Header Ads

Chizza KFC Rasa Gabungan Burger Zinger dan Pizza Itali


"Chizza KFC Review"

Jika sebelum ini KFC mengetengahkan hidangan ala Thai dalam Sawadee Crunch, kali ini KFC membawa satu lagi tema makanan negara luar. Kali ini Itali. Pizza cukup terkenal di Itali, don corleone atau abang scarface dari Itali semestinya menyukai pizza.

Chizza KFC Review
Chizza KFC Review
Dari pemerhatian kasar dimana ada restoran KFC mesti ada pizza hut berdekatan. Namun kini bukan lagi berdekatan tetapi bergabung dalam satu bumbung. Dalam edisi kali ini KFC memperkenalkan satu hidangan agak unik iaitu Chizza. All chicken No Crust



Fillet ayam yang seumpama 'patty' zinger burger, sos tomato, hirisan nenas dan keju di susun mengikut kesesuaian rasa.

Pizza dan Ayam Goreng

Dari gabungan beberapa bahan ini maka KFC memperkenalkan Chizza mungkin dari dua perkataan yang digabung, chicken dan pizza, Chizza. Crust pizza digantikan dengan fillet ayam yang digoreng ranggup.

Chizza Box KFC
Chizza Box KFC
Chizza adalah sementara, bukan hidangan tetap seperti snack plate atau dinner plate. Oleh itu, tidak lepaskan peluang mencuba, penulis mencuba hidangan unik ini. Cukup kreatif jika sekali pandang. Satu hidangan yang seakan pizza dan lasagna kecuali 'trademark' KFC iaitu ayam bertepung yang digoreng dengan rempah rahsia mereka.

Chizza didatangkan dalam dua menu, ala carte dan set chizza box. Ala carte untuk chizza hanya sekeping chizza dan untuk set chizza box, chizza, seketul ayam goreng, air berkarbonat dan fries.

Harga Chizza KFC

Penulis memilih set chizza box yang berharga RM 15.90.
Bagi ala carte iaitu chizza sahaja adalah berharga Rm 7.90

atau boleh juga mencuba chizza combo yang berharga RM 11.90


Harga Chizza Ala Carte
Harga Chizza Ala Carte | KFC Malaysia Image

Harga Chizza Combo
Harga Chizza Combo | KFC Malaysia Image

Harga Chizza Box
Harga Chizza Box | KFC Malaysia Image

Chizza didatangkan dalam kategori hot and spicy chicken. Bagi penulis tentulah spicy (belum pernah mencuba KFC original). Saiz chizza yang penulis terima adalah sebesar tapak tangan penulis. Ketebalan 'crust' tidak termasuk 'topping', ketebalan fillet ayam dalam satu inci setengah. Bagi penulis saiz ini sudah cukup bagi mengalas perut.

Bahan-Bahan Dalam Chizza

Sos tomato yang disalut di atas fillet ayam goreng spicy dari burger zinger yang ranggup agak menyerupai sos 'preggo' untuk spaghetti warna merah.

Crust Topping Ayam Chizza
Crust Topping Ayam Chizza
Rasa masam sos ada. Masam sos tadi diseimbangkan dengan rasa keju yang melapisi bahagian atas sekali chizza. Di tengahnya terdapat topping biasa untuk pizza seperti nenas yang memberikan rasa masam buah dan juga bawang.

Lapisan Chizza | KFC Malaysia Image
Rasa Chizza KFC

Bayangkan fillet ayam berempah yang ranggup, bersama rasa masam sos spaghetti dan keju yang berlemak dan masin sedang berada di dalam mulut anda.
Rasa yang memang boleh dibayangkan.

Oleh kerana saiz chizza agak kecil iaitu sebesar tapak tangan. Penulis syorkan untuk memilih set combo dengan seketul ayam dan fries untuk melengkapkan hidangan. Pepsi yang agak keras makan boleh dapatkan minuman berperisa lain seperti iced lemon tea atau jus oren.

Chizza dan Realiti
KFC Malaysia bukanlah yang pertama kali memperkenalkan chizza. Namun, bermula 21 November 2017 chizza diperkenlkan di seluruh cawangan di Malaysia. Singapura, Filipina dan Thailand sudah tular dengan chizza dan kini Malaysia pula ditawan chizza.

Anda fikir anda tahu Chizza KFC Rasa Gabungan Burger Zinger dan Pizza Itali ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.