Nick Harris: Pengulas MotoGP 'Lagenda' Bersara Selepas 38 Tahun Bersama MotoGP


"Selamat Bersara Nick Harris"

Jika hanyat manusia, 38 tahun yang dilalui oleh seseorang adalah cukup berpengalaman.
38 tahun pelbagai suka duka dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang jika ini adalah umur manusia. Dalam usia 38 jika dididik menjadi pelumba motogp, kini sudah menjadi lagenda dalam motogp. Valentino Rossi, 38 tahun umurnya.


Pengulas MotoGP Nick Harris Bersara
Pengulas MotoGP Nick Harris Bersara
Begitulah juga dengan pengalaman yang dimiliki oleh suara yang sering peminat dengari ketika berlangsungnya perlumbaan motoGP. Nick Harris, memiliki pengalaman 38 tahun dalam mengulas acara permotoran dua roda terbesar dunia, motoGP. Bermula sebagai pengulas motogp. Valentino Rossi baharu sahaja celik melihat dunia.


Itulah pengalaman yang dimiliki Nick Harris, pengulas sukan motogp. Mick Doohan, Biaggi, Norick Abe apa lagi Valentino Rossi, Marc Marquez, dan Jorge Lorenzo tidak lekang dari bibirnya.

Suara yang cukup jarang didengari antara bakat yang dimiliki Nick Harris.

"Thank you indeed"
"What a race"
"This is Motogp"
"what a breathtaking overtake maneuver"

Antara ayat popular yang bermain di bibir Nick Harris. Orangnya lembut dan bergaya 'otai' mudah didampingi rakan pengulas dan apalagi pelumba motogp, moto2 dan moto3.

Seorang lelaki berbangsa inggeris yang tinggal di England. Kefasihan dan 'slang' matang antara sebab dia digemari apabila mengulas mengenai sukan motogp. Tidak dinafikan dalam kepalanya cukup dengan fakta mengenai motogp, bukan sahaja ditugaskan mengulas tetapi menjadi penemuramah sebelum dan selepas perlumbaan.

Dalam satu 'post-interview' untuk perlumbaan terakhir bagi musim 2017 di Valencia, Spain. Nick Harris telah diberikan satu kejutan penghormatan dari pelumba-pelumba motogp terkenal.

"Pronto, pronto..
sorry Nick..before you start we have suprise for you, because it's your last grand prix, so, you have come with us (on stage) " - Valentino Rossi




Sebagai tribute untuk Nick Harris, pihak motogp dengan kerjasama pelumba-pelumba motogp, moto2 dan moto3 melahirkan satu video 'tribute for Nick Harris'. Segala ucapan 'keramat' darinya diajuk kembali oleh pelumba dan beberapa ucapan selamat tinggal kepada 'sifu' pengulas motogp ini.


Nick Harris Tribute Toss
Di akhir ucapan Nick Harris, dia sudahi dengan 'thank you indeed' dan 'good night'.

Anda fikir anda tahu Nick Harris: Pengulas MotoGP 'Lagenda' Bersara Selepas 38 Tahun Bersama MotoGP ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan