Header Ads

Cara Setting Signal Satelit Astro Jika Service Currently Not Available (SCNA)


"SCNA Astro"

Bayar bulanan dengan harga yang agak mahal, siaran berulang adalah karakter sebuah tv berbayar di Malaysia iaitu astro. Namun, memandangkan tiada lagi alternatif yang mungkin sama dengan astro meskipun kewujudan Hypptv dari TM, menjadikan siaran astro adalah pilihan ramai, untuk sekarang. Masalah SCNA atau panjangnya, service currently not available adalah masalah yang boleh mengundang ketidakseimbangan hormon.


Cara Setting Signal Astro
Hujan, adalah salah satu faktor yang menjadi punca SCNA. Kalau hujan siaran astro terus gelap gelita dan keluar notifikasi pada bahagian bawah skrin bahawa siaran sudah terganggu.


Faktor Siaran Astro SCNA



Hujan bukan satu sahaja penyebab tv satelit seumpama astro menjadi SCNA. Terdapat beberapa penyebab lain, bil tertunggak adalah antaranya. Namun, bil selalu dibayar dan lancar.


SCNA Notification Astro
SCNA Notification Astro
Faktor lain adalah kesan haba yang mengganggu siaran untuk sampai ke LNB (satu silinder penerima pada piring astro). Haba memang boleh memainkan peranan SCNA namun di Malaysia agak jarang. Boleh baca artikel di bawah untuk pengetahuan mengenai cuaca panas dan siaran tv satelit.



Satu lagi penyebab SCNA pada siaran astro adalah piring astro atau penerima siaran tidak berada di kedudukan yang tepat. Ia terjadi pada penulis sendiri, berpindah rumah semestinya berpindah astro sekali.

Selepas berpindah rumah penulis sering melihat notifikasi SCNA pada skrin tv. Ia terjadi pada siang hari, tetapi malam siaran okay sahaja. Penulis beranggapan ia kerana haba matahari yang terik. Memandangkan siaran terganggu ketika cuaca panas. Gangguan siaran bermula dengan siaran bukan HD dan seterusnya siaran HD pula menerima nasib yang sama.

Memandangkan 'customer service' ketika pemindahan astro sebelum ini banyak membantu. Penulis mendapatkan nasihat dan bantuan dari mereka. Sebelum 'technician' dihantar mereka menyarankan penulis untuk melakukan langkah-langkah pencarian signal satelit astro sendiri, sebagaimana langkah dibawah.

Cara 'Setting' Signal Satelit Astro

1. Pastikan kad pintar berada di dalam dekoder.
2. Tekan butang 'Home'.
3. Pilih 'settings' dan tekan butang 'OK'.
4. Pilih STB dianogstic' dan tekan butang 'OK'.
5. Sila pastikan di bahagian 'Currently Entry Point Name' ialah:
   Universal 01 M3 VL-10982
6. Jika entry point berlainan, sila ubah melalui settings > Installation Settings > Pin 0000 > Satellite Settings > LNB > entry point Universal, 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal. 
   Tetapan > Tetapan pemasangan . Pin 0000 > Tetapan Satelit > LNB > entry point 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal 


Installation Setting Menu
Installation Setting Menu
Insert Pin Menu
Insert Pin Menu
Tekan 'OK' pada LNB Setting Menu
Pilih Variasi Signal Satelit

7. Jika entry point tepat, di bahagian tuner 1, sila dapatkan bacaan untuk Strength Reading (%) & Quality Reading (%) 
8.Tutup plug dekoder astro, ketatkan kabel dan hidupkan semula dekoder dan semak semula servis.

Langkah-langkah diatas adalah cara mencari kekuatan signal satelit astro. Seumpama mencari siaran tv biasa melalui remote tv.

Jika masih tidak berjaya sebagaimana penulis, maka terpaksa buat aduan/laporan untuk 'technician' datang mencari punca.

Butiran untuk Aduan

Selepas melakukan aduan dan memerlukan anda mengisi butir-butir bekaitan sebagaimana dibawah:

1. Nama penuh
2. Nombor IC
3. Hubungan dengan pemilik akaun
4. Alamat
5. Nombor telefon 1
6. Nombor telefon 2
7. Slot temujanji (AM slot: 8am-1pm/ PM slot: 2pm-7pm)
8. Tarikh

Anda perlu menunggu pihak kontraktor upahan astro untuk membuat temujanji.

Caj Penyelenggaraan Astro

Bagi kes sebegini pihak astro mengecaj sebanyak RM 65 dan waranti selama 3 bulan jika berlaku masalah berbangkit selepas dibaiki technician.

Masalah yang dihadapi penulis adalah ketika pemasangan astro ketika baharu berpindah dahulu, kontraktor yang bertanggungjawab tidak memasang piring bersama LNB astro dengan kemas dan menyebabkan LNB dan piring tidak menghadap arah yang betul.
Dari masalah tersebut terpaksa membayar RM65 yang boleh dibuat makan selama dua bulan.

Cara Hubungi Pihak Astro

Jika bukan melalui fans page facebook seperti yang dilakukan penulis, anda juga boleh mendapatkan bantuan melalui twitter.

Namun jika anda tidak gemarkan berhubung melalui media sosial, anda boleh menghubungi terus pihak customer service astro sebagaimana dibawah:

Astro customer service number:

+60 3-9543 3838

+60 3-7494 5000

Anda fikir anda tahu Cara Setting Signal Satelit Astro Jika SCNA ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.