya sekadar suara...

3. Ping Pong Trick Shots 3 | Dude Perfect



Dude perfect bukan satu kumpulan lelaki yang tidak popular. Paling cukup dikenali jika pernah melihat tv guide di Astro pada siaran KIX HD di mana dude perfect selalu muncul.

Video ini adalah seumpama kompilasi 'trick' atau helah yang sering dilakukan oleh lelaki-lelaki ini. Seumpama kumpulan 'jackass', dude perfect lebih kepada manner. Trick shot dengan bola ping pong akan terus diingati ramai.

4. Darci Lynne: 12-Year-Old Singing Ventriloquist Gets Golden Buzzer – America’s Got Talent 2017



America's Got Talent, tidak pernah tidak melahirkan personaliti unik dan berbakat. Begitu ramai peserta yang agak unik.

Mungkin ada yang pernah lihat aksi menggunakan boneka yang berkata-kata tetapi pengendali boneka tersebut umpama tidak bergerak bibirnya, senang cerita 'ventriloquist'.

Apa yang menjadi trending untuk video ini adalah budak yang baharu 12 tahun sudah pandai teknik bersuara tanpa mengerakkan bibir, dan mendapat golden buzzer. Menyanyi tanpa mengerakkan bibir ? Ok..itu berbakat.

Maaf bunny, Darci berbakat.

5. Ed Sheeran Carpool Karaoke



Ok, kali ini fizikal Ed Sheeran ditemui. Carpool karaoke, penulis banyak juga melihat rancangan ini di youtube.

James Corden iaitu selbriti dan pengacara di US merupakan pengacaranya. Memandu kereta dan membawa artis untuk berkaraoke di dalam kereta tersebut.

Berbeza dengan fake taxi, budak budak nakal jangan terpedaya. Namun, dari mana datangnya suara sorakkan adakah suara makhluk ghaib ? Bukan, sebenanrnya ia adalah segmen dalam rancangan talk show oleh James Cordern.

Ya, suara sorakkan adalah penonton di studio. Sekdara karaoke dalam kereta ? Bukan juga, ia lebih kepada temubual sambil menyanyi.

6. Lady Gaga’s FULL Pepsi Zero Sugar Super Bowl LI Halftime Show | NFL



Super Bowl ? Adakah acara memakan ramen atau mi ramai-ramai ? SUper bowl bukanlah sukan antarabangsa meskipun US selalu menyatakan 'world cup'.

Ia adalah ragbi Amerika, American Football. Ketika masa rehat di satu perlawanan ragbi 'barbarian' ini Lady Gaga membuat persembahan, itu sahaja.

7. “INAUGURATION DAY” —A Bad Lip Reading of Donald Trump’s Inauguration



Secara jujurnya, ini video pilihan penulis. Pernah ingat rambo tidak tenang oleh faradyable ? Ini adalah 'bapanya'.

Oh, senang cerita ia adalah inteprestasi rabak, dengan menjadikan trump sebagai watak utama. Apa yang anda dengar bukanlah apa yang diperkatakan trump dan rakan-rakannya.

Dengan sembang-sembang saling menganjing dan mengutuk, kena pula dengan gerakan bibir, itu menarik.

8. history of the entire world, i guess



Bill Wurtz adalah pencipta video ini. Dalam video ini dijelaskan mengenai penciptaan bumi dan alam sekeliling.

Sebagaimana discovery channel lagaknya. Namun dalam bahasa sendiri dan merapu. Dalam 20 minit (lebih kurang) dengan gaya penyampaian dan lagu latar yang agak pelik, mungkin itu ramai yang kongsi dan tonton.

9. In a Heartbeat – Animated Short Film



Kisah seorang budak lelaki yang mengikutinya hatinya (dalam bahasa orang putih, heart, jantung) yang mengekori seorang budak lelaki lain. Ok, agak 'kunyit' bunyinya, namun mari kita lihat dari skop lain mungkin untuk mecari kawan sejati.

Video yang berdurasi sekitar 4 minit lebih ini adalah hasil karya Beth David dan Esteban Bravo dihasilkan di Ringling College of Art and Design.
Apa-apa pun ia berada dalam top 10 trending.

10. Children interrupt BBC News interview – BBC News



Video ini pernah menghiasi 'news feed' media sosial penulis acap kali. Lebih 25 juta views ditonton. Berada di tempat ke sepuluh. Satu video yang agak boleh dikategorikan penulis sebagai 'humour professional'.

Mungkin ramai sudah tahu akan video ini, dua anak kepada seorang professional sedang ditemuramah BBC News dan si ayah yang begitu 'struggle' untuk mengekang anak-anaknya dari menjadi pengacaau emm bukan pengacau, ok, photobomb dalam live streaming video tersebut.

Kurang enakya reaksi penonton adalah dengan mengatakan isteri kepada Professor Robert Kelly adalah orang gajinya. Namun, ia tetap 'rare' untuk 2017. Skype mungkin mendapat tempias dari trending video ini.

Itulah top 10 video paling trending yang telah disahkan oleh pihak Youtube sepanjang 2017.

Banyak video yang menghiburkan dan ada juga yang menjadi inspirasi, namun lebih banyak yang agak unik.

Anda fikir anda tahu Top 10 Video Youtube Viral dan Trending Sepanjang 2017 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan